Accident @ hadapan UiTM Machang


Salam J

Its 18 december 2012 today

Permulaan hari untuk aku pada hari ni di kejutkan dengan berlakunya kemalangan di hadapan rumah sewa aku. Suppose aku ada kelas jam 8 pagi tapi disebabkan aku selalu curious dengan benda-benda macam ni, rela tak pergi kelas. Nasib baik kelas lect attend tp tak lecture hari ni. Niat nak ke kelas tu dah ada tapi kejadian tu berlaku sebelum sempat aku mandi, dan iron tudung. Maka, aku dengan rela hati batalkan niat aku untuk ke kelas.

Sebenarnya, aku update blog kali ni nak cerita pasal kemalangan tu la. Sejujurnya, aku tak pernah tengok kemalangan yang berlaku depan mata aku ni dengan adanya mangsa yang terkorban. Memang kita orang yang kat dalam bilik ni semua menangis lepas tengok dia orang keluarkan mayat.

Pengajaran daripada kemalangan pagi tadi, even kita yang dah berhati-hati ni pun, kalau dah malaikat jemput kt, tak ada tempat yang selamat untuk bersembunyi. Cuma, kalau kita berhati-hati, dapat kurangkan risiko untuk berlakunya benda tak elok. Kan?

Time orang nak keluarkan mayat daripada kereta. Ambik masa setengah jam

Time ni mayat dah keluar, kalau tengok ada mayat dekat van bomba tu. Bukan seram, tapi kesian sebab di biarkan tanpa di jaga
 

 
Jadi, peringatan untuk kita semua ya apa yang berlaku hari ni. Baik korang yang memandu mahupun menjadi penumpang. Semoga Allah panjangkan lagi usia kita untuk beribdat kepadaNya, amin..

1 comment

  1. Al-Fatihah buat mangsa.Ajal menjemput x kira kt mna..Allahumma aamiin...

    P/s : dh hbis selongkar blog akk Peace yo!!

    ReplyDelete