BUSINESS APPRECIATION DAY HOLIDAY VILLA KOTA BHARU 2018

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..


Business Appereciation Day @ Holiday Villa Kota Bharu

17 April 2018 telah pun berlansung satu program di mana Holiday Villa Kota Bharu menjemput semua rakan korporatnya bersama-sama media dan para blogger untuk diraikan. Program ini juga bertujuan untuk perkenalkan set menu ketika menjelang PRU 14 dan juga set buffet Ramadhan 1439H yang akan menjengah pada 17 Mei 2018 nanti.

Dah macam formal pulak tulis macam tu. Hukhuk. Macam reporter pun ada. So, jom lah mek tulis secara santai untuk kenang-kenangan event yang telah mek dan team bpt hadirkan diri. Kami dijemput khas oleh Cik Yatt untuk sama-sama memeriahkan this event dan of course sebab dia percaya blogger boleh hebahkan kepada umum dengan agak berkesan. Gituu. Angkat bakul ke tu? Tak, kan? 


Team BPT (mek, wani sukarno dan Ciktie). Kitaorang sampai around 2.45 ptg dan this time bukan takde orang, cuma hadirin duk kat luar dewan untuk sesi photoshoot (photobooth by DellDash Booth). Kami pulak photoshoot dalam dewan dulu sementara semua benda atas meja tak terusik lagi.

Rasa teruja sebab blogger disediakan satu meja khas supaya kami dapat buat kerja kami dengan baik sekali. Meja yang hampir dengan pentas, dekat dengan pintu - itu semua membantu kami para blogger untuk Go Live di FB dan jugak bangun untuk shoot gambar tanpa menghalang pandangan orang lain. Good job Cik Yatt.


Aturcara pengisian bagi Business Appreciation Day @ Holiday Villa Kota Bharu. Korang takkan sempat nak boring sebab banyak persembahan dan makanan disajikan untuk tetamu.


Urusetia yang manis-manis semuanya sambut guest. Kalau korang perasan. gambor kat atas tadi ada lucky draw kan. So rugilah datang event tapi tak register. Hihi. Mane tahu nombor registration korang tu bertuah.


Ni pulak persembahan pembukaan daripada team Jastera. Kalau korang nak tahu Jastera ni memang selalu dijemput untuk buat persembahan sehinggakan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan pun mengiktirafkan team mereka antara the best that Kelantan have.

After this persembahan, para hadirin dihiburkan dengan celoteh pengacara event ni yang juga daripada Team Jastera dan memang tak boring la cara pengendaliannya. Teratur, mudah difahami dan juga menghiburkan. Idok lerr macam formal sangat tuturnya. Ada selingan mengusik, selingan iklan - itu membuatkan kita macam alert untuk dengar apa yang diperkatakan oleh pengacara. Paling yang ditunggu adalah announcement untuk jemput makan. Haha ! Lauk pauk tu tak payah cite, sebab mek dah cerita lanjut dekat entry ni . 


Sambil makan tetamu dipersembahkan dengan catwalk model-model daripada Qaseh Inspire Bridal yang memperagakan baju-baju cantik lagi vogue, diilhamkan khas oleh owner Qaseh Inspire Bridal iaitu Pn Ieyda dan En Harry. Korang yang berminat nak dapat sentuhan fesyen daripada diaorang, boleh je pergi butik diaorang dekat Guchil Bayam Kota Bharu atau search sahaja di FB Qaseh Inspire Bridal.


Ni owner Qaseh Inspire Bridal - ramah dan tak kedekut ilmu. Sepanjang duk sembang banyak ilmu bridal dan fesyen yang En Harry kongsikan pada mek. Mek bet kalau sape jadi pelanggan diaorang mesti puas hati sebab diaorang buat kerja kerana passion bukan kerana duit semata-mata.


Sesi QnA bersama Chef Syam. Ruang ini untuk para blogger dan para media mengajukan sebarang pertanyaan kut-kut ada yang tertanya-tanya macam mana hidangan buffet nanti, lauk-pauk yang disediakan. Penerangan Chef Syam memang cukup berinformasi dan membantu kami para blogger untuk menulis. Hikhik. Yela, owner explain sendiri apa yang dia nak buat so kami lagi jelaslah dengan idea dia tu.


Dah siap QnA bersama Chef Syam, ambik peluang untuk bershoot dengan DellDash Booth pulak. Gambar korang akan diprint serta-merta (gambar ukuran 4R) sebagai kenang-kenangan. So bagi korang yang nak buat event dan perlukan perkhidmatan photobooth, boleh je risik DellDash Booth dekat FB diaorang. 


Masuk je dewan balik untuk sesi bergambar, mek diberitahu oleh kawan Wani yang mek dapat cabutan bertuah ! Waa ! Alhamdulillah .. Rezeki mendaftar tadi. Thanks Holiday Villa Kota Bharu. Nanti lepas stay, kita review bilik pulak ye.

Tapi still ada berita baik untuk korang, Holiday Villa Kota Bharu ada memperkenalkan Privillage Card di mana korang perlu membayar RM480 one shot (hanya RM40 sebulan) dan korang akan dapat pelbagai privillage antaranya Akses Pool di Holiday Villa tanpa sebarang bayaran, Dapat Room percuma pada Hari Birthday korang, Diskaun bila korang Dine in di Holiday Villa dan banyak lagi. Amat menguntungkan ! Yela, akses pool tu tanpa had ok. Pool dekat Holiday Villa Kota Bharu ni dekat tingkat 3, so berteduh. Takkan panas la anak korang mandi kolam nanti. Korang pun akan rasa rilex je menjaga anak-anak korang mandi. Then dapat birthday treat lagi. Dapat room percuma. Kan seronok tu bila birthday dapat tidur hotel, pamper-kan diri. Pendek kata that RM480 memang worth habis. 


Ditepi Wani tu lah Cik Yatt. Kuruih orangnya. Duk sembang-sembang dengan Yatt ni mek boleh agak yang Yatt seorang berpandangan jauh dan kalau bagi dia handle satu-satu event, kita takkan kecewakan korang. Dia akan buat dengan sepenuh hati. Korang yang nak buat event dekat Holiday Villa Kota Bharu boleh contact Yatt untuk jadi advisor / organiser event korang. Kat sebelah Yatt pulak adalah owner kepada Holiday Villa Kota Bharu. Ditepinya pula anak lelaki beliau yang diberi nama En Wan Sazril. Memang sporting habis diaorang ni. Mulanya segan nak ajak bergambar tapi diaorang keep thanking dekat blogger sebab sudi datang event ni. Malu pulak kita, kita yang patut say thank kat Holiday Villa Kota Bharu sebab percayakan kami. Thanks pihak pengurusan Holiday Villa Kota Bharu.

Memang kami rasa dihargai dan seronok sepanjang event ni berlansung dan memang besar harapan kami nak stay closed dengan Holiday Villa Kota Bharu dan serve sebaik mungkin. Untuk korang yang masih meragui untuk ambik perkhidmatan blogger, its time to open up your mind and heart. Jangan segan untuk tanyakan blogger perkhidmatan yang diaorang boleh sediakan. So, put the trust on us, ok?

Korang yang dah pernah stay di Holiday Villa Kota Bharu boleh la komen di bawah. Nak jugak dengar pengalaman korang sepanjang stay di sini. Komen dekat bawah ye ❤


Sekian ..

4 comments