Tamat Sudah 2016

Salam alaikum...


Berakhir sudah 2016 ! semestinya semua dah sedia dengan azam baru kan?


Bagi mek, setiap hari kita perlu ada azam baru. Azam tu ape yang kita nak, betul tak? Jadi setiap azam kena gaul dengan usaha dan doa baru kita dapat satisfaction tu :)



Untuk diamalkan setiap hari, selepas setiap doa. Semoga kita dapat petunjuk dalam apa yang kita usahakan.


So dengan nak masuknya tahun baru ni, mek takde letak harapan tinggi sangat. Semoga ape yang mek buat dipermudahkan semuanya. Biar lapang hati sentiasa dan setiap ibadah yang mek buat diterima.


Mek harap korang pun dipermudahkan segala urusan :)



Tahun baru sambut dengan penghantaran kalendar baru :) oh, korang yang masuk list mek pun akan dapat jugak. Tehee !


Selamat tahun baru 2017 !


Sekian..


Antara Ilmu, Pengalaman dan Disiplin

Salam alaikum...


Curi curi masa untuk update blog :) Sedikit perkongsian untuk renungan kita semua. Hope dapat membuka mata kita semua sebab mek tadi dalam bilik meeting pun bukak mata jugak la dengar ceramah free ni :)


Antara ilmu, pengalaman dan disiplin - mane satu jadi pilihan?


Masing masing jawab dengan justifikasi / pandangan sendiri. Katanya...


Ilmu itu penting, sebab tanpa ilmu mane mungkin manusia boleh lakukan sesuatu yang baru / anjakan paradigma. Lihat sahaja negara jepun, hari hari mencari ilmu yang baru untuk teknologi yang paling maju di dunia !


Katanya lagi...


Pengalaman jauh lebih bermakna daripada ilmu sebab ilmu itu teori. Pengalaman itu apa yang telah kita lalui. Mana mungkin seseorang belajar dari kesilapan jika tiada pengalaman kesalahan. Disebabkan itu, organisasi memilih orang yang punya pengalaman dalam pemilihan pekerja pada hari ini.


Hakikatnya...


Tanpa disiplin diri yang utuh, ilmu dan pengalaman itu sia sia. Tanpa disiplin, orang yang berilmu tiada pekerjaan yang tetap. Tanpa disiplin, pengalaman hanya memori semata mata bukan lagi teladan untuk diperbaiki. Lihat balik pada negara jepun. Didikan awalnya berasaskan disiplin bukan ilmu duniawi semata mata. Disebabkan itu negara mereka mempunyai modal insan yang utuh dan spiritual dalam sesuatu yang mereka usahakan. 


Berbalik kepada konteks islam yang mana satu masa dahulu, islam adalah peneraju dalam semua bidang / aspek. Kita ada Ibnu Sina untuk perubatan dan segala ilmuwan tersohor dari tanah arab. Disebabkan kerosakan akhlak masyarakat, semua itu tergadai dan di jilidkan menjadi hak asing.




Mencontohi teladan negara asing untuk kebaikan adalah tidak salah, namun lapik lah dengan kemasan agama Islam :)


Sekian...


Apa Nak Buat Bila Subuh?

Salam alaikum...


Hi korang ! Mek is double super busy --' Hujung tahun ni macam macam nak kena buat (rasenya dah banyak kali jugak mention pasal benda ni) tapi macam biasa jugak la alasan mek - dah namenya keje --'


Okei, ni random topik yang mek nak share. Sebelum tu nak mohon penangguhan blogwalking sehingga kerja selesai. Expected date siap kerja second week of January (maybe). Lepas tu mek nak start balik blogwalking :) Korang tunggu ye?


Waktu subuh, korang buat ape?


Jujurnya mek pun baru je 'layan' subuh ni. Biasanya tuntutan wajib tu buat dalam keadaan delay (30min selepas azan) Lately ni je mek bangun around 5.30 kira kira 15min sebelum masuk waktu subuh la. So ape mek buat?


