Harapan Pada Anak

Salam alaikum...



Salam jumaat uols :) Semoga jumaat ini kita dapat penuhkan diri dengan amalan yang boleh tolong di akhirat nanti :)


Ape plan hari ni (bagi yang bercuti) ? Yang bekerja tu, selamat bekerja la. Oh, alang alang rehat lame hari ni kan, mek nak share satu benda :



Semalam dan hari ni je. Pendek cite, hari ni je la :) Boleh lerr ajak kawan lunch same same :) Tak pun ajak dating lepas balik keje nanti :) Mek hanya mampu tengok sahaja --'




Bila dah ada anak, tentunya kita (ibu bapa) ade harapan untuk anak anak kita. Time Amzar lahir, spouse bukak ceramah dekat Youtube. Mek tumpang dengar sekali. Katanya ustaz :

Kita mati, tinggalkan anak. Pada hari kematian kita, mayat kita merintih supaya anak kita membacakan doa, ayat suci al-Quran - diniatkan untuk kita. 

Bila kita dimandikan, jenazah kita merintih supaya anak kita yang mandikan kita.

Bila kita disembahyangkan, jenazah kita meminta supaya anak kita yang menjadi imam solat jenazah kita.

Soalnya - anak kita boleh buat ke tak macam tu kat kita nanti?


Mek tersentak. Anak aku boleh buat ke tak kat aku macam tu? Amani boleh mandikan jenazah mummy tak? Amzar boleh imamkan jenazah mummy tak? Anak anak mummy boleh bacakan Quran untuk mummy tak?


Harap sangat, anak anak mummy dapat buat macam tu dekat jenazah papa dan mummy nanti. Caranya? Ajar / didik anak anak kita dari kecil lagi pasal fardhu kifayah ni. Bukan untuk orang lain, untuk kita juga. Apa hebatnya anak menjadi seorang berpangkat tinggi tapi yang baca Quran budak budak tahfiz? Apa hebatnya seorang anak berkerjaya / dihormati / disegani di pejabat tapi yang mandikan jenazah ibu bapanya orang orang kampung / saudara mara yang lain. Apa lah hebat seorang anak jika yang imamkan jenazah ibu bapanya adalah imam masjid, bukan dirinya sendiri --'


Ini juga pesanan untuk diri kita, yang masih berpeluang untuk berbakti pada ibu bapa kita. InsyaAllah...




Sekian...

7 comments

  1. InsyaAllah semoga anak2 kita menjadi anak yg soleh dan solehah yang boleh memberi saham kepada kita nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ana. Begitulah hendaknya. Aminn

      Delete
  2. sdapnya kenny rogersss.. hehe.. InshaAllah smoga anak2 mek sntiasa jd anak yg solehhh aminnn. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah amin.. Semoga kita pun dpt berbakti pada parents kita :)

      Delete
  3. Replies
    1. Kan kak :) aummm sgt !

      InsyaAllah smoga doa kita dimakbulkan :)

      Delete
  4. InsyaAllah..Semoaga harapan dan impian mek dimakbulkan Allah..

    ReplyDelete