SPM Fever Giveaway

Assalamulaikum sahabat blogger !


SPM Fever GA

Eyh, dah lepas satu, satu pulak GA memanggil. Mek suka je join GA ni asalkan orang ajak lerr. Kalau orang tak ajak, mek tak join jugak. Entah kenapa memang dari mula-mula wujud QueenBee lagi. Bunyi cam sombong, kan? Kenal in person tahu ler mek ni gaya cam mane ye J Tak nak buang masa, jom join GA ni. Tak rugi pun join sebab mana tahu rezeki, dapat hadiah. Nak tunggu birthday lambat lagi J Kan seronok tetiba abam pos laju datang bawak parcel bagi kita, tak pun tetiba orang mintak nombor akaun sebab nak kreditkan duit, wahahah ~ heaven sangat! So, korang wajib tahu details pengajur sebelum join GA ni. Berikut adalah serba sedikit maklumat :

Pengajur       : http://www.zukidin.com/
Tarikh tamat     : 30 November 2017 (Khamis)

Korang harus join GA ni. Syarat dia mudah babeng oiii. Terjah link ni okei : http://www.zukidin.com/2017/11/spm-fever-giveaway.html  Lagi satu pesanan mek, jujurkan diri korang ye dengan follow semua blog yang berkolaberasi dengan penganjur. Kena betul-betul ikut syarat. Kalau tak, nanti tak adil untuk blogger yang follow semua tu.

Pengajur jugak mintak mek karangkan satu kejadian (kisah benar) time SPM dulu-dulu. Hmm, mek dulu-dulu SPM dekat sekolah yang berasrama penuh. Kejadian lewat datang ke exam hall, tertinggal IC tu memang takada. Insiden ketika exam memang takada. Tapi insiden ketika di asrama tu banyak. Disebabkan form 5 je yang ada di asrama, perghhhhhh macam sekolah ini aku yang bina ! Tak main la bapak yang punya. Rasa macam owner terus. Esok nak exam sejarah, hari ni boleh je memasak nasi makan ramai-ramai. Takada rasa kalut nak ulang kaji atau buat latih tubi. Pendekkan cerita, rata-rata result kami time tu untuk sejarah dapat B sebab katanya jawapan kami nampak macam lebih kurang, nak cop meniru pun tidak, tapi mungkin sebab soalan dah agak kebocoran. Hahahah. Yang untung adalah mek sebab mek daripada tingkatan 1 sampai tingkatan 5 memang fail aje sejarah ni. Tak pernah lulus. PMR tu tak sure kenapa dapat A. HAHAHAHAH!

Dah join tu jangan lupa komen dekat bawah J



Sekian…

6 comments