1. Mek akan solat tak kisah la solat sunat atau solat isyak (hahahahha) tapi banyaknye solat isyak sebab kalau tak disebabkan yang wajib belum tertunai, confirmed liat nak bangun --' Tapi ni tak elok untuk diamalkan ye. Temporary untuk ajar diri bangun awal mungkin boleh la kot. Else, tergadai isyak tu --'


2. Baca yassin pagi pagi ni memang awesome wei ! Lagi lagi kalau baca yassin tu yang ade terjemahan mesti rase ape yang Allah sampaikan tu. Setakat ni mek bace yang ade terjemahan sekali so ade la input sikit daripada baca je tak tahu maksud :)


3. Solat subuh bila dah masuk waktu. Setakat ni mek belum rajin lagi untuk pegi masjid --' Tapi mek percaya, bila kita biasa nanti, mesti kita nak move kepada next step pulak :) So korang kita sama sama doa and amalkan ye ;)


4. Menabung di awal pagi (hahahhaah) Mek tahu ini pun salah satu idea mek yang kurang elok - same dengan no satu tadi. Ye la kan, pagi pagi dah pedulikan duit. Patutnya tak fikir lagi bab duit waktu subuh. Tapi, reason mek buat macam tu untuk boost up semangat menabung. At least seharian nak berbelanja pun dah tak risau sebab dah menabung awal awal lagi :) 


5. Tukar pampers anak lepas semalaman dah duk peram mihmihmih. Tapi kalau hari mek off, mek tak tukar sebab mek akan mandikan anak around 8am jadi no point untuk tukar waktu subuh tu. 


Itu je la kot yang mek buat aside dari bersiap siap untuk pergi kerja. Kalau off sambung tido balik. Breakfast pun mek buat lepas mandikan anak. 



Caught in camera that im veryyy busy ! Walaupun nampak pegang phone and whatsapp tu online tapi itu sebenarnya reply group kerja la tu --' 


Jadi, korang buat ape waktu subuh? 


Sekian...

Info : Dividen ASB 2016

Salam alaikum...


Semalam dah pun diumumkan berapa sen dividen bagi pemegang Amanah Saham Bumiputera bagi tahun 2016.




Jatuh daripada tahun lepas --'


Dengan pengisytiharan ni, pemegang saham boleh la pegi check dekat kaunter kaunter yang boleh buat urusan ASB pada hari Selasa 3 Januari 2017 nanti. Mesti ramai orang dekat pejabat pos :) Mek mungkin pegi update tunggu reda la kot. 


Jujurnya kalau orang yang deep dengan pelaburan, for sure ASB is not the good one for this year. Lebih kurang dengan fixed deposit jugak. Tu pun ade bank yang boleh offer lebih lagi profit. Bagi mek yang jenis pelaburan transit ni, untung la banyak mane pun, asalkan beranak modal mek. Hihi


Mek tunggu dua lagi pengisytiharan - Tabung Haji and KWSP. 


Agak agak tabung haji kekal / naik / turun tahun ni ?


Sekian..

Info : Tarikh Akhir ASB Sebelum Umum Dividen 2016 !

Salam alaikum...


Sorry korang, lambat pulak mek update pasal tajuk kat atas walhal dah tahu bulan lepas lagi --'




Esok dah last date oii !


Moh la kita tambah unit ASB ni ye moga moga dapat dividen yang memberansangkan untuk 2017 nanti :)


Pelaburan ASB boleh dibuat melalui kaunter Pejabat Pos / CIMB / Maybank tapi mek nak sarankan korang serbu pejabat pos je la pasal bank bank sekarang ni penuh dengan umat nak tukar kad --' #mohonbertabah


Hmmm, nanti mek cite pulak lain kali (bila berkesempatan) apa mek buat dengan hasil dividen asb :)


Korang buat ape dengan dividen asb?


Sekian..

A Day Before Deliver

Salam alaikum...


Its 18th Dec today ! Tarikh di mana sehari sebelum mek beranakkan Aimy Amani :)


Nak recap la sikit..


