Jadual Breastfeeding

Assalamulaikum sahabat blogger !

Antara sahabat blogger / silent reader mek ni ade ke yang menyusukan anak? Maksud mek breastfeeding.

Time anak pertama dulu, mek tak berapa nak cekal dalam breastfeeding ni. Rase macam menyusahkan je bila anak nak susu kena selak baju bagai. Tak termasuk time breast stimulate and keluar susu mencurah sampai basah baju. Sudahnya, mek FM kan si Amani. Kononnya itu la tindakan paling bijak dan betul untuk Amani.

Bila anak kedua lahir, mek tetiba nekad nak menyusukan Amzar sepenuhnya. Desakan beberapa faktor menyebabkan mek ambil tindakan itu. Antaranya adalah untuk bonding dengan anak lebih. Kalau menyusu botol, bonding tu tetap ada Cuma tak serapat macam menyusu secara direct (faham tak apa maksud mek).

Bila dah komited nak menyusukan Amzar sepenuhnya, haruslah ada sesi pump untuk bekalan dia time mek pergi kerja. Jadi untuk cukupkan quota susu seharian Amzar, mestilah kena ikut rules of pumping J

Ini yang mek baru dapat setelah 4 bulan menyusukan Amzar :



Seriusly, sebelum ni tak tahu pun – yela mungkin tak google habis *hahah*. Rupanya nak ikut demand anak kita, kena pump berjadual seperti di atas. Berjadual maksud mek kat sini bukan masa yang kita tetapkan, tapi jumlah sesi pump itu. Macam mek, Amzar nak menginjak ke 5 bulan, so cara pump-nya kena ada 6 sesi setiap hari. Beza dengan mek buat sekarang iaitu 4 sesi !

Mek harap entry mek kali ni sedikit sebanyak dapat membantu korang yang nak teruskan breastfeed tu. Nasihat mek, jangan putus asa. Lantak la orang nak cakap ape, yang penting kita buat yang terbaik untuk anak kita. Bila kita lalui sedikit kesusahan untuk besarkan anak, secara tak langsung kita akan lebih menghargai mereka.


Sekian…


IKLAN

Mek ada jual innersnowcap berhantu ni. Pernah dengar tak? Sure best bila pakai sebab dia tak panas and amat selesa. Ini testimony mek sendiri, bukan sesaje nak up *hahah*

Snowcap ni tak mahal pun, RM10 je sehelai. COD free area KB and postage will be charge RM5.

Ni beberapa contoh yang mek pakai :



 Colour available by week. So nak tahu colour ape yang ade sekarang boleh whatsapp mek kat kosong tiga kali satu, tujuh lapan lima kosong, dua lapan kosong J



20 comments

  1. Ana br tau ada jadual mcm ni. Dulu masa keje 2x je dpt pam sebab selalu kerja luar kan. Susah nk curi masa utk pam. Alhamdulillah cukup juga 2 tahun lebih susu kan syafi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ana, mek pun baru tahu. hahah.
      tapi alhamdulillah ok dapat susukan anak. ana dulu campur tak?

      Delete
  2. Hihi saya fully bf...kena cekal...kalau tak susah la...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nini. kena cekal, kena istiqamah, kena pekak telinga dengan yang sekililing tak membantu.

      Delete
  3. yes..ilmu baru lagi.. mommy to be.. ada 3month lagi mnunggu 1st baby lahir.. thanks for sharing babe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay! tahniah haslina ! insyaAllah, smoga dipermudahkan semua. just istiqamah je breastfeed ni. memang banyak kebaikan daripada keburukan bila kita breastfeed anak.

      Delete
  4. Assalamualaikum Wrmbth

    Salam khamis mek. Tahniah sebab buat keputusan untuk breast feed anak no 2

    Maznee pun sama macam mek juga

    Dulu anak 1st tak prepare nak breasfeed

    Kesannya susu tak banyak

    Alhamdulillah, Lepas tu anak no 2 dah prepare dengan pam dan lain lain

    Alhamdulillah lain.

    Susu banyak. Baby pun sihat. Memang betul mek cakap tu

    Anak tu sayang kita lebih

    Manja dengan kita

    Bagi mak mak yang nak berpanjangan sampai 2 tahun menyusuakan anak

    Boleh aplikasi suply and demand

    Pam lebih supya breast selalu kosong

    Jadi susu pun jadi banyak

    Contohnya baca ni

    In reality, the efficient supply-and-demand rhythm of normal breastfeeding—in which your baby’s increased demand for milk spurs greater milk production from you and her diminished suck ling decreases your milk supply—nearly always takes a while to establish fully and requires readjustment as your baby grows.

    Jaga makan supaya cukup zat

    Dan jaga jadual pam. Insyaallah ada masalah pun boleh atasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah aminn.. ni pun satu ilmu yang maznee share. thanks.

      makanan memang perlu yang berzat dan kalau boleh yang milkbooster. jangan ada sifat malas untuk pam bila ank takde kat tepi.

      Delete
  5. e'in dapat BF kan ecad dalam pantang je kak.. naik keja je susu kering abes.. sedih gile kot.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe. mungkin rezeki untuk anak no 2 plak tu. hihi.
      mek dulu pun masuk keje drop habis susu. satu sebab tak direct feed and lagi satu kesuntukan masa untuk pam. anak 5 bulan terus kering.

      Delete
  6. Ilmu yg bagus ni. Tgu CR kahwin n ada ank leh praktikkan tips ni. 😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa, btol btol CR. jangan jadi cam mek. dah beranak baru nk kmpul ilmu ni.

      Delete
  7. BF memang banyak kelebihan pada ibu dan anak...
    Tetapi aRz rasa bapa juga perlu mainkan peranan supaya BF ini dalam sampai jangka umur anak 2 tahun

    owh ini rupanya innersnowcap berhantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu arz. mek stuju. kalau spouse tk mmbantu memang akan down habis. at least bagi moral support. sebab tnpa sokongan memang tk motivate.

      Delete
  8. Mek sori tak dapat jumpa mek tempohari...agak singkat masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. okei arz. kalau datang nnt bleh jumpa. insyaAllah kalau mek jadi p penang november ni, mek habaq naa

      Delete
  9. Tahniah mek.
    Semoga berjaya menyusukan anak kedua sehingga 2 tahun.

    Cik sue dulu pam di office 4x walaupun kelam kabut bos asyik panggil je. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks cik sue :) hahahhah. i felt it cik sue. Allah, bleh dia call tny awk kat mane ni. nak jawab pam susu kang bunyi nye cam lain. cakap ler duk bilik fail. hahahahah

      Delete