Secret Recipe : Diskaun RM21 Sempena Ulangtahun ke 21

Salam alaikum ..

Rasenya dah banyak mek update pasal Secret Recipe dekat blog mek. Takde ke yang nak offer jadi medium advertising? Ok, harus sedar diri. Tapi mek sure, medium blogging lebih berkesan kalau nak compare dengan another medium, kan? Sebab orang akan selalu google plus blogger akan post entry dalam media social diaorang jugak. Jangan meragui untuk hire seorang blogger, ok?

Dah 21 tahun pun si Secret Recipe ni haa. Elok sangat hire blogger untuk buat marketing. Dah sempena dengan 21 tahun ni, Secret Recipe nak belanja korang RM21 ! Memang betul. Tapi sayang, sehari je dia nak belanja korang. On 24 April 2018 sahaja.


Tadaaa ! 24 April 2018 sahaja dari jam 12tgh - 5 ptg. Korang pilih kek yang mana korang suka, lepas tu tolak RM21. Jadi lah harga sebanyak yang kena bayar. Disebabkan ni, mek lunch jam 12tgh on 24 April semata-mata nak pergi Secret Recipe. Takut kek habis. Haha.


Dan ramalan mek memang benar ! Ni jam 1 tghari dah beratur panjang dengan orang yang nak beli kek. Nampak je macam takde sambutan, tapi sebenarnya ramai yang suka dengan kek Secret Recipe ni.


Ni pilihan kek yang korang boleh beli untuk offer RM21. Hajat di hati mek nak ambik Choc Walnut Brownies tapi yang tu tak include dalam offer ni. Sedih tapi hidup mesti diteruskan dan mek pilih untuk ambik Choc Cheese. Harga pada paparan ni adalah RM88 tapi sebenarnya harga kek dah dinaikkan menjadi RM98 sebiji. Satu slice kek berharga RM9.25 sekarang. In total kalau include GST lebih kurang RM11 satu slice. I dunno bila diaorang naikkan tapi itu lah harga untuk Secret Recipe sekarang ni.


Alang-alang dah keluar waktu lunch, makan aje lah dekat sini. Ni Set Lunch A - Lasagnea Chicken with Bread and Soft Drink / Ice Lemon Tea. Dah jadi regular order pulak bila datang Secret Recipe ambik set Lasagnea ni.


Yang ni pulak Mee Vietnam. Sup dia boleh tahan jugak. Sesedap rasa. Licin kawan mek makan. Maknanya sedap dan kena dengan selera dia la tu. Patutnya ada satu lagi gambor kawan mek, dia order Chicken Grill kuah Mushroom. Yang tu pun sedap. Dihidangkan bersama salad kubis dan baby tomato serta perahan lemon untuk membangkit selera.


Mesti korang tertanya-tanyakan mane kek mek beli. Choc Cheese Cake menjadi pilihan mek setelah Brownies Walnut tidak berjaya diraih. Kek ni bagi mek kalau sekali hadap memang la muak, tapi kek boleh tahan lama so mek tak kisah hadap Choc Cheese ni dalam tempoh seminggu. Haha. Oh, mungkin sebiji ni mek makan sorang je. Spouse mek tak minat sangat dengan kek. Amani dan Amzar ikut suap je tapi takde la sampai satu slice diaorang makan.

Korang yang berkelapangan boleh la lunch atau dinner dekat Secret Recipe sebab dia punya menu variaty jugak. Walaupun harga dia dah agak meningkat, korang pandai-pandai la pilih yang set ke apa sebab sayang jugak duit tu ha. huhu. Kalau dekat Kelantan, Secret Recipe yang menjadi pilihan mek adalah KB Mall punya branch sebab dekat sana ada Wifi senang mek nak buat keje. Tapi kalau time office, paling dekat adalah branch Parkson

Korang sempat tak grab diskaun RM21 ni? Kalau sempat, kek apa yang korang ambik? Nanti share dekat komen ❤


Sekian ..

12 comments

  1. Kena terjah SR ni dapat la makan kek fevret...

    ReplyDelete
  2. amobi hadap sorang sebjik kek :D..21 tahun dah SR..cam tak cayooo jerr.. @_@

    ReplyDelete
  3. tak sempat grab sebab selalu buat promo sampai 5pm je -_-

    sedapnya dulu kat blok depan ada SR selalu jugak lunch situ. tapi skrg dah takde, malas nak menapak ke KLCC , lecak ketiak hahaha.

    btw Mek, apa tulisan atas kek tu? 'Happy I???'

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda menjadi salah seorang pemenang SPM Result Giveaway! Untuk keterangan lanjut dan cara-cara untuk menuntut hadiah, sila klik pautan di bawah. Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/keputusan-spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete
  5. alaaaa...lupa la..kawan dah duk sebut-sebut,,sampai masa semua tak ingat..tak ada rezeki laah

    ReplyDelete
  6. tak sempatt sbb terlupa.hahhaa

    ReplyDelete
  7. ramai orang beratur semalam! malas nak beratur gak so lupakan jela. haha

    ReplyDelete
  8. Tak sempat grab.. Tapi petang nie cam nak gi satu slice je..

    ReplyDelete
  9. dulu time belajar..rajin kite beli slice kek...nak beli besar2 tak mampu la..heheh sebab family tak rjin pergi SR.untung la mek dapat beli..:D

    ReplyDelete
  10. sedapppnya..lapar lah pulak..heheh..

    ReplyDelete