Kesyukuran Amani Turns 2 !

Salam untuk semua sahabat blogger mek ...


Alhamdulillah, selamat sudah Majlis Kesyukuran sempena birthday Amani yang kedua. Tapi, allah time birthday ni jugak la dia buat drama air mata - tak nak potong kek, takut dengan topi birthday. Padahal sebelum ni elok je birthday dia potong kek, ambik gambar. Mungkin that day ramai orang so dia dah pun ada perasaan malu nak potong kek depan ramai orang - mungkin - - "


Mek ajak kenalan mek yang terdiri dalam kalangan ahli keluarga, sahabat handai dan team office je pun. Niat mek daripada tengah tahun lagi, duit untung meniaga mek, mek nak buat makan-makan dan celebrating Amani's birthday sememangnya dalam plan tahunan. Next Amzar pulak on March. Itu nanti fikir kemudian.


So ni antara gambar kek, gambar keluarga dan gambar tetamu yang hadir memeriahkan sesuana majlis Amani. Rumah mek teres, memang agak padat la time makan tengahari tu. Harap tetamu kenyang je la. Nak selesa tu erkkk - faham faham aje la rumah teres.



Kek Blueberry Cheese


Dia buat perangai takot kat topi dan kek


Amzar dan Nani


Keluarga belah mek dan mertua


Zuha dan keluarga - tetamu yang pertama sampai


Officemate - Kak Ni dan Kak Da


Keluarga belah mek - sepupu dan mak saudara no 2 serta nenek


Team office - Kak Ta dan En Ezani serta anak-anaknya


Jiran tetangga - Kak Ina


Sepupu mek - Iwan dan Rabiah


Sedara belah mertua - Kak Yah serta keluarganya


Keluarga belah spouse - Mok Long dan Pok Su Yie


Jiran tetangga area rumah mertua


Jiran tetangga area rumah mertua


Jiran mertua - lebih kurang geng mek jugak


Team office - En Hanafiah dan isteri


Keluarga belah mertua - Sepupu sepapat mertua


Team officemate - Wan Hartini dan keluarga


Team officemate - Adik praktikal Anis dan Izah



Keluarga belah mek - Mak saudara no 4


Ini lah tetamu mek yang telah hadir. Untuk majlis kali ni, mek mandatorikan semua tetamu untuk bergambar sebab senang mek nak masuk album. Yang dah diajak tapi tak datang, senang nanti majlis Amzar nak buat kira-kira *hihi* Tapi apapun, alhamdulillah majlis takde la ding dong sangat, idok ler sempurna sangat. Just nice macam mek harapkan. Cuma spoil Amani je tak nak masuk gambar.


Itu sahaja kenangan untuk majlis kali ni. Harap next majlis dapat jugak meriah macam ni. Lagi meriah lagi best. Boleh letak gambar banyak lagi, sampai korang jemu nak skrol *hihi*


Korang pernah buat majlis kesyukuran tak? Apa menu korang hidangkan? And korang sempat tak bergambar dengan semua tetamu korang? Mind to share dekat komen ye ❤



Sekian ...


Suami Kedekut Tapi Nak Kerang Basah Fresh

Salam sahabat blogger mek ..


Masa mek skrol FB tadi, mek nampak kawan mek share post ini :



Pada hemat mek, 70% betul apa yang dia cakap tu. Orang perempuan bernama bini dan ibu ni biasanya dia akan fikir anak dan suami lebih daripada dia fikir diri dia. Kalau tanya mek, dari segi apa yang dipentingkan dahulu kepada anak dan suami - of course segalanya. Daripada bini start bangun daripada tidur, turun katil senyap senyap sebab tak nak bagi anak sedar. Kejutkan suami untuk solat subuh. Sembahyang subuh sama-sama. Kalau anak dah bangun, bergilir lah. Then buat sarapan sebab tak nak anak dan suami perut kosong. Mandikan anak, siapkan anak sebab faham bonding time dengan anak lebih bermakna daripada bini duk sibuk nak hias muka. Kadang bila anak dah tidur, baru bini curi-curi masa pergi mandi dan baru ada masa untuk makeup muka. Tu pun ambik tutorial makeup yang paling simple supaya tak pucat muka. Dah malam pun sama. Tetap tidurkan anak sebelum sempat tepek muka dengan moituriser. Itu semua kos yang ditanggung oleh bini. Kalau bini bekerja, ok lah. Kalau yang suri rumah memang income daripada suami je, macam mana?


