Teaser : GiveAway March by Mek

Salam alaikum...


Allahu, post ni memang ketinggalan almost 10days ! Maafkan mek ye. Patutnya mek cari korang on 10 Mac hari tu. Disebabkan mek pun dalam pantang dan very limited untuk keluar dan sebagainya - jadi delay to March 22nd.


Dan untuk pengetahuan korang jugak, draf untuk Blogger Sunshine Award pun tak siap lagi --' Baru jawab soalan no 3 dik oiii. Doakan mek terus kuat untuk mengarang entry.


Tanpa berlengah :


Ni tekaan untuk hadiah bulan Mac. Korang rase ape benda? Kalau tahu komen dekat bawah ok?


Sekian...



Safely Delivered : Ammar Amzar

Salam alaikum...


Alhamdulillah ! The baby had comes out ! Walaupun mek terpaksa mengharungi 41 minggu perjalanan mengandung untuk kedua ini, tapi it worth any single seconds :) 


41 Minggu :


Seperti post / entry mek sebelum ni, mek dah pun dapat refer letter untuk menyerahkan diri pada hospital sebab post date. Lepas kejadian di labour room hari tu, mek dibenarkan balik sebab post date 4 days. Jadi kena lapor diri balik dekat hospital on post date 6 days. Kiranya mek diberi extra 2hari untuk berjimba jimba dulu dekat mall dan rumah :) Teringat perbualan mek dengan doktor yang incharge scan perut :


Mek : Doktor, ade tak idea / cadangan untuk cepatkan proses kelahiran? Maksud saya secara semulajadi. Ke saya kena tawaf mall untuk cepatkan proses?


Doktor : (sambil sanitize tangan nak blah) hmm, semulajadi. Kerapkan bersama suami je la.


That time nak tergelak pun ade nak senyum simpul pun ade. Doktor ni perli mek ke? Tapi ye ! Mek pernah terbaca suatu ketika dahulu yang kerap bersama suami adalah salah satu element untuk mudahkan proses kelahiran ! No wonders anak pertama 38 minggu dah beranak :)

😝😝😝😝😝😝😝😝😝😝😝😝😝


Menyerah Diri / White Flag --'


Dua hari yang diberikan tak menunjukkan ape ape reaksi / tanda yang mek nak bersalin. Rase gagah je lagi nak pegi mane mane. Kalau ajak pegi Cameron pun boleh lagi rasenya. Berkuasa sangat ;) Dalam gigih menjalani kehidupan seharian, dalam hati ni timbul jugak kerisauan untuk lahirkan anak kedua. Setiap titipan doa tak putus menyakinkan diri dengan Allah telah aturkan terbaik untuk mek serta hambanya yang lain dan biarlah kita merasakan ianya mudah untuk dihadapi. Time nak sembahyang asar, tetiba rasa sebak bila tengok Amani. Gugur jugak air mata ni sebab malam tu mek kena tido hospital. Sepanjang dia ada kat dunia ni, tak pernah satu malam mek tinggalkan dia. Kursus pun bawak ! 


Tapi hati mek agak terpujuk jugak sebab spouse cakap dia akan teman mek dekat hospital. Amani akan tido dengan tokma dia di rumah tokki. Lega sikit hati ni. Boleh fokus balik untuk beranak :)


Check In dekat Labour Room lepas Isyak dah pun. To be exact 9.21pm. Cerita dekat labour room ni takde la exciting pon. Tapi mek nak cite jugak ;) Bila dah sampai labour room mek bagi lerr borang untuk admit ward. Berikut adalah perbualan mek dengan misi :


Misi : Kenapalah awak datang time ni. Kan dah tahu nak kena masuk wad 7hb.

