Xinian Kuai Le, Happy Chinese New Year !

Salam alaikum...


Macam biasa la, mek akan lambat upload gambar raya (eyh raya ke?) *hehehe* sebab cutikan dua hari, jadi raya pun dua hari la. Dah tamat raya dua hari ni - seiring dengan baju raya pun dah habis pakai :)


Tahun ni boleh lagi sambut CNY walaupun dah maju ke depan / boyot. Menebal je perasaan nak pakai baju colour merah :) Lagi lagi sejak ade anak ni. Lagi la nak pakaikan anak cheongsam bagai :) Sebab dulu dulu mummy selalu pakaikan mek cheongsam time raya. So dah sampai masa mek pulak buat macam tu kat Amani :)


RAYA PERTAMA




Raya pertama kenduri banyak giler ! Ade 4 tempat kena pegi tapi mek pegi 2 je. Dengan keadaan yang mengizinkan jalan dekat dekat je ni, maka pegi kejap je lah. Lepas kenduri tu balik rumah tok belah husband - macam biasa.


RAYA KEDUA





Raya kedua baru dapat pegi rumah kawan yang celeb CNY :) Setahun sekali dapat jumpa. Semua sibuk dengan keje je --' Lepas dah habis beraya, balik rumah mummy pulak :) Lepas isyak dah balik rumah mek balik :) 


Itu je la program raya mek. CNY takde la celeb macam Raya Puasa tapi tetap celeb sebab sambung tradisi arwah papa :)


Asal usul jangan lupa. Asal mek bangsa campuran tapi agama tetap satu - Islam. So, sync kan keduanya jadi la macam ni :)


Sekian..


Back To School Giveaway by Abam Kie

Salam alaikum...


Walaupun sekolah dah hampir sebulan bermula, dan kami dekat kelantan ni masih lagi tak habis bab dua pembelajaran (sekolah yang jadi pusat banjir) - tak terlambat lagi kan sape sape nak buat GA kembali ke sekolah :)


Abam Kie (zukidin.com) dengan berbesar hati ajak kita semua ni - blogger - untuk join GA yang dia anjurkan :) Jangan tak tahu, Abam Kie ni cikgu okei ! Tak silap mek cikgu sekolah menengah. Mengajor ape tak tahu la pulak. Tapi untuk sape yang tak follow dia, boleh la follow dia kat web / address yang mek tulis kat atas tadi tu.




Syarat syarat pun mudah je. 
Follow blog abam kie - zukidin.com
Follow google plus abam kie
Buat entry mcm mek buat ni
Tinggal url entry dekat komen abam kie


Simple dimple but nice kan? Hadiah pun lumayan. Tapi bagi mek hadiah dah no dua. Yang penting join tanda support and mengeratkan silaturahim ;) Jangan ajar diri kita nampak ganjaran besar je baru nak tolong / baru nak join / baru nak eratkan hubungan. Ingat pesan mek tu :)


So dengan ini, moh la join ramai ramai ;)


Sekian...

Selepas 6 Tahun

Salam alaikum...


Sebelum nak mengarang lebih panjang, cuba tolong fikir untuk soalan mek ni : kawan yang korang ade sekarang ni, dah berapa tahun sebenarnya ber-relationship dengan korang?


Sepanjang hampir 24 tahun setengah hidup ni, ramai kawan yang mek ade. Korang pun sama kan? Kawan tadika, kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan universiti, kawan alam maya, kawan tempat kerja and banyak la lagi. Kawan atas kawan pun ade :) Dan tak lupa juga pada kawan yang dah menjadi lawan sekarang ni --' (sorry, tak boleh move on)



2011

Ni kawan mek dari sekolah menengah. Yang tengah tu dari sekolah rendah. 2 orang ni, mek pernah bergaduh, berbaik pastuh gaduh balik. Entah berapa kali tapi macam tu la. Gegirls kan, harus lah emo dalam ber-relationship --' Ingat lepas dah bawak diri ke universiti and alam pekerjaan, dah tak rapat macam ni. Biasanya relationship kan putus atas dasar berjauhan (puiii) 



2017


Dan biasalah yang nakal akan kawen dulu *hahahhahaha* Yang paling nakal akan beranak dulu *hahhahaha* 


Mungkin relationship ni menjadi begitu utuh (kamus dewan edition 4 - muka surat tak ingat) atas dasar / faktor jarak bukan penghalang. Dan mungkin juga atas dasar neuron otak tu lebih kurang je, ber-IQ sekala 8 suku. Tapi yang pasti inilah hasil selepas 6 tahun ber-relationship.


Tak nak buat harapan bagai sebab - ni bukan speech / celebrating anniversary.


Sekian..

Menu Western by Mek

Salam alaikum..


Nak tengok tak menu mek saleh lidah melayu? 



Pinggan kawen campuran entah mane mane.
Sos lada hitam frozen Winter Chirstmas.
Ubi kentang bukan dari Mexico.
Ayam goreng tepung Cap Sauh Jatuh Berlabuh.
Tea O sedingin Cameron Highland.


Ni menu pagi untuk Jumaat lepas. Kalau sape teringin nak makan western tapi malas macam mek, boleh cuba cara di atas :)


Sekian...





