Kemerdekaan Malaysia ke 60 : Majlis Perkahwinan Tiara Atiqa

Assalamulaikum sahabat blogger !

Walaupun dah habis Ogos, tapi mek tetap nak sampaikan salam Merdeka pada semua readers mek. Semoga keamanan, kedamaian yang kita telah kecapi ni dapat dikekalkan dan akan diwarisi dengan baik. Cuma, erkkk ekonomi je tak berapa nak baik sekarang ni. Korang pun mesti ada pendapat masing-masing kan? Tepuk dada, tanya selera. Bak kata mek puny abos, pakar ekonomi boleh cakap apa sahaja – maksudnya ekonomi 2017 ni bagus untuk negera, tapi yang merasa adalah diri sendiri. Itu yang dimaksudkan dengan ‘tanya selera’ J

Cuti Merdeka semua dapat merasakan? Mek pun sama lah. Sape je yang tak suka cuti J lagi-lagi cuti yang sikit macam mek ni haa. Tertunggu-tunggu hari kelepasan am. Semenjak ada anak dua ni, mek macam arghhh tak nak la travel jauh-jauh. Padahal dulu pantang cuti, ada je dalam otak ni nak pergi mane-mane. Sekarang ni more kepada attend majlis, pergi mall beli barang dapur or balik rumah mummy. Mungkin salah satu sebab adalah hari-hari ada je kemalangan berlaku. Sekarangkan zaman tular-menular. Eksiden sana sini semua masuk FB. Yang skrol FB ni jadi paranoid pulak L

Panjang pulak mukadimah mek ye. Dua perenggan J Ini baru nak masuk cerita hari Merdeka mek. 31hb Ogos 2017 mek dapat jemputan Majlis Perkahwinan kawan sekolah mek time sekolah rendah. Disebabkan cuti dan dia buat dekat my hometown, so dapat la mek attend. Dalam fikiran mek, dapatlah jumpa kawan-kawan sekolah rendah dulu J Mini reunion gituuu. Disebabkan mek attend wedding kawan mek pada jam 12.00tgh (top 10 terawal), maka dapat jumpa bride sekejap aje lah. Tu pun tahan time dia red carpet nak naik pelamin *mihmihmih*

Ni antara gambar kenangan yang sempat mek rakam :



 Photobooth yang macam mini pelamin

Antara kawan sekelas yang hadir pada sesi terawal J Mek dengan kawan mek je yang gatal dah beranak pinak. Yang lain masih gigih mencari ilmu, bekerja dan gigih juga mencari jodoh diaorang – so good luck !
  
Dalam 3.45ptg cam tu bila skrol FB, lagi ramai kawan sekolah mek yang attend. So diaorang sempat la ambik gambor dengan pengantin.Tak jeles langsung J



Korang cuti Merdeka hari tu buat ape je? Share dengan mek dekat komen ye J


Sekian…

IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*

Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.


Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J

14 comments

  1. Selamat hari Malaysia Mek. Comel mak anak dua ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt cik la :) cuti pulak minggu depan :)

      allahu, terima kasih.

      Delete
  2. Bila tengok org kahwin terasa ingin kahwin lagi. Oh! Gurau je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eyh eyh, miang pulak dia. hihi
      tak payoh tmbah cawngan la abe kie. drp tmbh cawangan baik tmbh ank :)

      Delete
  3. Cuti-cuti memang sesuai untuk adakan majlis perkahwinan... at least mek dapat ziarah kan... semoga bahagia pasangan mempelai tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyAllah amin..
      itu ler. ade satu tarikh dlm ogos, smpai 4 jemputan :)
      pegi kenduri makan dessert je

      Delete
  4. selamat hari malaysia., hati2 dijlnraya., ;p

    ReplyDelete
  5. amboii photobooth dia gempak dah macam mini pelamin..lawooo.

    ReplyDelete
  6. cantik nye photobooth dia !! hee~ berseri plak ditambah dengan warna merah baju mek tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. sebab wrna putih cream. seb baik pilih wrna yang betul pergi kenduri :)

      Delete
  7. wow.. time sekolah rendah lagi... smg mek n kwn2 tak putus hubungan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. semoga ukhwah ni tak pernah putus.

      Delete