Baby and Kidz Fair at KTC Kelantan February 2017

Salam alaikum...


Nyempat lagi pergi fair sebelum beranak ye :) Fair ni start hari Khamis lepas sampai lerr Sabtu (16 Feb - 18 Feb 17


Mek tahu pasal fair ni sebab terima mesej daripada penganjur (kot) terus screenshot - whatsapp spouse - cadang nak pegi Sabtu :)


Kemain kau - Free Goodies Bag / Greate Deals


Nota : Kalau pegi fair, sila daftarkan diri untuk dapatkan info terkini.


Berbalik pada cerita kat atas, Ingatkan dapat la goodies bag macam tahun lepas and dapat la borong pampers / susu / baju anak anak. Hari Jumaat tu dah kira bajet nak membeli belah dekat fair ni.


Dah sampai dekat fair - daftarkan diri (sebab nak goodies kan - haruslah). Tengok atas meja pendaftaran, tak meriah pun dengan hadiah bagai. Beg goodies pun tak nampak.



Nak beg kebendanya - 3 barang ni je dia bagi. Biskut untuk pantang dan ubat gigi untuk Amani --' (jimat nau fair kali ni) Expectation Meet - Fail


Abaikan goodies sebab main point nak beli pampers / susu / baju. Masuk je kat dalam terus bisik dekat spouse 'layout kali ni lengangkan? Baguslah sebab tak rasa lemas sangat' - whahah ! Riang lagi hati ni sebab memang tahu bahagian pampers tu kat tengah and agak belakang sikit. Jadi kita jalan la dulu tengok kedai kedai baju. 


Bila tiba dekat bahagian tengah - 'Mane pampers drypers? Kenapa ada Mamypoko je? Kenapa yang jual tu Pacific bukan wakil dari Mamypoko?' Segala pertanyaan timbul. Dah kenapa pulak tak join si drypers ni? Harapan no 1 - lebur --'


Jalan lagi untuk cari susu pulak. Dah tawaf habis ni. Susu (dutch lady) pun tak join jugak ke? Whahahah ! Ni meniaga ape je ni? Meniaga baju je banyak (selain daripada tawaran kad kredit dan buku kanak kanak) Harapan no 2 - lebur --'


Jadi pegi la tempat kedai baju yang selalu mek beli tu - sesame street :) Design dia cantik and kualiti kain dia bagus. Plus dekat Kelantan susah nak dapat baju sesame. Biasa mek beli baju tido la (memang baju tido je semua mek tengok) Tapi ! Takde harga fair dah eyh. Semua yang berkenan up to RM15 --' Sebelum ni fair dapat harga RM10. Entah salah siapa. Salah kilang jahit baju ke salah lori yang hantar barang sebab harga minyak dah naik melampau sampai gunung everest ! (mungkin nak naik sampai bulan gamaknya)



Naseb baik harapan no 3 - tak lebur :) Idok lerr balik dengan tangan kosong je.


Rumusannya mek tak enjoy sangat / tak satisfied / bagi 2 bintang je la untuk fair kali ni. Harap kalau pihak penganjur nak buat lagi fair ni di masa akan datang, silalah buat dengan sepenuh hati. Jangan main tangkap muat je. Nak buat bior lerr orang puaih hati (cukup lengkap barangannya).



Kali ni tak kena photobomb dah untuk banner ni. Tapi...


Amani pulak yang tak bagi kerjasama --'


Sekian...

12 comments

  1. Patutnya baby fair murah2 kan. Jadi xsyok la gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu tkpe CR --' Kalau hrga pkai normal, baik pegi kedai biasa je.

      Delete
  2. Sayangnya baby fair dengar dah menarik. Tapi harga normal pulak dan takde produk yang kita nak. Sayang betul. Huhu.

    "Harga minyak dah naik melampau sampai gunung everest ! (mungkin nak naik sampai bulan gamaknya)" --- ayat Mek ni win :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lerr pasal siqah. Dengar kemain gah tapi pegi tkde benda yg kita nk. Yela bukan bnda yg rumit pn. At least buat lerr fair cam mula mula dia org buat dlu --'

      Hahah. Kerajaan klau tak paham lg tak tahu lerr.

      Delete
  3. Selalunya macam tu lah kalau dekat sini. Dengar bunyi macam harga murah. Sekali pergi tak murah mana. Sometimes boleh dpt lg murah di tempat lain.

    By the way semoga dipermudahkan segala urusan ye ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu ler pasal. Manjaku dapat kot RM10 baju bebe. Kira branded jugak la kan. Entah lerr management kali ni cm mane.

      Thanks untuk doa tu ana :)

      Delete
  4. mesti frust kan Mek bila expectation tak seperti yang diharap...rasa mcm tak berbaloi pergi mesti diaorg pun mengalami masalah dalaman..keke

    ReplyDelete
  5. Baby fair..banyak jenama yang up je join..emm

    ReplyDelete
  6. Dasar penjimatan kot, banyak syarikat tak dapat join...

    ReplyDelete
  7. harus frust kan mek kalau kita pg apa yg nak tak ada...

    ReplyDelete
  8. Tak bestlah kalau tak banyak..
    Ala-ala macam, asal buat je gayanya..

    ReplyDelete
  9. Penapis Air alkali BioUltra / BioUltra water Filter Alkaline

    Pelbagai Produk Dispenser Water Filter & Master Filter (OutDoor) – Jimat Tenaga

    • Alkaline WaterFilter – 6 Filters – RM599
    • 2 Suhu Panas & Sejuk (TableTop & Stand - RM899 – 1498)
    • 3 Suhu Panas, Normal & Sejuk (TableTop & Stand - RM1299-RM1499)
    • Gold Master Filter– 7 Layer (Fiber - Outdoor) RM799
    • Titanium Master Filter – 9 Layer (Fiber - Outdoor) RM999

    Producing High Qualiti alkaline water ph 7-9
    ‘Siap Pasang Baru Bayar’
    Harga Termurah di pasaran drpd segi kualiti, brand, rekabentuk dan harga
    Warranty 12 – 18 Bulan
    Filter import dari Korea (ada sijil halal)
    Pemasangan terus ke kediaman @ Pejabat anda

    Hubungi – Whatapps/ Call / SMS: 017 8895 990 - Farid
    http://penapis-air-bioultra.blogspot.my/

    ReplyDelete