Mek : Kat borang tu tulis 7hb, tapi tak tulis jam berapa kena datang. Saya ingat - feel free to come at anytime :) (sambil senyum biawak sebab itu je sempat reka ayat)


Boleh teka la kan misi tu akan cakap ape atau lebih selesa untuk guna term - mumble --' Mek tengah whatsapp dengan doktor mek time tu. Dia cakap mestilah misi tu geram sebab mek jawab macam tu. Mek buat tak tahu je la. Dia suruh buat CTG, mek ikut je. Dia suruh duduk mek ikut jugak. Sampai la mek terperasan - misi ni yang epi-kan aku time beranak sulung dulu ! Lagi la puas hati jawab macam tu :)




Ding dong ding dong - jam 1.00pg baru ditolak masuk ke wad. Gamaknya misi tu sengaja kot nak bagi mek masuk lambat sebab yang datang selepas mek pun dah siap masuk wad. Pendek cite, mek yang last --'


Mungkin misi tu nak cakap macam ni kat mek tapi tak terluah : 

Dik, menyerah diri memang 7hb tapi dalam borang tak cakap pun masuk wad 7hb :)


Like, fine !


😪😪😪😪😪😪😪😪😪😪😪😪😪


Wad 25 HRPZ :


Sudahnya mek tido keseorangan jugak malam tu sebab spouse tidak dibenarkan untuk menemani. Yang boleh hanya penjaga perempuan. Mek is fine :) Sebab yang induce besok pagi jam 7. Jadi spouse janji lepas subuh dia datang so sempat la :) 


Subuh jam 6.15pagi. Mek lena lagi :) Kejap tu datang sister kejut (punyalah takde bahasa orang kita ni kan kejutkan patient


Sister : Eyh awak (sambil tepuk tepuk bed) bukan ke awak yang nak kena induce pagi ni? 

Mek : (sambil mamai) aa saya.

Sister : Dah tu tak reti nak bangun lagi? Dah jam berapa ni? Cepat bangun sembahyang, tak payah mandi la. Doktor dah sampai. Doktor ada 6 wad lagi nak kena pegi (sambil jalan blah tinggalkan mek)

Mek : (ambik handphone - bukak wayar charger - tengok whatsapp - reply whatsapp

Sister : Eyh sempat lagi dia tengok handphone. Cepat laa doktor dah tunggu awak tu. 


Bila pulak dia pusing balik? Mek kalau mulut pagi pagi ni wangi, nak aje mek jawab kat dia - janji jam 7, so jam 7 la. Kejut orang tu baik baik sikit. Patient pun manusia. And patient pun keje jugak ok ! Bukan budak kampung yang goyang kaki kat rumah. Tapi alhamdulillah mek tak cakap macam tu sebab mek sedar mulut tengah busuk :) Lagipun mek sedar kita datang rumah orang, kenalah ikut resmi tuan rumah. Ye dak? (Tengok la nanti kalau aku jumpa dia buat urusan dekat bank - aku jerkah jugak dia kang) 


Bagi mek masa setengah jam yang ada tu cukup untuk mek mandi dan sembahyang subuh. Err, Yassin tak sempat --' Jadi mek mandi dan sembahyang subuh. Keluar dari tempat solat, spouse dah ada dekat kerusi katil. Lega hati :) Mek pun bersiap la macam biasa. Sempat je pakai bedak tapi sekadar alas (Che Ta pun make-up time beranak takkan mek tak boleh). 6.45pagi doktor nak round wad. Yang menunggu kena lah keluar - tunggu kat luar. Spouse akur. 


😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞😞


Induce :


7.00pg misi datang panggil mek pergi bilik rawatan. Time tu melangkah kaki takde la berat cuma berdebar debar. Lafaz bismillah semoga Allah permudahkan semuanya menjadi iringan. Spouse kat luar hanya perhati dari tingkap. 


Sekali dengan mek pagi tu, ade dua orang yang nak kena induce. Sorang dah selamat. Turn mek pulak. Doktor check :

Bukaan cervix : 3cm
Posture : Tebal

Doktor teruskan niat dia untuk induce mek. Untuk yang nak tahu, ubat induce ni besar panadol je. Doktor akan letak ubat tu dekat pintu rahim. Ubat tu berperanan untuk jadikan contraction.


