FOS February 17 Sales ! Buy 1 Free 1

Salam alaikum...


FOS is on sales babe ! Mek tahu pasal ni thru FB lepas tu cari dalam google :) Nak kepastian punya pasal. Kadang yang tular menular ni bukan boleh percaya sangat --'


Eyh kejap, sape yang suka beli dekat FOS? Mek setahun sekali pun tak jejak FOS sebenarnya. Sebab mek jarang nak beli baju. Pastuh baju dekat FOS kan cam t-shirt pastuh kalau kemeja pun jarang yang menambat hati --' Mek kalau t-shirt dekat Tesco lagi kena dengan taste mek :) 


Owh, lupa ...



Untuk kali ni, FOS tawarkan bayar untuk satu item - korang akan dapat satu lagi item secara percuma !. Caranya senang je. Pendekkan cite, korang pilih je dua item, lepas tu bayar harga yang paling mahal. Tapi ade terms and condition jugak - available on selected items


Disebabkan tak beranak lagi dan bersempena cuti pada hari due date, mek ajak spouse mek pegi melawat kawasan dulu :) Kang dah beranak terlepas pulak sales ni (padahal tak tahu pun nak beli ape).


Tapi perempuan kan memang selalu buat ayat cliche - tak tahu nak beli ape konon --'




Alang alang pegi, ye dak?? :)


So korang ade beli pape tak dengan sales ni? Kalau ade, jom la share :)


Sekian...

Mega Bonanza Pasaraya Pantai Timur : Antara 100 yang Bertuah !

Salam alaikum...


Tuah manusia siapa yang tahu, tuah ayam nampak di kaki :) Saje terbalikkan perumpamaan sebab apahal pulak nak cite pasal ayam dulu, mesti lah nak up diri sendiri dulukan? Wahahahha.


Alhamdulillah diberi kesempatan untuk merasa diri ini bertuah - dapat menang hamper RM100 daripada Pantai Timur Shopping Center - Rantau Panjang :) Berkurun lamanya duk membeli belah dekat pasaraya ni. One of favorite untuk beli barang dapur aside of Tesco. Jujurnya mek memang jenis compare price dan mane tempat offer haruslah dijejaki :) Ternyata hanya 2 pasaraya ini menjadi tumpuan sebab banyak offer and great deals !



Ingatkan time ambik hadiah ni dukung baby dah. Tapi Allah sebaik perancang :)


Korang pun mesti ade favorite pasaraya korang sendirikan? Cer kongsi dengan mek - apa yang best pasal pasaraya korang ?


Sekian...

Review and Watch Online : Surga Yang Tak Dirindukan

Salam alaikum...


Mek nak buat quick review je pasal cite ni sebab mek tahu most dah tengok pun cite ni. Mek je yang lambat tengok and lambat bagi feedback untuk cite ni --'


Bagi korang yang tak tengok lagi, boleh la tengok online dekat Astro Gempak. Senang je nak cari. Pegi dekat google pastuh taip Surga Yang Tak Dirindukan :) 




Gitu :)


Cite ni memang touching sebab semua yang terlibat tu tersepit dengan keadaan.


Isteri pertama - Tersepit dengan sakit hati pada suami yang menduakan dia tapi tak boleh nak gadaikan cinta dan sayang sebab ada anak yang perlukan kasih sayang seorang bapa.


Isteri kedua - Tersepit dengan keadaan kisah silam dia yang dibesarkan tanpa ibu dan ayah. Dia tak nak anak yang dia lahirkan jadi cam tu. Tapi dalam masa yang sama dia membina kehidupan baru di atas kesedihan / kehancuran hati perempuan lain.


Suami - Tersepit dengan cinta dan sayang pada isteri pertama dalam masa yang sama nak jugak bantu isteri kedua teruskan hidup demi anak yang dilahirkan. Niat dia kawen bukan atas dasar cinta malah tidak kenal langsung. Yang ada hanya rase simpati.


Haaaa gitu la citenya. Oh sorry mek tak buat sinopsis sebab nanti korang bace dekat wiki lerr yang tu :)


Jujurnya mek tak setabah tu kot nak terima. Dan mek jugak tak sebaik itu. Mek percaya yang hati tak boleh menipu dan hati tak pandai berbagi kasih sayang. Hati kalau dah tak suka memang tak suka dan ambik masa untuk dirawat. Ikhlas / Redho tu boleh cakap je tapi yang sebenar kejujuran hanya hati yang tahu. 


Itu pendapat mek. Mungkin setengah orang hati dia jenis tak kisah sangat so dia ok je. Mek jenis yang fikir semua benda. Dari sekecik kecik perkara sampai la sebesar besar perkara :)



Air muka orang pun boleh tahu nampak bahagia ke tak :) Kalau senyum tu senyum manis manis buah je - pasrah dalam redho la teww namenya


Sekian...