Kau suami perlu bantu bini dalam berhias. Kau nak rumah kemas, tapi kau malas kemas - bersepah. Kau nak rumah kemas, tapi kau malas upah orang kemas sebab tak nak keluar kos - bersepah. Sama jugak kau nak bini cantik tapi tak nak bagi dia beli product penjagaan muka, tak nak belikan dia makeup - paling basic bedak kompak, gincu, alis mata, alis kening, pemerah pipi yang kosnya tak sampai pun RM100 sebulan. Tapi bila dekat ofis ada kawan perempuan yang cantik, yang wangi kau sibuk duk melayan nafsu. Satu je la, hati kau tak cukup iman.


Mek, mana lagi 30%?


Another 30% tu atas inisiatif diri bini tu sendiri. Nak melawa nak menghodoh adalah pilihan ditangan masing-masing. Nak lawa tak semestinya kena pakai foundation MAC. Yang krim siang Safi pun kalau kau tepek hari-hari, lawa jugak daripada muka togel. Lipstik tak semestinya kena beli CD, beli SilkyGirl pun ok dah. Merah dah jugak bibir tu daripada pucat lesi macam mayat. Dan yang lain pun. Panjang pulak nak mention satu satu *huhu*.


Sorry kalau entry ni macam bash kaum sendiri, cuma entry ni hanya nak sedarkan diri kita perempuan yang lelaki nafsunya satu dan memang suka tengok keindahan. Tolong ingatkan suami yang selain tanggungjawab dalam rumah, dalam kain, tanggungjawab mencantikkan bini juga adalah tanggungjawabnya. At least sumbanglah apa apa untuk cantikkan bini. Tak dapat sumbang duit, sumbang idea untuk isteri melawa. Gitu.. Ni tak, nak kucing parsi tapi beli kucing siam. Dah tu mula la jemu duk tengok kucing Siam. Cer pergi grooming kucing Siam awak tu, mesti gebus cam kucing Parsi jugak.


Korang ada yang setuju dengan mek? Ke tak setuju? Boleh share dekat komen ❤



Sekian ..


Hasil Daripada Voucher ZALORA

Salam alaikum..


Alhamdulillah, rezeki mek pada awal Disember 2017 dapat voucher ZALORA bernilai seratus. Pada mulanya mek niat nak jual je voucher tu memandangkan mek takde nak barang di ZALORA. Handbag kalau beli sure spouse mek marah sebab beg hantaran tu pun tak pakai. Selipar / sandals / heels mungkin ok sebab boleh gantikan dengan existing yang dah tercabut dia punya tali. Skirt - lawa tapi sayang size mek kebanyakkannya takda. Yang mek tak nak tu ada pulak colournya. Baju? Untuk pengetahuan korang, mek memang pakai baju yang berharga kurang dari duapuloh ringgit.


Mek dah pos dekat FB pasal voucher tu almost two weeks tapi still takda orang masuk meminang. Bincang dengan spouse dia suruh beli je skirts. Tapi macam mek cakap tadi la, nak skirts tapi sizenya pula takde. Akhirnya, mek kena panggil kawan mek yang biasa dengan ZALORA untuk tolong mek membeli belah. So guess what i got..



