Bronchitis : Kelekaan Ibu Bapa punca Utama

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Bronchitis memang tak selalu kita dengar lagi-lagi kita yang bukan dalam bidang kedoktoran / kejururawatan / farmasis / dan yang mana terlibat dengan kerja klinik / hospital. Tapi ini yang berlaku pada mek pada April 2018.

Kenapa mek bagitahu punca utama Bronchitis yang berlaku pada anak berpunca daripada ibu bapa? Ok, well. Amani dan Amzar bukan tak pernah demam. Setiap kali demam memang rujuk doktor on the next day diaorang demam. See ! Betapa alertnya as parents - anak demam day one dah rujuk doktor. Padahal day three kalau anak nampak simptom tak pulih dari demam baru rujuk doktor. Tapi sebab concern dan aware (sedar yang kita banker bukan doktor) bawak jugak on day one. Doktor selalu jugak puji (puji sebab datang klinik $$) 'bagus awak ayuni sebab bawak anak datang klinik tapi biasa day three kalau nampak tak ok, baru rujuk doktor' dan mek macam biasa la 'oh, saya bukan apa doktor. Takut sakit benda lain je. Kalau rujuk doktor, boleh detect awal'. Gituu..

That April, Amzar demam. Dia start demam kalau tak silap mek on Khamis malam. Tidur malam mesti vomit ! Yes, vomit ! Ingatkan sebab dia batuk dan tak selesa so vomit salah satu cara untuk legakan kahak. Cadar untuk that weekend hampir tiga kali jugak la basuh dan bersalin. Should hari Sabtu tu day three Amzar demam. Guess what? Mek tak bawak pun dia pergi klinik. Hanya harap PCM untuk dia kebah dari demam. And it continue till day FIVE. Day five tu pun nak jadikan cerita je. Kalau tak, mungkin tak bawak lagi Amzar pergi klinik. Oh lupa, Amzar aktif macam biasa je. Bukan terbaring tak minum susu dan makan. Just habis dosage, dia akan demam balik with 38.5c macam tu lebih kurang. 

Yang cerita pasal macam mana boleh bawak Amzar ke klinik tu mek malas nak cerita sebab disebaliknya tu ada kisah yang betul-betul menyakitkan hati mek dan mek upgrade list 'banned' mek. Fast forward - Isnin tu mek ambik halfday. Sampai rumah ambik Amzar (dan luckily spouse pun halfday jugak) ingat nak rehat dekat rumah je. Then spouse cakap 'Tak nak bawak Amzar pergi klinik ke, diagnose kenapa vomit malam hari je' . So mek pun cakap ok lah. Pergi klinik, tunggu doktor almost setengah jam, dengan muka ceria doktor tengok mek dan spouse 'Haa, sakit apa hari ni'. 'Demam doktor dan muntah tapi malam je la' mek bagitahu sambil spouse ribakan Amzar. 'Berapa hari dah demam? (sambil ambik benda yang check-check tu letak dekat dada Amzar)' . 'Day five doktor' mek jawab. 'Day five? Awak tunggu sampai day five baru bawak anak datang klinik?' Sedas kena bedal dengan doktor. Dulu kena puji sekarang hampir nak kena keji. 'Saya pun sebenarnya dah rasa lambat sangat saya bawak anak ni tapi itulah doktor.' Sambil huhu pandang muka doktor. 'Budak atau dewasa, demam normal hanya tiga hari. Lebih tiga hari bermaksud bukan kuman biasa. Mesti ada something yang lain. Dan awak tahu tak sebenarnya paru-paru anak awak ni dah penuh dengan air? Anak awak waktu malam tidur nampak dada dia berombak tak?' Kau bayang doktor cakap dada anak kau dah penuh air. Mata kau la pulak yang penuh air. Jawab tak dekat doktor pun dah macam nak tak nak je keluar suara. 'Ni kalau pergi hospital saya confirm anak awak akan warded' WARDED ! Kau nak ke anak kau kena warded? Sama la dengan mek. Diri sendiri pun tak nak duk hospital, apatah lagi anak sebesar Amzar. 'Takde cara lain dah ke doktor? Doktor pun tahukan saya tak suka duk hospital ni'. Hahah, ayat terdesak ok. Kau ingat duk hospital tu option? Nasib baik doktor tu suruh mek balik jaga Amzar dengan bagi dia antibiotic selama lima hari berturut-turut (lebih tepat, 10 dos dengan cukup) dan datang balik untuk checkup

Mek ambik cuti tiga hari dan plus weekend so cukup mek jaga Amzar dengan rapi selama lima hari. Dan hari ke lima bila pergi diagnos, alhamdulillah paru-paru Amzar dah kering. Demam pun last on day five time bawak pergi klinik. So, setuju mek cakap Bronchitis berpunca daripada kecuaian ibu bapa? Ada jugak kawan mek, disebabkan dia buat majlis cukur jambul - guest duk cium-cium anak dia so esoknya budak tu demam. Day four dia bawak anak dia pergi hospital kena warded sebab Bronchitis jugak. Rawatan di hospital pun sama - dia akan drip baby untuk bagi antibiotic. 

Untuk parents yang dekat luar sana, please la aware kalau anak demam. Jangan bagi lebih tiga hari. Bior ler doktor cakap day one dah pergi klinik pun, lebih baik secure daripada dah jauh kedepan. Kesian dekat anak. Dia tak tahu nak cakap dekat kita yang dia tak selesa. Untuk yang suka cium-cium anak orang tu jugak, mungkin kita rasa kita sihat walafiat, tapi kita tak tahu kuman apa ada dengan kita. Biar orang cakap kita sombong tak cium baby asalkan kita tahu kita bukan penyumbang untuk baby tu sakit nanti. 

Dan untuk parents yang anak kena Bronchitis atau lebih dikenali sebagai paru-paru berair - jangan panik. Rujuk doktor dan makan ubat ikut waktu yang disarankan. InsyaAllah anak akan ok dalam masa lima hari. 


Semoga nukilan mek kali ni dapat manfaatkan korang dan diri mek jugak. Jangan biarkan anak korang jadi mangsa dengan kecuaian diri kita sendiri. Peringatan untuk diri mek jugak sebab dah terkena.

Korang yang dah pernah alami situasi macam mek, boleh jugak share dekat komen ❤


Sekian ..

4 comments

  1. Teringat pulak anak Mrs. A yang Along time kecik-kecik pernah juga kena bronchitis awarded jugaklah tapi syukur tak serius dan sembuh selepas dirawat.

    ReplyDelete
  2. Aida memng x kan delay bila anak / asben x sihat, mek. zaman skang byk virus. anak jiran br discharge spital melaka. x demam. x de pape! tetiba tgh main kena sawan, jatuh pengsan. doktor kata maybe sebab cuaca. terlalu panas. aduhai.

    ReplyDelete
  3. Teman nie, kalau anak demam je dalam tempoh 24 hour terus pegi klinik... then dalam tempoh 3 hari tu, kalau tak baik juga, teman sekali lagi rujuk ke klinik untuk further check up sampai la sembuh...

    ReplyDelete