SENMY SHAMPOO AND CONDITIONER ; UNTUK RAWATAN SPA RAMBUT HANYA DI RUMAH

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Dulu, masa tak kahwin lagi rambut mek ada jugak yang gugur tapi sehelai dua je la. Plus rambut mek memang lebat dan kalau takat sehelai dua yang gugur tu memang tak terasa. Dan memang normal kalau rambut gugur sehelai dua dalam tempoh sehari. Mek pernah baca yang rambut kita boleh gugur dari satu hingga lima puluh dalam hari yang sama. Tapi kalau lebih, macam mana?

Bila dah kahwin, to be exact lepas beranak. MasyaAllah rambut gugur kemain. Time beranakkan Amani tu ok la sikit. Lepas dah habis tempoh dia menyusu rambut kembali normal. Tapi time Amzar allahurabbi - spouse cakap 'rambut ue dah macam takde kat tengah ni' (nak cakap botak kang nanti bini melenting pulak). Kalaulah rambut tu bukan aurat, mek dah snap bagi korang tengok. 

Cerita ini mek panjangkan juga kepada seorang doktor di Pasir Mas. Namanya mek lupa. Kisahnya Amzar dikhuatiri naik campak, so mek rujuk doktor. Kata doktor itu hanya ruam panas. Ok lah. Alang-alang ada depan mata, mek tanya la dia - 'doktor, kenapa rambut saya banyak gugur ye? Adakah sebab menyusu?' sebab mek biasa dengar kalau kita menyusu so banyak zat yang kurang kut kut lah zat untuk rambut berkurang sekali. "Saya tak tahu kenapa rambut puan gugur. Ibu lain juga menyusukan anak dia tapi takde pun rambut diaorang gugur. Puan stress ke?' Mek dah macam lain jugak time ni sebab dia boleh jawab tak tahu. 'Takde la stress sangat doktor, biasa je.' Jawapan aku tu sebenarnya nak maki kau dah tapi dalam keadaan sabar lagi. 'Puan kerja apa ye. Puan pernah rujuk psikitari ke. Daripada percakapan puan, saya tengok puan macam stress?' Ini dah melampau. "Eyh, apa pulak saya kena rujuk psikitari. Saya bukan nak gila. Saya tanya kenapa rambut saya gugur, adakah berkaitan dengan penyusuan saya. Kalau doktor cakap tak tahu, baik saya tanya google.'. Gitu. Sudahnya mek bangun dan blah. Kalau ikut hati tak nak bayar tapi sebab panel so memang klinik tu akan claim jugak la. Memang mek jenis berapi kalau orang cakap macam gitu. Tahap sabar setakat nombor dua je. Masuk ketiga mek dah meletup. Mek harap doktor tu sedar bahawa nak jawab TAK TAHU tu bukan untuk semua orang. Kalau kau betul tak pasti baru cakap TAK TAHU. Kau doktor tak sepatutnya jawab macam tu kat patient. Kalau kau tu nurse boleh jugak diterima. Ni doktor tapi macam bodoh tak belajar apa benda.

Dan cerita ini mek sampaikan jugak kepada kawan mek dekat pejabat. Dia pun tengok la rambut mek yang kian susut tu. Luckily, dia suggest dekat mek shampoo herbs yang dia tengah pakai sekarang. Memang nampak elok rambut dia. Terurus dan rapi aje. So dia bagi mek sample untuk try dulu.




Alhamdulillah Senmy Shampoo dan Conditioner ni sesuai untuk mek. Sesuai macam mana? Membantu mek dalam mengurangkan jumlah rambut gugur, mewangikan rambut mek, merapikan rambut mek. Lepas apply dua kali memang mek akui keberkesanan Senmy Shampoo dan Conditioner ni. Kalau nak kata rambut tak gugur langsung memang tipu sebab memang ada yang gugur sehelai dua (common punya keguguran) tapi obviously nampak adalah pada sikat rambut. Memang dah tak da dah secekak (rambut) dekat gigi sikat rambut. Alhamdulillah.

Senmy Shampoo dan Conditioner ni dirumus daripada halia yang mana akan membantu untuk kurangkan dandruff dan tumbuhkan kembali rambut-rambut korang yang gugur dengan lebat tu. Kalau yang conditioner tu pulak boleh melembutkan rambut, memberi vitamin kepada rambut dan jugak elak daripada rambut korang rosak (bercabang, rapuh). Itu sebab mek cakap bila korang apply Senmi Shampoo dan Conditioner ni macam buat spa rambut tapi dari rumah korang je.

Cara apply Senmy Shampoo dan Conditioner ni pun sama je dengan shampoo lain. Cuma conditioner tu korang apply hujung-hujung rambut sahaja. Jangan lumur sekepala pulak. Jenuh korang nak bilas nanti. 


Bagi korang yang berminat untuk try Senmy Shampoo dan Conditioner ni, boleh hubungi saudari Chu Ai Chia ditalian 01119902165 atau search FB AiChiaa Chuu untuk PM atau godek godek album Senmy Shampoo dan Conditioner. Sebotol Senmy Shampoo berharga RM62. Conditioner pun berharga RM62 juga. Tapi, kalau korang beli 3 botol ke atas, ada special price tau ! So cepat-cepat PM / Whatsapp Chia untuk maklumat lanjut.

Mek bet, ramai kalangan readers mek ni mengalami masalah rambut gugur kan? Korang dapat kenal pasti tak apa puncanya? Share dekat komen ye ❤

Sekian ..

7 comments

  1. Rambut gugur ni banyak puncanya.. Husniey pun ada masalah ni, asyik potong je rambut 😅

    ReplyDelete
  2. Mudah2an dapat mengatasi masalah keguguran rambut.

    ReplyDelete
  3. Rambut Mai pun gugur, macam nak botak dh depan ni. Dah la belum kahwin pun lagi, ayoyo...

    ReplyDelete
  4. rambut rabia jenis mengembang hehe..

    ReplyDelete
  5. Bukan senang nak cari syampoo yang sesuai dgn rambut kita..tambah untuk yang bertudung nii..

    Hai..salam kenall..

    Kalau sudi follow balik naaa..
    www.iradzahir.com

    ReplyDelete
  6. semoga rambut mek subur eh.. biasa tu gugur xda lah smpai 50 helai sehari. hehehe

    ReplyDelete