JL Fara Crab : Shellout Must Try di Kota Bharu

Salam untuk semua sahabat blogger mek dan juga pembaca bagi entry ni ..

Siapa yang suka makan shellout? Meh sini mek nak recommend satu kedai shellout dekat Kelantan yang korang mesti try. JL Fara Crab di Wakaf Che Yeh dan juga Lundang. Kalau di Wakaf Che Yeh, lokasinya tepi D'Klasik Kopitiam. Kalau datang daripada Pasir Mas, Machang - kedainya sebelah kiri sahaja. Kalau di Lundang pulak, JL Fara Crab ni berlokasi di Restoren Kapal Terbang dahulunya. Korang yang datang daripada Kota Bharu, lepas sikit je Masjid Kubang Kerian, JL Fara Crab di sebelah kiri korang. Kalau datang daripada Kubang Kerian memang kena uturn lerr. Nak mudah korang boleh sahaja waze atau google maps.

So jom mek tunjukkan gambar yang mek dah snap untuk mek review :


Ni adalah main signboard diaorang. Kalau korang datang daripada Tunjong, signboard ni akan berada di sebelah kiri korang. Parking untuk pelanggan adalah di depan JLFara Crab. Kalau korang datang dalam 2 3 kereta, boleh la parking kat Telekung Siti Khadijah juga. Tiada masalah bab parking.


Ni view depan kedai. Besor dia punya JLFara Crab. So tiada ragu ragu untuk masuk dalam restoren ni. JLFara Crab ni asalnya butik kosmetik yang dikeluarkan oleh ownernya sendiri iaitu Fara Beauty. Sebab tu kedainya nampak macam butik gitu.


Ini interiornya. Banyak gambar-gambar artis dan rakan-rakan perniagaan Fara yang diframekan untuk tatapan para pelanggan. Memang muka puas hati semuanya makan JLFara Crab ni.


Ni adalah ruang bawah yang agak private contohnya kalau datang dengan family atau kawan untuk celebrate birthday. So korang boleh la ambik gambar dengan kawan atau family tanpa segan dan silu *tehee*. 


Ni pun ruang bawah yang exclusive untuk korang yang nak santai-santai. Contohnya nak jumpa orang nak bincang pasal business ke atau apa-apa je la, so boleh ambik ruang ni. Sejuk, selesa dan private.


Ni pulak ruang atas untuk korang yang nakkan lebih privasi. Biasanya untuk celebrate birthday la kan. Nak nyanyi nak ambik gambar banyak-banyak. Kalau kat bawah takot mengganggu pelanggan lain pulak. Elok sangat lah korang ambik ruang atas.


Ni pun ruang atas, sambung dengan yang tadi. Bagi mek kalau korang nak celebrate birthday atau party apa-apa yang melibatkan lebih 10 orang, boleh la ambik tingkat atas. Untuk tingkat bawah tu kalau takat 8 orang, sesuai lah. Exclusive kan tempatnya?


Tengok atas meja tu, staff JLFara Crab tengah duk hidang shellout. Menarik takkkk. Masa duk menaip ni pun rasa lapar semacam je.


Sudahnya jadi macam ni. Dia ada lauk Lala, Ketam, Sotong, Udang dan Jagung. Nasi ofcourse lah. Air korang boleh pilih nak apa. Dengan lafaz bismillah moh kena ngap !


Inilah pengakhirannya. Alhamdulillah. Mek rate 4.5 out of 5 ! Rempah shellout dia memang sedap dan tidak pedas. Sesuai untuk yang ada anak kecik macam mek ni sebab boleh aje suapkan nasi tu. Paling mek suka adalah udang butter sebab udang gemuk dan butter tidak muak. Ketam kena makan pakai tukul atau pengepit. Tapi mek prefer tukul sebab lebih senang.


Sebelum kita pulang, ini adalah tempat korang nak berfoto. Siap ada photobooth. Senang korang nak ambik gambar kenangan. Mana nak cari kedai yang ada sediakan photobooth sekali. Korang pun kalau datang sini kena ambik gambar kat sini ok.


Ni adalah team JLFara Crab yang baik hati walaupun dalam gambar ni serius aje mukanya. Diaorang ni sedia membantu korang untuk makan kat sini. Yang kat tengah tu Kapten Mursyid. Dia yang incharge JLFara Crab Wakaf Che Yeh, ada pape, roger je dia. 


Dan dikesempatan ni mek nak ucapkan ribuan terima kasih kepada owner JLFara Crab iaitu Pn Fara sebab sudi terima kunjungan kami dan percayakan kami. Kami doakan agar JLFara Crab dapat kembangkan lagi sayap perniagaan untuk hidangkan kami dengan makanan yang sedap-sedap lagi. Amin..

Itu sahaja review mek pasal JLFara Crab. Korang boleh la pergi mana-mana cawangan JLFara Crab untuk menikmati sendiri hidangan shellout dan juga makanan lain. Ni sedikit info basis untuk pengetahuan korang :

Masa operasi : 10pg hingga 12mlm setiap hari
No tel : 013-9334545

Korang dah pernah try kat JLFara Crab? Boleh drop komen kat bawah ye ❤


Sekian ..

16 comments

  1. Replies
    1. memang sedap han
      kalau datang kelantan, kena try this !

      Delete
  2. restoran macam dalam taman bunga!!i likeee!!

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa mek. Restoran pun cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes nani,
      restoren selesa dan cantik
      makanan pulak sedap

      Delete
  4. Seronoknya awak-awak nie berkumpul, jeles kita tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn jeles kakkin
      insyaAllah ad event ganu atau kl, kita berjumpa

      Delete
  5. Replies
    1. memang jeliro sngoti cik ash
      nanti balik kelantan keno mari makan

      Delete
  6. Replies
    1. memang sedap ni ayra,
      kena datang dan try

      Delete
  7. Walaupun shell out ini dah lama viral, sha tetap tak berjaya cuba.. hehehe.. tak tahulah bilanya nak berjaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cuba ni kak sha
      bile nk datang kelantan
      boleh mek bawak datang sini

      Delete