Dirty Bun - Bun yang Viral April 2018

Salam alaikum ..

April 2018 ni duk viral pasal Dirty Bun. Macam mane rupanya Dirty Bun tu? Time kawan mek cakap pun mek tak boleh nak bayang jugak. Mek pun tahu bila tanya kawan mek nak lunch apa, dia cakap nak makan Dirty Bun. Kenyang ke weih? So dia offer dekat mek, kalau nak try jom kita pergi beli dekat Muhibbah Kota Bharu.

So that lunch mek pun jalan la dengan dia dan singgah Muhibbah Kota Bharu. Untuk korang yang tak tahu Muhibbah Kota Bharu, dia betul betul depan KFC Kota Bharu Jalan Pintu Pong yang ada Pantai Timur tu. 


Ni lah rupanya Dirty Bun yang kawan mek duk cakap-cakap. Katanya tengah viral sekarang ni. Sape je yang makan Dirty Bun mesti mulutnya akan comot dengan choc yang penuh menyaluti roti tu. Kawan mek cakap nak delivery kat office pun boleh tapi bukan daripada Muhibbah. Harga yang delivery tu RM8 sebiji. Nak pengsan mek dengar harga tu.


Ni pulak harga yang ditawarkan oleh Muhibbah Kota Bharu. Jauh bezakan? Bagi mek, viral tu viral la tapi sampai mahal sangat - kesian jugak dekat orang. Jangan la ambik kesempatan time viral. Jual dengan ikhlas. Nanti Allah berkati rezeki kita tu. Jangan tamak.


Ni close up Dirty Bun. Terliur tak? Untuk korang yang pandai bakery, korang boleh je buat guna roti jenis Croisons lepas tu salut roti tu dengan choc. Kalau nak sedap tabur la choc rice atau choco powder kat atas bun tu. Maka jadi lah Dirty Bun. Senangkan? Dah terbagi resepi sekali pulak. Mek tahu resepi tapi nak buatnya malas. Tunggu Amani dan Amzar besar sikit mungkin rajin la kot nak buat sebab ada demand. Haha.

Inilah yang viral April 2018 Dirty Bun. Korang yang nak rasa boleh la buat sendiri ikut resepi yang mek bagi tadi, atau korang boleh je beli dengan mana-mana dealer yang jual kat FB tu. Kalau rasa mahal, boleh beli dekat Muhibbah Kota Bharu. Waze / Google Maps / Maps sahaja Muhibbah Kota Bharu Jalan Pintu Pong sure korang akan sampai.

Yang dah try Dirty Bun, sedap tak? Boleh share dekat komen bawah ye ❤


Sekian ..

12 comments

  1. Belum berpeluang untuk cuba try lagi.

    ReplyDelete
  2. Kat Putrajaya nie memang tengah meletop jugak nie, tapi disebabkan akak kurang gemar pada coklat, jadi takdelah nak membelinya.. Tapi ramai yang cakap bun nie sedap..

    ReplyDelete
  3. trendy bun ni.. hari tu dah rasa messy bun from sds
    JanjiKita

    ReplyDelete
  4. Tak berpeluang lagi nak cuba.. kikiki.. sedap ini sebab penuh coklat..

    ReplyDelete
  5. saya ni peminat coklat memang rasa tergoda sgt tgk gambar dirty bun ni, nanti kalau terjumpa memang nak try..hihi

    ReplyDelete
  6. nok cari jugoklah kat ganu ni..terliur wes!haha

    ReplyDelete
  7. Aida x jumpa lg ni, mek.
    Ada perasan 1 contest utk dirty bun ni.
    Paling comprehensive makan = menang :-)

    ReplyDelete
  8. Hi Mek! Lama tak datang sini, so tak tengoklah daun berguguran. Hihi.

    Siqah baru je dengar bun viral makan je mulut comot ni. Kawan ada ajak pergi tapi tak tahulah bila nak pergi. Maybe one day :D

    Mek, jemput join segmen dan giveaway di blog Siqah ye :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete
  9. Xada jumpa lagi sini. Aloh muhibah kota bharu tempatbferet sokmo g beli roti hahaha

    ReplyDelete