GiveAway by Mek February 2017 Tamat !

Salam alaikum...


Lega kot bile dah post out semua cenderahati untuk GiveAway by Mek Februari 2017 :) Naseb baik nyempat siap sebelum deliver.




Untuk bulan ni mek pilih 10 orang je untuk dibahagikan / dikongsikan cenderahati. InsyaAllah bulan depan kalau ade rezeki lebih / diberi kesempatan, mek tambah lagi ye :)


Korang ade idea untuk hadiah next month? Kalau ade, sudi sudi lah kongsi dekat ruangan komen :) Kot kot korang pulak yang dapat :)


Sekian..

Baby and Kidz Fair at KTC Kelantan February 2017

Salam alaikum...


Nyempat lagi pergi fair sebelum beranak ye :) Fair ni start hari Khamis lepas sampai lerr Sabtu (16 Feb - 18 Feb 17


Mek tahu pasal fair ni sebab terima mesej daripada penganjur (kot) terus screenshot - whatsapp spouse - cadang nak pegi Sabtu :)


Kemain kau - Free Goodies Bag / Greate Deals


Nota : Kalau pegi fair, sila daftarkan diri untuk dapatkan info terkini.


Berbalik pada cerita kat atas, Ingatkan dapat la goodies bag macam tahun lepas and dapat la borong pampers / susu / baju anak anak. Hari Jumaat tu dah kira bajet nak membeli belah dekat fair ni.


Dah sampai dekat fair - daftarkan diri (sebab nak goodies kan - haruslah). Tengok atas meja pendaftaran, tak meriah pun dengan hadiah bagai. Beg goodies pun tak nampak.



Nak beg kebendanya - 3 barang ni je dia bagi. Biskut untuk pantang dan ubat gigi untuk Amani --' (jimat nau fair kali ni) Expectation Meet - Fail


Abaikan goodies sebab main point nak beli pampers / susu / baju. Masuk je kat dalam terus bisik dekat spouse 'layout kali ni lengangkan? Baguslah sebab tak rasa lemas sangat' - whahah ! Riang lagi hati ni sebab memang tahu bahagian pampers tu kat tengah and agak belakang sikit. Jadi kita jalan la dulu tengok kedai kedai baju. 


Bila tiba dekat bahagian tengah - 'Mane pampers drypers? Kenapa ada Mamypoko je? Kenapa yang jual tu Pacific bukan wakil dari Mamypoko?' Segala pertanyaan timbul. Dah kenapa pulak tak join si drypers ni? Harapan no 1 - lebur --'


Jalan lagi untuk cari susu pulak. Dah tawaf habis ni. Susu (dutch lady) pun tak join jugak ke? Whahahah ! Ni meniaga ape je ni? Meniaga baju je banyak (selain daripada tawaran kad kredit dan buku kanak kanak) Harapan no 2 - lebur --'


Jadi pegi la tempat kedai baju yang selalu mek beli tu - sesame street :) Design dia cantik and kualiti kain dia bagus. Plus dekat Kelantan susah nak dapat baju sesame. Biasa mek beli baju tido la (memang baju tido je semua mek tengok) Tapi ! Takde harga fair dah eyh. Semua yang berkenan up to RM15 --' Sebelum ni fair dapat harga RM10. Entah salah siapa. Salah kilang jahit baju ke salah lori yang hantar barang sebab harga minyak dah naik melampau sampai gunung everest ! (mungkin nak naik sampai bulan gamaknya)



Naseb baik harapan no 3 - tak lebur :) Idok lerr balik dengan tangan kosong je.


Rumusannya mek tak enjoy sangat / tak satisfied / bagi 2 bintang je la untuk fair kali ni. Harap kalau pihak penganjur nak buat lagi fair ni di masa akan datang, silalah buat dengan sepenuh hati. Jangan main tangkap muat je. Nak buat bior lerr orang puaih hati (cukup lengkap barangannya).



Kali ni tak kena photobomb dah untuk banner ni. Tapi...


Amani pulak yang tak bagi kerjasama --'


Sekian...

Persediaan Baby Kedua : Beg Pakaian untuk ke Hospital

Salam alaikum...