Sebab semua blogger post gambar parcel, so mek nak tepek jugak kat sini


Tadaa ! Flats Quilted by ZALORA


Sesuai juga untuk kegunaan dalam office


And.. Hmm.. Tote *please La Tarda*


Inilah hasilnya. Semua sekali RM94.00. Yang beg tu RM69 dan flats tu RM25. Alhamdulillah, selesai jugak lunaskan voucher tersebut. Apa apa pun mek nak ucapkan terima kasih pada ZALORA sebab bagi mek peluang ni. Kalau harapkan mek nak beli sendiri, memang tak agaknya beli beg harga 69 *huhu* . Biasa mek beli beg yang harga tigapuloh ke bawah aje. 


Korang yang pernah shopping ZALORA, apa yang korang cari? Nanti share dekat komen mane tahu kalau berkenan, boleh mek jana keuntungan untuk ZALORA pulak lagi sekali ❤



Sekian..


Amani Turns 2 !

Salam alaikum..


Oh, dah dua tahun mek jadi ibu *hihi*. Betul la, anak sulung ni banyak mengajar kita untuk jadi lebih baik. Dan anak sulung ni la bagi kita peluang rasa untuk jadi pregnancy woman and also bravery mother. Mek pun dah pernah karang macam mana mek lahirkan Amani. Korang boleh baca dekat entry December 2015. 


Sempena dengan Amani Turns 2, mek buat la sikit celebration on her birthday. Memang untuk ambik gambar buat kenangan sahaja. Dan that kek of course sebab nak makan plus mek memang hantu kek. Tahun lepas celebration Amani mek buat dekat rumah mummy mek sebab as today 20th Dec, birthday mummy pulak. But tahun ni buat untuk Amani dulu. Another celebration is awaiting *hehe*



Kek Laici from Muhibbah Kota Bharu


Her Robocar Poli is burning


Birthday's Theme : Confinement Period


Simple celebration but of course sebagai kenagan selamanya. Amani nanti dah 20 tahun takkan celebrate birthday macam dia dua tahun dah. Kalau boleh nak sambut birthday anak setiap tahun so they know how mummy sacrifice to give birth for them *kahkah*. 


Korang sambut birthday tak? Biasa on birthday korang celebrate macam mana? Mind to share ❤



Sekian..


Jom Tanya Satu Soalan Pada Mek

Salam alaikum sahabat blogger mek ..


Hari ni mek nak benarkan korang tanya mek satu soalan, sempena dengan nak berakhir 2017. Benda ni mek tengok banyak dekat FB orang duk post. Dan tidak kurang juga di blog. So, alang-alang mek tengah kering idea ni, boleh la korang ajukan satu dua soalan untuk mek jawab. Soalan berbentuk apa pun tak kisah. Peribadi atau non-related issues pun dibenarkan. Tapi jangan marahkan mek kalau non-related tu mek jawab tak betul atau tak serius *hihi*



Lets Start !


Boleh tanya dekat komen bawah tu ye. Dekat whatsapp takkan di layan ❤



Sekian..


Meme : While Pumping Your Breast

Salam alaikum..


Hari ni tak nak taip panjang panjang sebab macam ketandusan idea je nak tulis. Cuma mek nak share satu gambar je dengan korang semua, yang pernah jugak berlaku pada mek ketika di office. Dan mek bet korang yang pump susu kat office akan mengalami macam ni jugak :



the face


Korang ada pengalaman boss panggil bila korang tengah pump susu? Kalau ada, boleh share dekat komen ❤


Sekian...


GIVEAWAY #1 NEW YEAR 2018 BY CIKYAN

Salam alaikum...


Yuhuu, tumpang lalu. Nak join GA sat. Mek dijemput oleh CikYan - pemilik domain nurazianjaafar.blogspot.my . Syarat untuk join pun senang je. Macam blogger lain jugak kena follow blog owner. Lepas tu kena buat satu entry pasal GA ni. Cuma Yan tambah satu lagi task iaitu azam 2018.