Tahun Lepas•


Waktu asar macam ni mek ade kat Pasir Pekan, lepas hantar mertua balik rumah tok untuk majlis kahwen besan dia esok. Memandangkan mek rase penat, mek mintak dengan spouse mek nak balik awal sebab nak berehat ;) Pendekkan cite, pukul 11 malam air ketuban pecah and bermula la kisah mek nak melahirkan Aimy Amani. Korang boleh baca kisah mek beranak kat entry Safely Delivered.


Tahun Ini•


Waktu Asar orang belanja minum petang :) dengan ade adik Amani dalam perut yang menemani


Korang minum petang ape je hari ni?


Sekian...

Beza Kau dan Aku

Salam alaikum...


Dua malam lepas, mek lupa cite ape yang mek tengok kat tibi tu tapi betul betul sentap bila dengar. Bukan sentap la macam terasa benar ape yang dia katakan tu. Dialognya berbunyi begini :


Ape beza kau dan aku? Aku dilahirkan dalam islam, sama seperti kau tapi yang membezakan aku dengan kau adalah ucapan syahadah. 


Mula mula tak paham lepas huraian tu baru paham.


Kita cakap dalam konteks islam lah ye. Yang tak islam tu memang beza dah dengan kita. Ucapan syahadah yang dia maksudkan itu dengan berapa kali kau solat dan istiqamah dengan kalimah syahadah itu


Ye kau sembahyang, tapi adakah benar kau istiqamah dengan syahadah itu?


Kau islam, tapi cukup ke ibadah kau seharian? 


Dan banyak lagi la. Tu baru sentuh bab syahadah. Tak sentuh lagi bab sedekah dan amalan lain --'




Ambik dari group whatsapp. Semoga bermanfaat untuk kita semua :)


Kaya atau miskin bukan satu perbezaan di mata allah, yang beza adalah macam di atas, syahadah.


Sekian..




Me-Time

Salam alaikum...


Sorry sangat sangat rakan taulan sekalian, mek belum berkesempatan untuk jenguk korang dekat blog masing masing --' masih ade tuntutan kerja yang perlu mek selesaikan. So, insyaAllah mek dah jot down sape yang mek akan lawati dalam masa terdekat ni. Semoga mek berjaya habiskan 19 blogger yang setia komen dekat mek punya entry :)


Entry lepas pun mek cakap pasal masa jugakkan. Entry kali ni pun mek nak ulas tentang masa jugak tapi lebih kepada masa privacy / masa untuk diri sendiri. Apa korang buat ketika me-time ni? 


Mek dapat me-time ni ketika hujung minggu je sebab sepanjang 5 hari bekerja, mengikut kehendak organisasi, mek tak cukup masa untuk me-time. Routine mek bermula dengan subuh seterusnya prepare pergi kerja (hantar anak, drive 40km) lepas tu habiskan masa untuk kerja sampai maghrib. Kadang untung lepas asar dah boleh balik kadang memang maghrib dekat ofis then baru balik. Sampai rumah dah isyak. Ambik anak, dinner rumah mertua and balik rumah. Time tu la baru nak ada me-time. Nak cuddle dengan anak pun takde mase --' 


Me-time mek ni hujung minggu je dapat tu pun kalau takde agenda lain. Kebanyakkannya ade agenda lain --' Lagi orang intefere lagi la tak boleh nak ber-me-time --'


Ape mek buat kalau dapat me-time?


Biasa mek nak spend masa dengan anak, nak masak untuk suami and nak merasa merehatkan diri di rumah sendiri. Kalau ade keperluan untuk hang-out dekat luar ok jugak cuma mek lebih selesa untuk habiskan masa jadi house-wife pada hari pertama. Kalau nak keluar pun, pilih hari kedua. 



Rase nak memberontak bila orang kacau me-time ni --' macam mane la nak bagi faham


So korang, korang cukup me-time tak?


Sekian..




Kuantiti Masa atau Kualiti Masa ?

Salam alaikum...


