Suami Kedekut Tapi Nak Kerang Basah Fresh

Salam sahabat blogger mek ..


Masa mek skrol FB tadi, mek nampak kawan mek share post ini :



Pada hemat mek, 70% betul apa yang dia cakap tu. Orang perempuan bernama bini dan ibu ni biasanya dia akan fikir anak dan suami lebih daripada dia fikir diri dia. Kalau tanya mek, dari segi apa yang dipentingkan dahulu kepada anak dan suami - of course segalanya. Daripada bini start bangun daripada tidur, turun katil senyap senyap sebab tak nak bagi anak sedar. Kejutkan suami untuk solat subuh. Sembahyang subuh sama-sama. Kalau anak dah bangun, bergilir lah. Then buat sarapan sebab tak nak anak dan suami perut kosong. Mandikan anak, siapkan anak sebab faham bonding time dengan anak lebih bermakna daripada bini duk sibuk nak hias muka. Kadang bila anak dah tidur, baru bini curi-curi masa pergi mandi dan baru ada masa untuk makeup muka. Tu pun ambik tutorial makeup yang paling simple supaya tak pucat muka. Dah malam pun sama. Tetap tidurkan anak sebelum sempat tepek muka dengan moituriser. Itu semua kos yang ditanggung oleh bini. Kalau bini bekerja, ok lah. Kalau yang suri rumah memang income daripada suami je, macam mana?


Kau suami perlu bantu bini dalam berhias. Kau nak rumah kemas, tapi kau malas kemas - bersepah. Kau nak rumah kemas, tapi kau malas upah orang kemas sebab tak nak keluar kos - bersepah. Sama jugak kau nak bini cantik tapi tak nak bagi dia beli product penjagaan muka, tak nak belikan dia makeup - paling basic bedak kompak, gincu, alis mata, alis kening, pemerah pipi yang kosnya tak sampai pun RM100 sebulan. Tapi bila dekat ofis ada kawan perempuan yang cantik, yang wangi kau sibuk duk melayan nafsu. Satu je la, hati kau tak cukup iman.


Mek, mana lagi 30%?


Another 30% tu atas inisiatif diri bini tu sendiri. Nak melawa nak menghodoh adalah pilihan ditangan masing-masing. Nak lawa tak semestinya kena pakai foundation MAC. Yang krim siang Safi pun kalau kau tepek hari-hari, lawa jugak daripada muka togel. Lipstik tak semestinya kena beli CD, beli SilkyGirl pun ok dah. Merah dah jugak bibir tu daripada pucat lesi macam mayat. Dan yang lain pun. Panjang pulak nak mention satu satu *huhu*.


Sorry kalau entry ni macam bash kaum sendiri, cuma entry ni hanya nak sedarkan diri kita perempuan yang lelaki nafsunya satu dan memang suka tengok keindahan. Tolong ingatkan suami yang selain tanggungjawab dalam rumah, dalam kain, tanggungjawab mencantikkan bini juga adalah tanggungjawabnya. At least sumbanglah apa apa untuk cantikkan bini. Tak dapat sumbang duit, sumbang idea untuk isteri melawa. Gitu.. Ni tak, nak kucing parsi tapi beli kucing siam. Dah tu mula la jemu duk tengok kucing Siam. Cer pergi grooming kucing Siam awak tu, mesti gebus cam kucing Parsi jugak.


Korang ada yang setuju dengan mek? Ke tak setuju? Boleh share dekat komen ❤



Sekian ..


4 comments

  1. Yup.. Agree 200% dengan mek punya perkongsian ini.. Both husband and wife kena main peranan..

    ReplyDelete
  2. SA yang xde suami ni pun setuju ngan semua yang dkatakan dalam status kat atas tu..hehehe...org perempuan ke orang lelaki ke..,sesama la mainkan peranan...

    ReplyDelete