Dah siap - rehat dekat katil selama sejam tanpa boleh bangun. Mek sempat pegi kencing dulu sebelum baring. Manalah tahu terberanak awal. Tersembur urine pulak kat doktor :)


😌😌😌😌😌😌😌😌😌😌😌😌😌


Immediate Labour :


Sambil baring tu mek baca buku Irine Nadia (akan di-review kemudian). Katil kat depan mek tu pandang je mek baca buku. Entah ape yang dia fikirkan. Lepas sehelai, sehelai mek belek. Contraction dah start. Time contraction memang muka berkerut. Spouse kat luar tengok je la. Nak masuk tak boleh. 7.30pagi misi datang suruh buat CTG nanti jam 8.00pagi. Mek angguk je la. Sakit contraction ni makin kerap pulak. Breakfast yang terhidang depan mata memang tak terusik ! Niat memang nak makan nak ada tenaga. Tapi sakit contraction (sakit macam korang period) dah macam kerap sangat.


8.00pg mek kuatkan diri bangun untuk buat CTG. Spouse call tanya nak pegi mane sebab dia tengok mek cam dah tak tahan sakit. Naik je atas katil untuk CTG - sakit giler dah ! Rase nak meneran tu dah ada ! Cakap dengan misi yang mek dah start rase sakit. Misi cakap normal untuk orang yang induce. Dalam hati mek - kalau aku cakap pun dah tak guna ni, baik dia tengok aku punya reaction je. Disebabkan sakit tu tak keruan dan rase nak meneran tu dah ada, jadi mek teran je la :)


Misi dengan doktor jadi kalut sebab bila doktor check mek dah 6cm ! Diaorang duk suruh mek tahan and jangan teran. Habis, takkan nak tahann je --' Wad 25 HRPZ pagi tu riuh angkara mek :) Misi tolak mek masuk labour room. Spouse kejar dari belakang (dia cakap laju giler misi tolak mek sampai dia kena berlari anak). Mek tak sempat pulak buat drama panggil nama spouse --' Asyik sebut 'tolong' je --'


Spouse kena masuk ikut pintu depan sebab dia kena pakai baju biru. Mek pulak dah selamat misi letak dalam room no 3. Mek duk meneran je la. Nak pindah katil pun tak boleh dah. Doktor tu suh misi angkat je mek. Bila doktor suruh mek dalam berkeadaan nak beranak, kepala baby dah elok bulat kat bawah. Air ketumban je tak pecah. Jadi doktor pecahkan dulu. Tak sempat doktor suruh push - baby selamat keluar :) 



Assalamualaikum Ammar Amzar ! Berat saya 3.5kg


Beranak kali ni tak kena epi :) Tapi tetap kena jahit sebab macam luka sikit. Time jahit tu pun riuh jugak labour room sebab doktor tu kasar giler duk belek belek nak cari mane lagi tempat nak kena jahit --' Hailaaaa doktor...


Sekian...


Review Telemovie : Surat Buat Bakal Isteriku

Salam alaikum...


Walaupun dah tengok cite Surat Buat Bakal Isteriku ni dah lebih 10x - tapi mek tetap nak buat review jugak ;)


Cite ni around 2016 sebab seingat mek, dah ade Amani mek tengok cite ni. Untuk kepastian lebih, korang boleh google :)




Cite ni dah pun ade kat youtube :) Tak menjadi masalah untuk tengok cite ni.


Sinopsis - Kisah Qaisara yang melanjutkan pelajarannya ke peringkat universiti. Orangnya cantik membuatkan ramai lelaki nak menghampirinya dengan menghantar surat cinta. Hanya satu surat yang berjaya memikat hati Qaisara di mana surat itu bertulisan jawi dan meletakkan nama kepada Bakal Isteriku :) 


Review - Memang berjaya menyentuh perasaan ! Sebab? Nilai murni yang disampaikan memang awesome ! Antaranya adab sebelum kahwen, cara betul untuk memikat hati seorang muslimah :) Ohoi, kalau ade je movie ni kat TV, memang ralit giler tengok ! Bior lerr dah banyak kali tengok pon :)


Pulak tu mek memang berkenan dengan Syukri Yahya tu :) Cite dia semua menjadi bagi mek :) Yang dia jadi Amzar dalam Isteri Luar Biasa pun best ! Yang Encik Tengku Cik Cinderella pun best ! Watak dia tu buat melting je :)


Korang boleh la drop any comment kalau dah tengok :) Mek pun nak dengar jugak apa pendapat korang pasal cite ni :)


Sekian...