Azam mek untuk 2018 adalah menjadi makhluk yang lebih baik daripada tahun 2017. Semoga hot temper mek dapat dikurangkan. Semoga juga mek dapat didik anak-anak ke arah Islamic. Dan mek harap doa-doa mek dimakbulkan. InsyaAllah amin..



https://nurazianjaafar.blogspot.my/2017/12/giveaway-1-new-year-2018-by-cikyan.html


Jangan lupa untuk join ye. Sama-sama kita eratkan hubungan dengan blogger lain. Sama-sama membina karier blogger. Tak rugi kalau berkongsi rezeki dengan orang. Jangan takut untuk berkongsi sebab berkongsi takkan luakkan rezeki kita, akan menambahkan lagi rezeki kita.


Kalau dah join, jangan lupa letak link dekat entry CikYan ye ❤



Sekian..


McFlurry Kit Kat - Apa Rasanya?

Salam alaikum...


Jangan tanya mek mana mek tahu McFlurry keluarkan Kit Kat sebab mek tahu korang pun tahu daripada FB jugak, kan? Bila iklan tu keluar mek cepat-cepat tag spouse untuk try weekend. Weekend pertama - tak jadi sebab hujan (Kelantan banjir gelombang pertama). Weekend kedua pun tak jadi sebab malas nak pergi McD Pengkalan Chepa. Weekend ketiga pergi KL.


Bila iklan tu lalu kat newsfeed, mek baca la komen-komen netizen pasal McFlurry KitKat ni. Ada yang kata ok, ada yang kata so-so and ada jugak yang kata tak sedap sebab simple sangat - vanilla plus KitKat. Lidah masing-masingkan?


Bila pergi Tesco Extra Puchong, kat situ ada McD. Memang kali ni mek tak lepaskan peluang untuk try sendiri McFlurry KitKat. Kalau korang nak tahu, mek every version of McFlurry mek akan try. Yang Nestum hari tu mek tak sempat nak review tapi of course mek tried.



Innerside of McFlurry KitKat


Cawan yang tak berubah


Amzar yang sama macam mummy, suka IceCream


Bagi mek rasa dia ok. Just nice. Nak kata sedap sangat tak jugak. Mungkin sebab perisa Chocolate so rasa dia nak lebih kurang dengan McFlurry Oreo. Yang Nestum hari tu manis and rasa dia lain sikit sebab bukan choc. Kalau bandingkan mungkin mek akan lebih prefer Nestum. Gitu..


Korang dah rasa ke McFlurry KitKat ni? Dia ada siblings lain iaitu Party tapi mek tak try yang tu. Kalau sudi, boleh share dekat komen pendapat korang pasal McFlurry kali ni ❤



Sekian..


MyTown Mall - Mall yang Wajib Singgah Bila ke Kuala Lumpur

Salam alaikum uols..


Mek dalam setahun mungkin dua atau tiga kali jugak ler menjejakkan kaki di Kuala Lumpur (semenjak kahwen). Satu sebab adalah adik beradik spouse mek duk kat Putrajaya and Puchong, so pergi la melawat diaorang sometimes. Sambil tu of course la makan angin ke ibu kota. 


Kalau dulu pergi Putrajaya, mesti pergi Alamanda dan IOI. Time tu rasa kalau pergi IOI dah complete boleh cari barang yang mek nak. Sebab around 2015 tak meneroka lagi barang-barang IKEA ni *noob kan*. Bila pergi Puchong pun tak merendek sangat la mall kat sana. Kiranya all out kat IOI je.


Bila penghujung 2016, IKEA Cheras nak bukak, that time baru rasa bila pergi KL nak singgah IKEA. Yang Damansara pun mek jejak sekali je. Tu pun sebab that time pregnant-kan Amzar, terliur nak makan meatball IKEA. Gigih ler ipar duai bawak pergi IKEA Damansara. 


Bila 2017, dah beranakkan Amzar (around May) mek jejakkan kaki ke MyTown Mall, Cheras. Asalnya nak pergi IKEA je la. Tapi pusing-pusing jugak MyTown. Sekali terpandang outlet Laneige ! Memang excited habis la sebab biasa mek kirim je kat kawan kalau BB mek habis. Semenjak kejadian tu, mek simpulkan bila datang KL, tempat wajib adalah MyTown dan IKEA Cheras. Complete apa yang mek nak ada kat situ. 



