Blogger Sunshine Award - Tag by Noor Azlan

Salam alaikum...


Dan akhirnya tersenarai jugak mek dalam hati blogger untuk Sunshine Award ni (feeling menang). Mek mungkin agak lambat up entry ni sebab mek sibuk duk siapkan entry Ammar Amzar. Panjangkan entry tu? Bertabah la yang mane membacanya :)




Oh, seperti yang tertulis di tajuk, mek telah di-tag oleh blogger Noor Azlan. Lan ni mek pun baru kenal jugak. Blog dia - bilalelakiberbicara.com . Biasanya Lan akan cerita pasal pengalaman dan pandangan dia terhadap tajuk yang ditulis. Idok lerr serius bebenor ayatnya. Santai macam kita kita jugak :) So korang yang tak follow Lan ni boleh la berbuat demikian di alamat tertera seperti di atas :)


😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊


Tanpa melengahkan masa, mek nak jawab soalan soalan yang telah dikemukakan oleh Lan :) 


1. If you are given a chance again in your life, you want to get back at what age? Why?


🌸 Mek pernah buat salah. Kita semua pernah buat salah. Memori yang paling mek akan ingat dan paling terkesan dalam hidup mek adalah pengalaman mek putus tunang. Bila dah bertunang, semua orang mengharapkan untuk berakhir dengan perkahwinan. It did ! But with other person. Liku pertunangan itu Allah aturkan untuk mek jumpa jodoh yang telah tertulis sebelum mek lahir ke dunia lagi. 

Dan yakinlah kamu bahawa jodoh yang ditetapkan oleh Allah adalah jodoh terbaik buat dirimu. Sesunggunya aturan Allah tidak pernah salah. 

Walaupun mek tahu pertunangan mek itu satu kesalahan dalam kehidupan mek (ibarat kalau tahu bukan dia, tak payah bertunang) tapi mek still tak rase nak putarkan masa. Kalau bukan kerana kesilapan itu, mek bukan seperti hari ini.


2. Where is the tourist destination you really want to go? Why?


🌸 Mek bukan berangan angan tapi memang mek tengah usahakan :) Selain daripada dalam negeri (of course nak tengok keindahan negara sendirikan) mek nak pegi Mekah dan Istanbul ! Sasaran mek :

Mekah : 5 tahun bekerja
Istanbul : 10 tahun bekerja

Kalau dapat pegi lagi awal lagi elok :) Tapi mek perlu berpijak pada bumi yang nyata. Kewangan perlu kukuh untuk pergi  - maka perlulah menabung sepanjang tempoh tersebut :)

Alasan untuk mek pergi adalah :

Mekah : Memang sebagai umat Islam kita kena lah usaha nak sampai ke tanah suci. Takkan la negera lain boleh pegi elok je, Mekah tak boleh pulak. At least umrah kan?

Istanbul : Yang ni dari tahun 2004 lagi duk berkenan nak pegi sebab ade Masjid Biru ! Lagi lepas tengok cite Istanbul Aku Datang ! Lagi la berkobar kobar nak pegi :) Its so heart calming !


3. Who is your inspiration in the world of blogs? Why?


🌸 Inspirasi mek ade jugak la several. Antaranya :

πŸ‘‰πŸ» Vivy Yusof sebab dia macam berkaliber. Ade anak dan perniagaan. She managed to handle them ! Cara penulisan blog dia tu boleh buat orang rase nak ikut cara dia la. 

πŸ‘‰πŸ» Irine Nadia pun sebab penulisan dia tu boleh menarik minat kita untuk cuba dan tidak berputus asa. Lagipun dia banyak kongsi tips tips sejajar dengan umur dia (same umur dengan mek).

πŸ‘‰πŸ» Fatina / Siqah dua orang ni pandai buat mek terpikat dengan nak membaca buku. Mek lame dah tinggal tabiat membaca ni. Lepas baca blog dia org, minat tu muncul kembali. Sehinggakan mek ade target nak bace 12 buku untuk 2017 :) Kita tengok ye, berjaya ke idok.