Secret Recipe On Sales ! Only Capable 20th Jan 17 !

Salam alaikum...


Salam jumaat korang ! Just short update nak share dengan korang. Mane tahu ade yang tengah mengidam / teringin / terasa nak makan kek :)



Elok sangat lunch nanti korang pergi try :) Hari jumaat kan rehat panjang :)


Ni pun elok untuk buat gather dengan kawan ni. Nak dating ke. Ape ape je la. Dengan family pon boleh ;)


Tunggu ape lagi? Hari ni je tau !


Sekian...

Januari Giveaway by Mek Dah Pun Selesai !

Salam alaikum...




Dengan rasminya pada 17 Januari 17 mek dah siap posting semua hadiah / cenderahati kepada rakan blogger yang terpilih untuk Januari 2017 ni :)


Alhamdulillah, lega tak terkata ! Kalau tak, duk rase hutang tak langsai je. Asal drive je teringat dekat GA ni tak selesai lagi --'


Untuk 2017 ni, mek mungkin (insyaAllah - semoga diberi rezeki dan kekuatan) untuk adakan setiap bulan GiveAway by Mek ni. Tapi mek pilih random je la. Korang tak perlu buat entry khas atau ape pon. Just komen blog mek macam biasa :) Bior mek nampak sikit korang ni pembaca setia *hikhikhik*


Hadiah pun mungkin tak besau besau. Sekadar ingatan mek kat korang :) Adil dah kan? 


Jadi, doa doakan mek murah rezeki untuk spread the love :)


Sekian...

Apa yang Mek Harapkan daripada Blogger?

Salam alaikum...


Memandangkan sibuk dah beransur pergi (harap tak datang balik lah ye --') jadi mek ade la sikit masa untuk fikir ape yang mek nak daripada blogger semua ;) Demanding gitu kauu :)


Oh sebelum tu nak bagi tahu untuk sesi blogwalking dan commenting belum pulih sepenuhnya lagi. InsyaAllah tak lame dah kot. Harap cepat jugak selesai masalah ni :)


Jujurnya, mek tak berharap pun follower mek ramai. Maksud mek, tak cecah seribu pun takpe. Ape yang penting bagi mek, setia korang bace entry mek dan paling utama tinggal komen dekat entry mek :) 


Kenapa?


Sebab bagi mek, korang komen tu tandanya korang bace / concern / berminat dengan ape yang mek tulis. Tak kesah la mek kongsi ape sekali pun. Dah namanya blog umum jadi mestilah benda yang di-share pun benda yang tidak bertaraf sulitkan? 



So, sila lah :)


Sekian..




Random Post : Emo

Salam alaikum...


Tak nak tanya sape tengah emo sebab mek sendiri rase emo tu untuk 2-3 minggu lepas. Serius memang rase mental down, emo down dan seumpamanya. Dengan sendirinya rase tak nak bercakap dengan orang. Yang tahu nak siapkan kerja and escape from everything --'


Tahulah hati tengah sakit mesti dalam doa berendam air mata :'( Sakit hati tu pulak bukan kita boleh luahkan hanya boleh pendam je. Mase tu Allah je tahu cam mane berperang dengan perasaan sendiri.


Mek punya tergangu emosi, sampaikan hari ni tak post out lagi cenderahati Januari --' maaf la rakan taulan. Sebolehnya mek akan cuba post khamis ni.


Dalam terganggunya emosi 2-3 minggu lepas, mek dapat satu lagu / phrase yang mek rase boleh diguna pakai tika menghadapi masalah.


Ku terima segalanya
Namun takkan ku mengalah
Ku pasti ada jawabnya

Ku berikan segalanya
Semua dan sesungguhnya


Terima segalanya yang telah diaturkan oleh Allah walaupun pahit untuk kita rase. Jangan mengalah kerana sesungguhnya setiap aturan Allah itu mempunyai hikmah yang besar. 

Buat semampu yang boleh, all out kata orang barat. Biar kita sendiri rase puas hati dan rase tiada ape yang boleh dijadikan bahan untuk orang menjatuhkan kita.



Im stronger than what ue expect !


Sekian..

Disket

Salam alaikum...


Sape kat sini yang nyempat dengan penggunaan disket? Cepat angkat tangan ! 

Biasa disket ber-capasity lebih kurang kat atas. Muat la nk letak notes dua tiga. Dengan Microsoft Word 98 tu.


