MENU UNTUK BERBUKA / SAHUR ; MINGGU PERTAMA RAMADHAN

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Esok dah nak puasa ! Malam ni kita semua akan bertarawikh. Lepas bertarawikh orang perempuan (mostly) mesti duk fikir nak sahur dengan apa and esok mesti dah start cari menu untuk berbuka pulakkan. Macam mek pulak yang tak masak ni, memang mengharapkan mertua je la masak apa. Hidang apa itu lerr dimakan. Kecuali weekend. Mek akan listkan beberapa menu untuk rujukan semua - mana tahu antara menu ni boleh dijadikan hidangan untuk korang berbuka. 


Nasi Lemak Ayam Goreng McD ! Menu ni paling mudah dan kenyang untuk korang kalau nak sahur atau nak berbuka. Set macam ni hanya RM12 rasanya. Kalau yang ada telur tu RM15 (mek lupa harga asal). Tapi untuk korang yang tak suka pedas, sambal Nasi Lemak McD ni agak pedas so korang kena cuit cuit cam tu je bila makan.


Nasi Sayur Air, Telur Goreng letak Kicap dan Ikan Puyu Pekasam. Menu ni pun simple jugak untuk korang yang gian nak memasak (macam mek, gian nak masak tapi nak yang sesimple boleh). Makan sepinggan ni dah boleh terawikh / menjalani hari dengan baik dah.

Haa, korang rasa menarik tak menu yang mek cadangkan tu? Kalau ada menu lain boleh jugak drop dekat komen. Kita saling membantu la dalam bulan ramadhan ni. Mek tahu sangat, bulan puasa ni nafsu makannya tinggi tapi nak makan apa tu kadang buntu. So kalau pakat share sikit sorang boleh la merasa menu lain-lain. Dan sorry sebab mek boleh sediakan dua menu sahaja (hajat nak letak tujuh, tapi ada dua je) sebab komputer mek corrupt dan gambor gambor terdahulu dah hilang. Mek jugak nak pesan, makan jangan secara berlebihan. Makan cukup-cukup sahaja. Mentang-mentang lah siang hari tak boleh makan, di qadanya sebelah malam sampai tak selesa perut. Sunnah nabi - berhenti makan sebelum kenyang yang melampau.


Psst, mek sekarang macam tersuka tanpa sengaja ambik video lepas tu nak tempek dalam blog, korang rase ok tak? Ke berat nak loading page? Hukhuk. Pandangan anda amat dihargai.


Sekian ..

11 comments

  1. pagi esok sahur ngn telur mata ngn kicap jer kot..hihi

    ReplyDelete
  2. wahh sedap

    Cici selalu first sahur amek benda soupy/masam. tomyam ke apa ke. tapi tengok lah. dapat pulak 'cuti' . baru semalam datang. maknanya first week mmg 'cuti' lah hahahaa.

    ReplyDelete
  3. Btw Selamat Berpuasa ye Mek <3

    ReplyDelete
  4. wah gee xtry lagi nasi mcD..macam sedak je tuh

    ReplyDelete
  5. Hi Mek! Sahur family bash jarang makan nasi.. selalu makan cereal je hahah budget sangat mat salleh.. tapi sejak kahwin ni husband memang makan nasik sokmo... rasa paling-paling pun ayam goreng tu la senang..

    Selamat berpuasa mek! Bagi bash letak video tu okay je tak lambat pun loading ni 😊

    ReplyDelete
  6. Saya prefeer yang kedua tu je. Telur mata kuba, berehhh. Haha

    ReplyDelete
  7. kite sahur td nasi dgn ayam goreng je. tu pun dh nikmat

    ReplyDelete
  8. Salam ramadan dan selamat berpuasa Mek

    ReplyDelete
  9. ramai ckp burger mcd baru ni sedap.. xsempat try lg

    ReplyDelete