PRU 14 LUNCH DAN HI TEA DI HOLIDAY VILLA KOTA BHARU

Salam alaikum untuk sahabat blogger mek ..

Penamaan calon dah pun berlansung pada 28 April 2018 Sabtu yang lepas. Dah ada yang menang pun dah haa. Berpuas hati ke idok dengan calon kat tempat korang tu? Kalau tak puas hati pun tak boleh nak buat apa dah jugak. Dah umum sape bertanding. Tugas kita la pulak untuk pilih sape yang nak memerintah. Perlu diingatkan - Undi Demi Negara bukan untuk Setempat sahaja.

Mesti yang duduk dekat luar pun akan pulang ke kampung untuk mengundi, kan? Mek salute korang yang sanggup cuti dan sanggup balik untuk mengundi demi nak selamatkan kampung halaman masing-masing. Dah alang-alang balik tu, lepas mengundi boleh la korang lunch / hi tea di Holiday Villa Kota Bharu. Kenapa?


Sempena dengan PRU 14, Holiday Villa Kota Bharu tawarkan set lunch untuk korang berharga RM40 dengan hidangan lauk pauk yang pelbagai. Hidangan lunch akan bermula jam 12.30 tgh - 2.30 petang. Confirm korang akan menambah-nambah makan nasi. Dah la duk dalam aircond. Conducive sangat untuk bawak family atau kawan-kawan. Set lucnh PRU 14 ni tak terhad nasi ulam macam itu aje, ade jugak lauk sampingan lain. Tapi paling menarik minat mek adalah Ketam Bechili ! Memang variaty. Worth that RM40.


Ni pulak untuk Hi Tea. Sorry, takde gambar yang proper Hi Tea. Dengan harga RM20, korang dapat Hi Tea di Holiday Villa Kota Bharu dengan pelbagai menu yang pastinya korang akan berpuas hati. Hi-tea ni bermula pada jam 3.00ptg - 6.00ptg. Elok sangat la dengan masa tu, duk sembang sape menang sape kalah. Sape nak mentadbir negara pulak. Hihi. Hi-tea ni jugak sesuai untuk korang yang late lunch. Yela, mana tahu tak sempat lunch sebab pegi mengundi time lunch, korang boleh la ngap Spaghetti Aglio Olio kat Holiday Villa Kota Bharu. Tak nak makan macam tu, Shawarma pun ada. Banyak lagi la menu lain yang ada. Pendek kata korang akan kenyang with that RM20 !

Untuk pakej ni, hanya pada 09 Mei 2018 (Rabu) sahaja yang ditawarkan. Khusus untuk korang yang balik mengundi. Takkan lepas balik mengundi nak lepak dekat rumah je kan? Korang boleh la jumpa kawan-kawan atau bawak keluarga korang lunch / minum petang dekat luar. Sambil tengok orang duk berarak bawak bendera. Seronok !

Korang yang pertama kali nak mengundi, excited tak? Sape dekat sini pertama kali mengundi? Komen dekat bawah ❤



Sekian ..

22 comments

  1. Murahnyaa...Kalau kat JB tak dapat harga tu ...

    ReplyDelete
  2. Mak datukkkk murah terlajak giler ni mek oi...

    ReplyDelete
  3. Wow menarik Mek..
    Sesiapa balik mengundi boleh singgah sini..
    Tak semua hotel offer Hi-Tea dengan harga camni..

    ReplyDelete
  4. Menarik betul promosi yang diberikan.. anyway, TAHNIAH mek kerana awak menjadi salah sorang top commentator dalam jurnal akak..

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2018/05/top-commentor-april-mei-2018.html

    ReplyDelete
  5. Wahh menarik tu mek.. nanti lepas mengundi memasang boleh singgah situ

    ReplyDelete
  6. wahhh seronoklah
    saya hari tu pergi kelantan tidur hotel nih lah
    terbaik

    ReplyDelete
  7. Ala.. Jauh lah mek.. Kalau tak boleh lunch ketam berchili. .

    ReplyDelete
  8. Murah sangat tu mek. Pada yang balik KB boleh lah singgah.

    ReplyDelete
  9. Menarik! Something good oleh hotel. Aida ramai member Kelantanese. Akan share kat group. Especially kawan2 lelaki la kan. Tq mek.

    ReplyDelete
  10. Murahnya. Tapi malang sekali sekarang tak boleh hi-tea. Nanti orang dok pandang pelik. Hihihi.
    Kira kalau pergi KB, wajib singgah la ni ye.

    ReplyDelete