Dah 38 minggu ! Jadi dah boleh nak siap siap beg / buku / ubat ubatan sempena nak menyambut kelahiran kedua ni :)


Amani dulu pun mek ade buat satu entry jugak pasal nak bawak ape dalam beg. Kali ni mek kongsi pulak lagi sekali lepas di-sorting yang mane je perlu bawak pegi hospital :)




Dulu anak pertama memang totally berpandu pada entry blogger lain. Macam biasa lain orang lain caranya / lain orang lain pendapatnya / rambut sama hitam hati lain lain - itu lerr antara ungkapan yang mek hadapi :) Masa pegi hospital nak deliver tu takde lerr besau benor beg mek. Cuma padat lerr oii ! Ok dah - cerita itu semusim sudah berlalu. Moh mek cite ape pulak nak di bawa kali ni :)


Mek tak pasti hospital lain cam mane tapi dekat hospital kota bharu time nak deliver tu takde mintak baju / persalinan / pampers dengan penjaga diluar. Lepas je baby keluar, terus nurse mandikan, pakaikan pampers (hospital bagi) dan balut baby dengan kain hijau hospital tu. Selama dalam pemantauan (dalam labor room) memang itu je la pakaian anak. Jangan risau - baby takkan sejuk punya :)


Dah tolak masuk ward / wad - time tu baru ahli keluarga / spouse pakaikan baby baju / bengkung. Haa, nampak tak beg baju yang duk bawak tu baru nak berfungsi? Mihmihmih. 


Dah senyap tido rehat bagai, doktor akan datang check either baby dah berak atau tak. Kalau dah, dia akan suruh kita tukarkan. Kalau belum, haa tunggu la kau sampai dia berak. Time ni la baru berguna kita punya wet tissue / pampers / minyak yu yee / diapo cream ;) 


Dah sudah salin tu semua biasa doktor akan discharge patient (kalau tidak disabit dengan ape ape masalah) - kalau tersabit dengan masalah, kena stay hospital lagi dan repeat balik step penggunaan macam di atas. Kalau discharge pulak - inilah masanya nak pakaikan baby kain selimut yang comel :) 


Itu je la yang mek rase perlu bawak pegi hospital. Tak payah la nak bawak baby mattress / bantal baby dan seumpamanya. Itu semua guna dekat rumah je nanti. Sabau ! You still have a longggggg journey to get through with your baby :)


Kalau ade pendapat, boleh share dekat bawah ye :)


Sekian...


GiveAway February by Mek : Teaser

Salam alaikum...


Seperti yang mek cakap / announce pada Januari hari tu - yang mek akan buat tiap bulan (insyaAllah) GiveAway by Mek :)


Pemilihan adalah random bukan random.org ye. Mek pilih ikut suka je. Ikut korang yang komen komen dekat blog mek :)


So untuk Februari :



Yg ni mungkin nampak buruk la tapi kalau yg mek buat penuh hati nanti ok kot *muahahhahaha* 


Cer teka pemenda mek nak bagi ni :)


Sekian...

Kenapa Guna Blog instead of FB / Twitter / IG

Salam alaikum...


Mek dijadualkan untuk post entry hari ni tapi kering nau fikiran / minda ni. Pastu duk google google keluar la tajuk ni - kenapa tulis blog? Rasenya Lea ade jugak entry ni kan :) Sebab nampak dekat image keluar yang Lea punya.


Jadi jom mek cite kenapa mek buat blog.


Mek dulu dulu zaman muda muda (form 3) rase Friendster / Myspace ni tak cukup puas untuk bercerita. Sebab time tingkatan 3 tu la ade boyfriend *hahahhaha* - Jadi nak bercerita haruslah tempat yang boleh karang panjang panjang (sepesen talkactive ni susah nak adapt dengan short character)


Itulah main reason kenapa mek ade blog / pilih blog untuk kongsi semua :) Sampai sekarang pun mek cite dalam blog je. Yang dekat fb tu dah senyap sampai sekarang - idle --'


Dulu name blog lain. Yang domain sekarang ni dah tahun baru punya. Tak silap mek 2012 cam tu la kot.



Gambar tiada kaitan dengan cite di atas. Cuma untuk tatapan semua :) Kalau ade duit, silalah melabur buat gelang / set mcm ni :) Untuk anak cucu masa depan - selain kita yang bergaya :)


Itu je dari mek untuk hari ini dan kali ini. Semoga next entry mek dah ade set kat atas tu *hahhahahah*


Sekian...




Wordless Saturday : Potong Kuku

Salam alaikum...


Walaupun entry tajuk wordless tapi nak jugak tulis sebab sepesen yang talkactive *hahahah*


Hari ni sorang lagi officemate mek yang nak deliver. Group yang same due ni ade 4 orang. Sorang dah selamat bersalin minggu lepas. Tinggal lagi 3 orang. Tu pun 2 orang dah masuk ward. Mek je lagi belum ade tanda nak deliver.



Potong kuku la dulu. Nanti dah ade adik kalau kuku panjang kang tercakar pulak :)


Harap tak ganas cam tu lah ye Amani.


Sekian...

Cendol Abe Li Rantau Panjang

Salam alaikum...


Pos lambat sehari. Takpe kan?


Sape suka cendol? Cendol yang sejuk - manis - lemak berkrim (yang bisa lunaskan hutang tekak bile haus dan craving sweetness !)