4. Do your hobby besides writing a blog?


🌸 Hmm, hobi ye. Sejak bergelar mak dan pekerja ni, dah lupa ape hobi mek. Kebanyakkan masa mek habiskan waktu dengan kerja dan anak. Waktu lapang tu ade tapi singkat sangat - cukup untuk intai blog je. Oh, mek pernah merungut pasal 'Me Time' dulu dekat entry. Tanpa sedar mek dah takde waktu lapang tu --' Bayangkan, nak cuti pun kena fikir betul betul samada benda tu urgent ke tak. Nak cuti semata mata nak pergi holiday? Mimpi aje lah. Yang hujung minggu 2hari tu pun berkejaran dengan waktu nak siapkan segala bagai (balik kerja dah malam, mane nyempat nak buat housechores). Tak tahu nak sedih atau nak meratapi keadaan ini ;)


5. What is your favorite colour?


🌸 Colour kegemaran mek ade beberapa : 

πŸ‘‰πŸ» Pink sebab most barang pink ni cantik dan nampak lembut gitu.

πŸ‘‰πŸ» Mint Green ni pun warna yang sejuk dan kalau warna ni jadi ape pon memang akan nampak lembut dan sejuk.

πŸ‘‰πŸ» Lavender ni nampak gegirl sangat aside daripada warna pink :)

πŸ‘‰πŸ» Yellow / kuning di raja ni memang warna bright tapi dalam masa yang sama satu warna yang bold !


6. What is your dream's car?


🌸Kereta idaman ye? Setakat ni mek duk berkenan dengan Hyundai Elantra :) Ade cite jugak cam mane mek boleh suka kereta ni. 

Dulu mek layan KDrama - Protect The Boss. Sape pernah tengok? Cite dia agak menarik la. Dalam cite tu si bos tu pakai Hyundai Sonata. Warna putih. Memang nampak kemas la kan. Jadi mek ni jenis berpijak pada bumi yang nyata. Kalau aim Sonata, memang sekadar impian je la. Kalau Elantra tu insyaAllah dapat kot satu hari nanti :)


7. Which one do you prefer? Live in city or in the village?


🌸 Of course Village atau lebih selesa dipanggil Non-urban area. Mek jenis baran. Mek tak boleh hadap kesesakan lalu lintas setiap hari. Boleh meroyan mek dalam kereta tu nanti. Lagi pulak, kalau duk non urban area ni, living cost takde la tinggi sangat banding dengan urban area


8. Is the most special gift in your life you've got?


🌸 Ape eyh? Mek pun lupa --' (kalau lupa maksudnya tak pernah dapat la kot)

Tapi ape pun yang mek terima sebagai hadiah, mek bersyukur. Sebab at least orang concern dekat mek :)


9. A gift that you always wanted?


🌸 Hah yang ni ! Jujurnya mek tak harapkan orang bagi. Mek lagi suka kalau mek usaha sendiri untuk dapatkan sesuatu. Tapi kalau berdegil nak bagi, boleh aje :) Bagi duit je la ;) Kan bagi duit senang mek nak beli ape yang mek suka :) 


10. What are the things you want to do if you are a leader in this country?


🌸 Kalau lah mek diberi peluang, kalau tak jadi pemimpin pun tak pe, at least dengar jugak keluhan rakyat kat bawah ni ha. 

πŸ‘‰πŸ» Ape gunanya declare pendapatan negara berbilion ringgit tapi hakikatnya rakyat masih lagi ramai yang susah. Susah dari segi kesempitan sara hidup. Sara hidup ni bukan nak mewah, nak hidup hari hari. Inisiatif kerajaan bagi bantuan Kebajikan Masyarakat tu patut dicontohi. Maksud mek, pemberian elaun mengikut bulanan bukan bermusim. Syarat dan peraturan tu perlu ditambah baik lagi. Kena tengok balik dengan kadar per head sekarang. 

πŸ‘‰πŸ» Ape gunanya kerajaan kalau memberi tapi mengambil balik ape yang diberi. Ambil pulak secara halus --' Alasan sebab nak kukuhkan ekonomi itu sepatutnya bukan menjadi bebanan rakyat. Fikir la cara lain nak jana ekonomi tu. Itu bab menjana. Yang bab teknologi pulak, ape bodoh sangat ke kita Malaysia ni sampai takde satu orang pun yang boleh belajar teknologi untuk proses sendiri sampai kena bergantung dengan negara luar. Minyak contohnya. Kita ada hasil sendiri tapi kita tak boleh nak proses sendiri. Sampai bile nak bergantung dengan orang? Benda lain banyak pulak peruntukan. Takkan nak hantar wakil belajar pun tak boleh? Ke memang #apepuntakboleh ?