Tahun 2004, mane ade thumb drive dik --' Time tu ade disket and cd rom je untuk guna kat pc. 2004 tu jugak, sape dah boleh pakai laptop kira hebat la :)


Mek ni jenis mesra alam. Sedari kecik. Memang tak jauh beza dengan Amani sekarang *hahahhaha* Kenangan guna disket ni, mek ade satu yang boleh kongsi dengan korang semua :)


2004 tu mek dah start kenal lelaki dah. Dah start ade peminat, dah start dikenali dan seumpamanya lah. Bukan budak hot atau glam, tapi mek dikenali sebab mek spesis mesra alam. Itu je pon --' Ade la satu hari tu, budak kelas sebelah nak kenal dengan mek. Kan dulu kalau nak kenal, mesti suruh tulis biodata dalam notebook comel kan. Kemain kau, lelaki ade buku tuh :) 


Dah jenis mesra alam ni, tulis je la kan. Ape nak malu :) Dah habis babak biodata, datang pulak surat / notes nak bercerita. Mek ajak cakap depan depan malu pulak dia --' Ade la dua tiga kali duk berutus surat, sampaikan kawan kawan pun duk mengejek. Jadi, sebelum sampai pada pengetahuan cikgu, baik mek ambik safe mode :) 


Disket ni la pulak yang jadi perantara mek dengan dia :) Acece budak darjah enam tukar tukar disket kat sekolah wei ! Tahun 2004 pulak tu ! Hahhaahha. Bila balik sekolah je terus on komputer sebab tak sabar nak bace ape dia tulis :) Macam macam jugak la kita orang borak dalam disket tu. Ade pasal study, pasal masalah , pendek kata semua benda la.


Benda tu stop bila dah masing masing masuk sekolah menengah. Tradisi disket tu tak sambung dah sebab 2005 semua bajet ade handphone sendiri dah ;) 



Awak sangat nakal *weekk*


Korang ade pengalaman tak guna disket ni? Meh share dengan mek :)


Sekian...


Top Commenter Disember 2016 !

Salam alaikum...


Sebetulnya mek tak sangka mek dapat tittle kat atas tu untuk Disember 2016 sebab since Disember la mek tak aktif blogwalking and commenting entry korang. Sibuk yang amat, hanya Allah yang tahu --' Kalau lah boleh escape daripada semua kesibukan ni sementara, bahagianya :) Tapi takpe, cuti 4 hari Chinese New Year ni kita raya puas puas !


Nota : Baju raya anak dah beli, tapi mummy punya entah di mana lagi --'


Balik kepada cite asal, mek terkejut jugak dapat mesej daripada cikla yang nak confirmkan alamat penghantaran. Ingatkan nak hantar hadiah baby ke ape *hahahahha* rupanya nak bagi hadiah sebab still menjadi pengomen tegar blog cikla ;) Tipu la kalau hati tak berbunga bunga bila dapat tahu nak dapat hadiah ;)



Tadaaaa ! Boleh buat raya oiii sebab ade warna merah :)


Ngam ngam dengan kaki mek. Pandai cikla pilih :) 


Ribuan terima kasih kepada cikla sebab sudi pilih mek untuk Disember 2016. Harapan mek, semoga ukhwah yang mek bina tu dapat diteruskan dengan harmoni :) InsyaAllah..


Sekian..



New Year 2017 Dengan Banjir

Salam alaikum...


Hari ni mek dah pun selamat masuk ofis balik lepas terperangkap dengan banjir semalam. 


Banjir di Kelantan start pada 01 Januari 2017 dan semakin parah sehingga ke 03 Januari 2017. Alhamdulillah 04 Januari 2017, matahari dah muncul and hujan pun dah berhenti :)


Semua tu atas kehendak Allah jadi kita kena terima seadanya. Dah luar bidang kemampuan untuk sekat daripada berlaku banjir. Rumah mek tak kena banjir pun cuma laluan untuk keluar tu tersekat la dengan limpahan air kat atas jalan raya.



Ni sebenarnya dah bersiap nak pegi keje. Nak pergi hantar Amani dekat rumah tokma dia. Sekali dah tersekat. 



Laluan nak pergi rumah mummy pun tersekat jugak jadi kena patah balik.



Ni pun laluan last untuk exit rantau panjang, pun tersekat dengan banjir jugak.


Hikmah berlakunya banjir, mek dapat cuti bencana sehari. Dapat rilex and tenang jiwa sikit daripada sibuk kerja :)


Korang pernah ade pengalaman banjir tak?


Sekian..



Aimy Amani Turns 1 !

Salam alaikum...


Post pertama untuk tahun 2017 ! Sebenarnya nak publish semalam lagi tapi mengantok punya pasal, tangguh sampai ke hari ni. Dan mek cuti hari ni *hihi* sebab banjir. Kawasan rumah mek tak banjir tapi jalan nak pergi keja tu tutup sebab air dah melimpah ke jalan raya.


Oh dan, Happy Birthday my dearest sweet daughter ! Lambat up entry sebab tak tahu nak sambut birthday budak setahun cam mane. Beli kek bukannya dia makan. Nak goreng goreng mee ajak datang rumah pun takde mase sangat. So, ambik inisiatif beli kek sebiji untuk ambik gambar je :)



Beli kek black forest kat awak Amani. Saje mummy tulis supaya awak tahu nanti dah besar kek pertama awak adalah black forest :)



Untuk birthday pertama, adik dalam perut lagi. Tunggu la birthday ke dua, berperang ade dua orang nak potong kek.


Dengan itu, selamat membesar dengan sihat dan baik akhlaknya ye Amani. Semua ibu nak yang terbaik untuk anak dia. Mummy tak letak set yang tinggi, cukup anak mummy bahagia akhirat dan dunia ;)


Sekian..