Nak Christmas dah (awal Dis. 2017)


Mummy and Amzar


Amani and IKEA's Meatball


Biasa mek kalau pergi KL pun cari benda yang takde kat Kelantan je. Tapi sekarang pun kat Kelantan banyak dah barang yang ada jadi tak eager sangat nak memburu kat KL. Plus sekarang ni barang boleh order online. Lagi satu kalau pergi KL mek akan singgah mamak jugak. Kalau tak makan kat mamak, rasa tak pergi KL. Tak tahu la kenapa. Mungkin sebab Kelantan kedai mamak tu kurang *hahah*


Korang pulak kalau pergi KL, mana tempat yang korang rasa wajib pergi. Kalau tak pergi rasa tak complete. Nanti share ye ❤



Sekian..


Idea Untuk Membalas Bekas / Tupperware yang Jiran / Kawan Bagi

Salam alaikum to mek punya readers !


Oh well, hari ni baru ada masa nak update blog. Dah sendu blog ni haa. PV pun dah menurun, si Nuffnang and Sushivid pun dah tak nak say hello kat mek *sob sob* tapi tak pe, insyaAllah dengan kesempatan yang diberikan ni mek akan cuba sebaik mungkin untuk update blog dan BW.


Hari ni mek nak share dengan korang satu idea. Sure korang pernah terima bekas yang berisi daripada kawan / officemate / jiran dan seumpamanya, kan? Lepas dah habis makan, mesti nak pulangkan balik that bekas, betul tak? Biasanya korang letak apa?



Kek Buah Campuran Cintaku Padamu by Samudera


Mek ni bukannya banyak masa sangat nak buat kek *ekekek* (padahal tak pandai) so mek beli ajelah dekat supermart. Asalkan balas bekas kawan tu ada jugak something yang dia boleh makan. Kadang balas bekas kawan tak semestinya kena masak sendiri, atau beli makanan yang mahal - cukup tanda terima kasih kita kat kawan dan yang paling penting sama sama kongsi rezeki.


Korang ada idea lain lagi tak nak bagi apa untuk balas bekas jiran / kawan? Mind to share ❤



Sekian..


Sis Gee First Giveaway

Assalamulaikum sahabat blogger!


Fuhh, rasa macam tangan tak sempat nak taip entry sekarang ni. Ada ke yang rindukan tulisan mek, cerita mek, perkongsian mek? If ada, insyaAllah mek akan comeback soon. Musim Prestasi sekarang ni memang buat mek tak sempat untuk ketu keyboard berkongsi cerita dengan korang semua. BW pun yang mana sempat je. Harap korang boleh teruskan BW tu ye pasal dunia blog ni memang kena BW. Kalau tak macam syok sendiri je la korang menulis.

Untuk kesempatan BW, mek nak ajak korang kenal sorang blogger ni. Mek kenal Gee (pemilik domain : www.sisgee.com ) dari group #BloggerPantaiTimur . Memang peramah orangnya. Mek suka orang yang first time jumpa tapi dah ramah macam pernah kenal depan depan and macam dah kenal lama. Mek kureng sikit kalau orang yang macam takot takot nak cakap dengan mek pasal that moment akan buat mek jadi janggal. Okei cukup. Sekarang Gee ni ada buat GA. Syaratnya pun mudah jugak. Sambil korang kenal BW blog dia, boleh juga try nasib GA yang dianjurkan oleh saudari kita ni. Here the details for you :

Tarikh tamat    : 12 Dis. 2017 (Selasa)

Dah siap semua follow syarat yang ditetapkan, boleh la tinggalkan link korang kat komen Gee untuk generate nombor korang J Mane tahu last penyertaan ada luck lagi, kan? Yang penting dapat eratkan ukhwah blogger. Daripada tak kenal jadi kenal.