πŸ‘‰πŸ» Ape ape pun yang kita buat, berbalik lah pada agama kita. Kalau dilarang, jangan la kita pandai pandai menghalalkannya semata mata nak raih keuntungan. Iye kita hidup berbilang kaum agama adat dan sebagainya. Tapi yang utamanya sape? Jadi ikut keutamaan lah :)


Perubahan tak perlu banyak. Cukup dapat senangkan harian rakyat. Sebab hidup bukan sebulan sekali. Hidup ni hari hari. Sampai bile nak biarkan 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' dan satu lagi, pemimpin jangan syok sendiri sebab sekarang ni nampak gayanya 'harapkan pegar, pegar makan padi' --' Orang bagi mandat dan amanah, pikul baik baik.


11. In your opinion, how blogs can inspire the people out there?


🌸 Blog adalah medium paling baik untuk kongsi maklumat sebagainya. Tambah pulak lain orang lain pengalaman. Contohnya mek sendiri, kalau nak tahu pendapat / pengalaman orang, mestilah kita google kan? Dari situ la keluar link blog tentang tajuk yang kita cari. Bace entry orang lain seolah olah kita sedang dengar dia cite pengalaman dia. Automatik rase tak sunyi disamping tambah pengetahuan :) Dari situ boleh dijadikan sumber inspirasi ;)


Ok, dah :)


Mek tak tahu nak buat soalan ape, tapi korang boleh share jawapan korang dekat komen di bawah :) Mane tahu ade persamaan antara kita :)


Sekian...

23 comments

  1. Istanbul pun ada dalam wishlist ana 😍

    ReplyDelete
  2. mek, kita seumur πŸ˜„ yeahhh! sy pon mmg ngidam sangat nak pi Istanbul 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay ! Sep sikit tahun 92 :)

      Bila la nk dpt pegi istanbul ni..

      Delete
    2. insyaAllah, 1 hr nanti 😁

      Delete
  3. InsyaAllah nanti pasti ada rezeki Mek untuk ke Mekah dan Istanbul tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak. Aminn. Bila tiba masanya nnt :)

      Delete
  4. heheh InsyaAllah tercapai kelak sis :D Mellya pun banyak angan2 nih hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Angan angan tu kita jadikan sebagai matlamat :)

      Delete
  5. heheh InsyaAllah tercapai kelak sis :D Mellya pun banyak angan2 nih hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Angan angan tu kita jadikan sebagai matlamat :)

      Delete
  6. Sedikit sebanyak tahu dah tentang Mek. Hihi . Lama tak singgah .

    Blog Nadia inspired Mek jugak tak ? Hihi saja je tanya soalan nie . I know I need to improve my blog more . ='(

    Part Mek ulas panjang pasal leader in this country tue Nadia totally agree . Mmg betul kita sebagai rakyat struggling to survive . Hopefully leader kita yang sekarang nie cepat2 lah fikir cara yang terbaik untuk prevent rakyat jadi lagi suffer lebih2 lagi dgn all the taxes .

    Hmmm how are you mek? Baby ok ? Lama tak borak jugak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya semua blogger ade cara tersendiri inspire blogger lain :) Cam nadia - mek suka dgn travelling yg nadia cite. Bukan semua boleh buat mcm tu :) Lagi satu mek suka cara flatlay photography nadia :) Mek dah try buat tp tk jadi so i must admit that its not that easy to have one yg memang superb cantik :) Tapi nadia mampu buat :)

      Yang pasal fashion nadia, tdung duck, cara belit tudung and attending fashion week tu, tu lagii laa mek jd cam waaaa awesomenya klau dpt cam ni :)


      See, bnyk sbnrnya kita mengispirasikan org lain tnpa sedar. Cuma, org je tk bgtahu ><

      Delete
    2. Hihihi .... terharu <3 ...tapi bnyk lagi Nadia kena improve . Nadia masih blogger picisan je. Hihi

      Tapi betul lah apa Mek ckp , setiap blogger ada cara tersendiri dan bagi inspirasi pada org. Yang pntg kita share dan tulis dari hati kita. =)

      Delete
  7. Hurm... banyak jugak dapat tahu pasal Mek ni :-)

    Bila baca post Mek yang ini teringat pulak Mrs. A pun ada kena tag dengan Ucing tapi tak buat lagi huhuhuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Sempat lagi ni mrs A :) Tk sabar nk bace yg mrs A pulak :)

      Delete
  8. CR pun kena tag. tapi tak berjawab2 ag.huhu

    yang instabul tu pun CR teringin nak pergi sebab cantik2 sangat kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn :) Bile la nk pegi ni.

      CR cepat jawab, mek nak bace pulak :)

      Delete
  9. Yang no 7 tu kita sama mek..
    better kampun dari bandar.. hehehe

    ReplyDelete