Magnum Red Velvet - Inspiration by Red Velvet Cake

Salam alaikum... 


Mek memang suka makan aiskrim. Tak kesah aiskrim jenis mana, semua mek telan 🤗 One of favorite mestilah Magnum ❤️ Kenapa?

Well, Magnum ni bukanlah yang baru wujud. Seingat mek masa mek 6tahun tu dah merasa aiskrim Magnum. That time flavor choco biasa je ade. Iklan dia time tu memang tak nak kalah laaa 😂 Lebih kurang dengan iklan ayam McD sekarang ni. Bunyi krup krap patah chocolate belgium Magnum 👍 Dan sampai sekarang kalau iklan Magnum mesti ade bunyi tu 😊


Dia punya packaging pun dah nampak sedap tekak 😌 Nyaman je tengok aiskrim ❤️


One bite ! And I must say that Im in Love ! ❤️👍😍

Dia buat kali ni dengan White Choc same dengan Magnum White Choc Almond ❤️ Jadi, 👍 untuk ini juga. Lapisan Red Velvet dia memang manis plus dengan white choc pulak. So perfect match !

Korang dah try Red Velvet Magnum ? Kalau belum, recommended 👌🏻Kalau dah, ape pendapat korang?


Sekian...


Astro On the Go - Tonton Astro tanpa TV

Salam alaikum... 


Uols, tipu kalau korang cakap tak tahu pasal Astro On the Go ni 😌 Kemain lagi Astro duk iklan (bakar tv la, pecahkan cermin tv la) semata mata nak bagi awareness yang Astro sekarang dah boleh tonton di mana jua korang berada 😱

Apps ni bukan lah sesuatu yang baru sebab sebenarnya dah lame Astro implement apps ni. Cuma dulu mungkin tak begitu dikhabarkan untuk tonton melalui apps. Ala, lebih kurang iklan McD la ni, padahal ayam goreng McD tu dah sekian lame wujud baru sekarang duk berbaris panjang - tu semua pengaruh iklan 😊


Inilah rupanya apps tu. Boleh dapatkan secara percuma dekat store masing masing 👌🏻

Bagusnya apps ni macam diberitahu tu lah. Boleh menonton movie / drama di mana pun. Contohnya time keluar rumah ataupun time duk kat office, boleh la layan channel yang korang nak tengok tu 😍


Pesanan - line internet kena sado hokei untuk buffering tanpa halangan 💪🏻


Plus, apps ni boleh download movie / drama yang korang nak tengok. Maksudnya kalau tak nyempat ke, boleh je download 👍 BUT ! It wont last for long, just a week 😒 Tapi kira ok la kan 😝


Overall rating for this apps - 4/5 👍

Korang tak nak download ke apps ni? Ke dah ada?


Sekian...

Teaser GiveAway by Mek - April 2017

Salam alaikum..


Demi melengkapkan misi tahun 2017, GiveAway for April 2017 is now open !

Tapi sayangnya kali ni mek tak boleh nak buat macam bulan sebelum ni. Oh, yang Mac punya belum diposkan lagi. InsyaAllah bile mek dah masuk keje on this becoming May, mek akan post-out semuanya 💪🏻 Harap bersabar ye.



Cuba teka mek nak bagi ape pulak kali ni ❤️

Sekian..


Social Media Facebook

Salam alaikum..


Allahu, tak nyempat jugak nak update blog. Baru nak pegang phone anak dah bangun 😂 Idea pun hilang. Terkadang nak update, gambar dah ade, entry pun dah tulis jugak sekerat tiba tiba datang mood pending peram dekat draft

Untuk itu, mek nak offer dekat sape sape yang sudi nak add mek as friend dekat facebook korang.


Kalau korang search name mek memang tak keluar, sebab dulu mek setting tak bagi orang cari. Jadi nak mintak korang tinggalkan link FB korang supaya mek dapat add korang 😍

So at least tak de la kita tak bersua berminggu minggu kan?

Sekian...

Novel : Jangan Hilangkan Dia by Hazel Jay

Salam alaikum...