Dah join tu nanti boleh la BW peserta lain jugak J



Sekian…

Comeback Giveaway by Raydah Alhabsyi

Salam kepada sahabat blogger mek sekalian J


Agak terlewat dah jugak mek untuk join GA yang dianjurkan saudari Raydah Alhabsyi (pemilik domain www.raydahalhabsyi.com ). Sejujurnya mek pun tak kenal sangat rakan blogger kita ni (maaf sangat sangat pasal jarang BW la jadi tak kenal) tapi insyaAllah lepas ni mek akan lebih istiqamah dengan BW. Untuk 2018 ni, dah tukar stratergi untuk blogging.

Tanpa lengahkan tulisan mek ni, mek nak cerita serba sikit pasal this GA. Macam biasa, korang kena ikut semua syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur. Dan pemenang yang dicari akan dapat Organic Hair Removal by Norah. Mek pun tak pasti tapi mek rasa hadiah yang ditawarkan tu agak menarik minat sebab hadiah dia a bit different from others.

Due Date   : 20th Dec. 2017

So ada berapa minggu je lagi untuk GA ni. Mek terasa nak join sebab dia ajak personally untuk join this GA dan mek bet ramai lagi blogger yang dijemput secara personally oleh Raydah. Oleh itu mek sarankan korang jom la join GA dia. At least memeriahkan GA dia. Menang ke tak tu atas rezeki masing masing.

Semoga ukhwah sesama blogger ini dapat dijaga dengan baik, amin..



Sekian.. 


KFC Chizza

Salam kepada sahabat blogger mek sekalian J

KFZ Chizza ni dah dua minggu kot dipasaran. Time mek dapat tahu tu memang eager jugak lerr nak try siap cakap dengan spouse, nak drive thru KFC – kononnya sweet la nak try Chizza ni bersama spouse. Dan mana mek dapat tahu pasal kewujudan Chizza ni pun sama dengan korang – Facbook J

Mesti korang pun tengokkan dia punya iklan kemainnn superb – penuh kotak Chizza tu oii. Sumpah tempting. Antara blogger yang dah try Unnie Anje. Dia try sehari selepas mek dan korang boleh agak la kan kita orang punye ‘komen’ pasal Chizza.


Kotak Chizza yang dah macam Ads


Chizza yang urmmm – expectation fail

Ramai jugak yang mek tengok dalam komen Chizza tu macam tak berapa nak puas hati dengan persembahan KFC kali ini. Ilustrasi kemain penuh kotak bila dapat – yela, dada ayam mana la dagingnya bulat cam roti pizza. Itu memang faham tapi bior lerr time iklan tu lebih kurang jugak dia punya persembahan.

Korang dah try ke Chizza ni? Kalau dah, boleh ler komen kat bawah apa yang korang rasa J



Sekian..

DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA

Assalamulaikum sahabat blogger!


Tadi duk blogwalking kat blog Jun Zie, sekali terpandang entry GA daripada Nadia J Nadia pun antara sahabat blogger mek. Biasa mek akan tukar-tukar buku dengan dia. Nadia ni ada banyak jugak koleksi buku dan tudung Duck ! Kira Duckers la dia ni. Plus, dia memang jenis follow KL Fashion Week. Since bila tak pasti tapi yang sempat dengan mek 2016 and 2017.

Untuk support rakan blogger, mek nak join jugak GA yang dianjurkan oleh Nadia ni. Hadiah dia – Allah, mahall babe. Duck scarf and Planner. Terbayang kalau mek yang dapat Duck Scarf tu perghhhhhh J Jaga elok seeloknya sebab scarf tu mahal oiii ! So, ape lagi – Jom join GA ni :

Anjuran           : http://www.nadiaizzaty.com

Tarikh tamat     : 25 Dis. 2017 (Isnin)




Bila dah join tu jangan lupa letak link korang dekat komen ye. Takot nanti tak tersenarai, putus harapan nak memang hadiah. Sekali lagi mek nak pesan, join GA dengan nawaitu nak eratkan ukhwah sesame blogger. Menang tak menang itu nombor dua.