Itu lah menu minum petang mek semalam ;) Disebabkan cuti jadi mintak la dengan spouse nak pegi lunaskan hutang tekak sebelum beranak.



Kot la korang sampai dekat rantau panjang - boleh la singgah sini :)



Tu dah makan dah pon --' Oh roti tu nama dia Roti Golok. Rase dia macam roti aiskrim abang motor pastu sapu kaya :)


Kedai Abe Li ni tak susah pun nak cari, dekat Bazar Aminah je. Senang cite dekat pekan Rantau Panjang ni bukan susah sangat nak cari kedai kedai glam sebab dekat dekat je semua :)


Ape menu minum petang korang?


Sekian...

Hibah 2016 daripada Tabung Haji

Salam alaikum...


Selamat weekend bagi uols kat negeri selain Kelantan and Johor :) Dan selamat sunday blues untuk korang yang berada di dua negeri tersebut --'


Berita yang ditunggu tunggu telah diumumkan semalam. Dengan ini :



Korang rase?


Sungguh 2016 bukan tahun yang baik untuk pelaburan. Di ASB pun tidak dan di Tabung Haji pun tidak. Kalau ikut ape yang diberitahu sebelum pengumuman dividen / hibah bagi kedua dua 'dana' ini - ekonomi malaysia tidak menjejaskan pelaburan. Liability bagi kedua dua 'dana' tidak melebihi asset dan mampu ditanggung. And bla bla bla..


Tapi figure prove everything kan. Same goes to number talks louder jugak. Tapi biasa la kan, sape je nak jatuhkan diri sendiri. 


Rakyat kena ikut je. Tak boleh cakap banyak and bantah. Kan nanti keluar statement - kalau tak suka dengan hibah / dividen ini jangan melabur / pergi melabur tempat lain / labur sendiri dan seumpamanya. Bukannya dia orang tak pernah bagi kenyataan cam tu.


Lastly, ku terima hibah 2016 dengan redho.


Sekian..

Aside of Pasar Malam

Salam alaikum...


Selamat berFebuari semua ;) Harap dalam februari ni boleh la kita semua berhubung / berukhwah balik ye. Lame dah tinggal blog dengan togel sebegitu --'

Pembukaan februari 2017, entah angin ape semalam ajak spouse pegi pasar malam. Dalam kepala nak makan apam and air coconut shake :) Sedap tidak terkata coconut shake tu ! Tapi tak sure setanding dengan Klebang punya coconut shake ke tak ;)


Tersiratnya nak pegi pasar malam, ade satu cerita yang mungkin Allah nak bagi mek experienced sendiri. Dan juga sampaikan pada yang lain. Mungkin biasa dengar and nampak - peminta sedekah


Yang kudung, yang kurang upaya - itu biasa. Sampai kadang tu nak hulur pun rase cam dah mati perasaan sebab banyak yang sindiket --' Tapi yang semalam ni lain. Cukup sifatnya, sihat tubuh badannya. Yang beza dia anak kecil (sama baya dengan Amani kot) Anak dia pun sehat je, takde la yang sakit. Semuanya sihat walafiat. 


Tapi bila tengok anak dia, mek jadi sebak. Bukan takat sebak la, memang menangis terus (orang pun pandang je, mesti ingat kena marah dengan laki ni) Terasa tau sebab mek ade anak yang same dengan anak dia. Budak setahun dia tahu ape? Dia tahu nak main, nak explore - dia tak tahu pun dunia ni susah nak lansungkan hidup (dengan ekonomi sekarang ni). Time mek lalu tu pun dia pandang je mainan yang orang duk jual kedai depan. Kesian weih tengok. Mungkin dia tak pandai mintak lagi. Tapi budak pon ade perasaankan? 


Kita mungkin (yang bergaji tiap bulan / berniaga dari rumah) ade satu pendapatan yang minimum kita akan dapat tiap bulan. Yang betul betul sure dapat. Tapi mek sure dia tak macam tu. Yet ramai lagi golongan yang macam tu --' Yang kesiannya dekat anak tu. Macam mane nak develop skill, nak explore jadi creative? 


Ni bukan tanggungjawab seorang diri, tapi tanggungjawab semua. Yang kaedah bagi bantuan bulanan tu, ok lah. Tapi kena ingat bukan setakat tu je. Nak langsung hidup bukan duit semata. Kena ada sampingan - soft skill / creative - itu semua untuk terus survive. 


Just mek harap kita semua (bukan setakat rakan blogger - spread it!) dapat bantu yang macam ni. In terms of business kita nak return yang tinggi. Sama jugak in terms of humanity (lagi lagi kalau islam) kita nak pahala paling tinggi. Dah la dosa kering ni dah hari hari duk sangkut. Kan?



Akhirnya menuju yang satu. Bukan lagi kau dan aku berbeza darjat / rupa / kulit / socioeco / setinggan / bla bla bla


Sekian..