Salam Jumaat semua 🤗 Lame kan mek senggang update entry? Biasalah, bila dah beranak dua, cuti pantang yang tak pantang sangat ni, ade je keje nak buat. Mek tak boleh nak duduk je, baring je kat rumah. Rase diri useless giler ! At least kena ade jugak routine yang buat mek sehat 💪🏻


Jangan Hilangkan Dia - Biarlah aku anggap dia masih ada walaupun hanya dalam mimpi


Mek beli novel ni dekat Popular bila mana mek tengok novel ni antara yang top 20 antara novel yang ada. To be exact, novel ni no 14

Cite dalam novel ni tak klise. Bace prolog pun dah boleh agak ending cam mane. Kat sini mek suggest untuk korang bace 😊

Watak dalam cite ni takde la ramai sangat, macam novel novel lain jugak. Time mek bace novel ni, role play tu mek bayangkan : 

👨 Dhafir - Suami kepada Qaireena. Tauke kain (ade gedung besar macam Jakel). Perwatakan macam Shukri Yahya.

👩🏼 Qaireena - Hijabista yang punya butik di Paris. Hilang ingatan akibat kemalangan. Perwatakan macam Sari Yanty.

👱🏻 Aryan - Seorang fashion designer macam Jovian. Memendam perasaan kepada Qaireena. Perwatakan macam Keith Foo.

👩🏼 Azra - Seorang model yang bertepuk sebelah tangan dalam hubungan cinta yang dibina seorang diri. Disebabkan cinta ditolak, dia dirasuk dendam. Perwatakan macam Raja Ilya.


Itu je la yang main role, yang lain tu takat baca tak bayang muka sape pon 😌 

Kalau korang dah bace, nanti share experience dengan mek ye. BTW, korang sedang bace novel ape sekarang?


Sekian...

KDrama : Queen of Mystery

Salam alaikum...


Kan dah bagitahu hari tu, dalam pantang ni memang layan tv aje :)


Ni another Korean Drama yang mek layan.



Lame dah tak tengok lelaki ni berlakon. Yang perempuan ni pulak last seen dalam Protect The Boss




Cite ni baru je main. Sempat lagi korang nak catch up :) Lagipun 16 episod je.
Seolok ni dah kawen and dia jadi suri rumah. Tapi dia minat cam siasat siasat kes sebab terpengaruh dengan buku penyesiatan yang dia bace. Si Wanseung tu pulak detektif. Dia tak suka orang masuk campur dalam kes yang dia handle. So, boleh agak la kan mesti ada babak yang lucu dalam cite ni ;)



Ni para pelakon untuk cite ni. Mek kenal dua orang je. Yang laki dan pompuan ;)



Takde rating lagi untuk cite ni. Baru sangat agaknya. Tapi rata rata semua macam kurang suka dengan heroin dalam cite ni. Kata mereka perempuan ni tak sesuai untuk watak ni. Bagi mek ok je :)


Ade sape yang layan jugak cite ni?


Sekian...

Day 30 of Confinement

Salam alaikum...



Tak tahu nak sedih atau gembira


Sedih sebab itu petanda yang mek dah nak kena masuk kerja balik --' Sungguh tidak begitu seronok. Sape je suka kerja sebenarnya? Yang best adalah duk rumah dengan anak anak tapi gaji bulanan masuk ;) Itu memang awesome !


Gembira sebab pantang dah nak habis walaupun secara jujurnya mek tak de la pantang sangat bab makan. Mek makan je semua benda. Kalau rase tak elok tak makan. Kalau tak rase pape, mek makan telan je :) Tapi, ais memang mek pantang. Time Amani dulu selalu curi makan aiskrim time mertua and spouse tidur :) Sekarang dah tak buat cam tu dah walaupun tempting nya lahaiiii si Magnum Red Velvet --' Sape dah try? Cer komen sikit :)


Sekian...

Hello April !

Salam alaikum...




Selamat datang April ! 
Semoga April ini dapat diisikan dengan kebaikan, kenangan yang indah dan saham akhirat :) Kalau ade yang pahit pun, bagi lah hikmah yang terbaik :)


Sempena 1st entry bulan April ni, mek nak umumkan yang GiveAway by Mek - March 2017 dah pun tamat ;) Nanti mek akan personally whatsapp / email kepada para peserta :) Tapi sayang, mek aim 15 orang bulan lepas, yang dapat dalam 10 orang je --' Mintak bulan April ni korang sudi lerr join :)


Mek harap April ni mek dapat complete kan entry mek. Sebab Mac mek tak sempat siapkan tiga entry ! MasyaAllah.. Rase bersalah giler --' 


Selain dari ni, mek akan update dari masa ke masa ye :) Stay tuned :)


Sekian...