Jangan lupa join okeih. Kita tengok sape yang kena J



Sekian…

Info Dalam Gambar Untuk Kenangan

Assalamulaikum sahabat blogger!


Parenting hood ni memang buatkan kita sebagai mak-mak seronok bila tengok tumbesaran anak setiap bulan. Mek pulak memang jenis suka layan pinterest. Kalau sape yang layan pinterest memang tahu lah banyak giler gambor lawa-lawa. Pastuh omputeh ni every moment anak memang dia rakam. Salah satunya macam ni :


Ammar Amzar 8 months’ info

Kalau tengok kat pinterest tu pelbagai oi cara diaorang snap antaranya photoshoot kat luar, photoshoot dalam rumah pastuh background tu alahaiiiii, sejuk aje mata memandang. So mek pun terjebak la sama untuk buat gambar macam tu dekat Amzar. Amani dulu tak layan pinterest so mek takde kenangan macam ni. Just ingat ingat lupa je la apa yang Amani dah boleh buat time 8 bulan.


Amani dah setahun 11 bulan. Baru nak pandai main slide

InsyaAllah kalau masih diberi peluang, dapat la tengok anak-anak terus membesar. Dan dalam membesarkan anak-anak ni banyak cabarannya. Mek harap kita sebagai parents terus kuat dan ajar anak ikut landasan syariat yang betul. InsyaAllah J


Qoutes untuk lekat dalam hati

 Korang ada satu hobi untuk anak-anak tak? Macam ambik gambar anak first time main pasir ke. Yang macam benda tu boleh buat kenangan nanti dia besar. Kalau ada mohon share dekat komen ye. Mana tahu mek boleh terjebak sama J



Sekian…


Kenny Rogers Wednesday Promo as a Members Card Holder

Assalamulaikum sahabat blogger!


Sape yang suka makan Kenny Rogers? Makan dengan kuah black papper dia and ambik side dish macaroni cheese meleleh perghhh nyaman perut kalau dapat lunch macam tu. Dan sape jugak yang perasan sekarang ni Kenny Rogers memang tiap minggu aka nada promosi. Kalau follow FB dia memang akan hadap promosi Kenny Rogers je la. Macam mek J

Plus, mek ada group Kutu Makan Tengahari yang sepesen cari promosi untuk pergi lunch. Kadang bored dah makan dekat pasar and kedai belakang. So sekali seminggu memang nak jugak pergi jauh sikit daripada bank *tertakluk jika ketiadaan boss dan tidak sibuk dengan urusan pejabat*. Minggu lepas mek decide nak try Kenny Rogers yang Wednesday Promo plus Member Card Promo. Yang ni mek pinjam dengan orang je members kad tu. Kalau nak daftar ahli, rasa agak mahai sikit.


KR Members Card Special Deals on Wednesday


Model Makan Tak Hengat Pejabat


Banana Muffin – Paling win antara 3 Muffin yang diberi


Quarter Chicken with Black Papper Sauce, 3 side dishes (Baked Beans, Mashed Potato & Macaroni Cheese)
  
Terliur tak korang? Lain orang lain side dishesnya. Kalau mek, mek suka yang cam gini jela. Mek tak suka ambik nasi dia, entah kenapa. Mungkin sebab tak rasa western kot *mata ke atas*. Overall memang mek suka dan layan promosi KR. Tak pernah kecewa lagi dengan servis dan hidangan yang dia hidangkan. Tapi mek boleh layan western cam ni dengan geng kutu je. Spouse mek kureng sikit dengan western ni. Kalau dia mintak nak makan sini maknanya memang dia terliur sangat ler tu J

So korang kalau pergi KR, suka ambik side dishes apa? And korang suka tak layan promosi yang selalu naik kat wall FB korang? Nanti citer kat komen eyh.



Sekian…