Post Date - Apa yang berlaku?

Salam alaikum...


Bilamana mek duk tulis entry ni sebenarnya mek is dalam labour room. Tapi bukan nak beranak lagi :)


As for now - Post Date 4/7


Dah rase macam doktor tulis cam tu. Well, duk labour room kan haruslah dengar doktor cakap terms dia je :)




Biasanya kalau dah post date (lebih jangka) klinik akan bagi refer letter. Surat ni untuk kegunaan hospital. Pihak hospital akan decide untuk proceed to labour / just check (CTG and scanning). Bab kata doktor mek - not too worry on post date. It should be ok and fine :)


Jadi, kalau korang antara patient yang post date - jangan risau sangat ok? Kuatkan jalan jalan. Tawaf / naik turun mall atau kalau yang ada anak macam mek ni, take care on her fully ! Hahahahha




InsyaAllah takde ape ape yang abnormal for post date :)


Tapi mek nak share jugak dekat sini walaupun dipengakhiran entry - Sementara duk menunggu nak scan orang sebelah mek tegor. Tanya dah berapa minggu dan mek macam biasa la ramah mesra ;) Tanya la dia pulak berapa minggu dah, kenapa datang dan jawapan dia paling mek tak sangka - 'datang sini sebab semalam anak tk bergerak. Scan tadi doktor cakap baby dah takde.' Im speechless mannnnnnnnnnnnn.... Lame jugak la duk tenung muka dia. Aku nak jawab ape ni? Last ambik keputusan untuk pandang phone balik sebab dah rase something will flow out ! Dan terima kasih dekat misi tu sebab panggil kawan tadi untuk ke katil untuk sekali lagi CTG. Mek dah layan perasaan dengan whatsapp kawan, spouse and doktor. Reda kejap. Lepas 5minit dia datang balik. Untuk elak dia cakap mek sombong sebab tadikan macam blah gitu je, mek sambung balik perbualan kita org tu. Tanya la duk kat mane keje kat mane and bla bla bla. Entah macam mane boleh pulak keluar topik sebab anak dia meninggal - air ketumban terlalu banyak. Mek pun cakap lerr 'Allah lebih tahu' - Ingat dah cukup tebal hati ni rupanya sekali lagi tetiba je rase tekak ni susah nak telan air liur. Masing masing tengok phone --'


Mek harap dia ok, dan mek jugak ok. Amin...


Sekian...

McDonalds : 1 + 1 = RM6 !

Salam alaikum...


Kemain lagi mek ni duk promo promo :) Bukan ape, mek saje nak share dengan korang. Mane lah tahu antara kita ade yang tak tahu lagi so boleh la ajak join sekali :)


McDonalds buat promo sekarang ni ! Kan benda promo kalau elok jangan ditolak :) 


Biasa la yang promo mestilah yang basic  je. Tapi elok daripada takde langsung :) 


Kan semalam mek cuti jadi mek ajak lerr spouse pegi McD untuk lunas hutang tekak sebelum deliver. Banyak nau hutang tekak mek --'


Make it short - mek grab Sundae Choc .. Coke .. Porridge .. Fries ..


Haaa, lunas la hutang McD mek ;) Porridge tu Amani yang makan. Tak habis pon. Simpan dalam peti. Kang nak makan panaskan balik :) Sundae Choc tu selamat habis semalam jam 12.00tghmlm :) Yang lagi dua tunggu hari ni pulak sambung makan. See - mengada je lebih time order tapi bila time makan, bukan semuanya habis. 


Korang dah grab ke belom promo ni? Kalau dah, jom share korang pilih ape :)


Sekian...