Hai kawan kawan blogger dan juga pembaca :) waaa, feeling bloggerista sangat ! 


Tak nak intro panjang panjang. Mane korang pentingkan, kualiti masa atau kuantiti masa?


Contoh paling senang nak tahu / detect korang ni group kuantiti atau kualiti adalah dengan - jadual tido korang :)


Serius, bila korang lebih pentingkan banyak tido daripada tido yang tidak melebihi 8jam sehari, maknenya korang ni group yang pentingkan kuantiti masa. Korang nak banyak masa untuk semua benda. Period yang pendek buat korang rase rimas and lemas :)


Kalau korang jenis yang memang tido cukup 8jam sehari je, memang korang ni antara yang mementingkan kualiti dalam setiap gerak kerja. Korang rase, masa yang lama adalah tidak perlu jika ianya betul betul digunakan dengan sebaik mungkin :)


Sama juga waktu kerja, kalau betul betul buat kerja selama 8jam, tak perlu overtime sebab masa yang selebihnya adalah hak keluarga, bukan lagi tuntutan kerja (ini adalah pandangan mek, terpulang pada alasan masing masing *jika perlu)



Waktu dating tak perlu kan 2jam, cukup 20 minit yang penuh terisi dengan kelapangan hati, kehiburan hati, kekenyangan perut *hahahah*


Btw, kfc yang baru tu, sedap la :) korang boleh try nanti :)


Sekian..

Bila Cuti Didustai

Salam alaikum...


Salam jumaat semua. Patutnya mek post this entry semalam. Tapi disebabkan kekangan masa, jadi mek pos hari ni. 


Tengok tajuk pun dah tahu mek tengah frustkan --' malas nak ulas panjang la bab ni. Korang ade pengalaman cuti didustai tak?



Everyday breakfast untuk jam 8.00pagi. Pukul 10pagi cari lain pulak :) gambar sekadar hiasan.


Stres stres ni terasa nak reward diri la pulak. Simpan buat raya cina aci tak yang ni? Ni pun gambar sekadar hiasan jugak.


Jom share korang punya story pulak dekat komen :)


Sekian..




Bahagia itu, Siapa Yang Cipta?

Salam alaikum...


Well, memandangkan cuaca dah kembali mendung hari ni so nampak gayanya ada harapan la nak makin meningkat mangsa pindah banjir. Kalau ikut hati, best jugak banjir ni dapat cuti bencana and tak payah kerja. Tapi ingatkan kerja yang melambak dekat pejabat, sehari tak keje dah rugi dah --' Bankers paham la kot kenapa hujung tahun macam ni cuti tak diperlukan lagi. 



Sape setuju dengan qoutes ni? 


Mek tak rase yang bahagia itu pilihan. Kenapa? Sebab mek rase walaupun kita memilih untuk bahagia sebenarnya kadang kadang kita tak bahagia pun. Surrounding tu mainkan peranan yang penting untuk tentukan kita gembira atau tidak selain daripada diri kita sendiri. 


Contoh : kena marah dengan pegawai kat tempat kerja. Memang kita boleh pilih untuk tidak hiraukan ataupun senang ignore je la tapi deep inside, affect jugak kita punya emosi tu. So, mane nak bahagianya? Kita dah cun cun happykan diri kita tapi disebabkan orang lain, emosi kita terganggu --' 





Disebabkan itu mek rase surrounding memainkan almost 80% untuk buat kita bahagia atau tak. 


Korang pulak cam mane?


Sekian...




Book Review : Travelog 7 Benua

Salam alaikum..


Salam disember uols, salam musim tengkujuh. Dekat Kelantan ni rata rata sungai dah penuh and tunggu masa nak melimpah ke darat je. Kuih putu halba pun dah banyak orang jual kat tepi jalan. Main dishes untuk minum petang sekarang (bagi negeri kelantan) adalah putu halba (kot) *hahahhaha*


Saje bagi intro keadaan semasa untuk korang :) takot tepu sangat tengok persidangan *hihi*


Seminggu yang lalu, mek dah habeskan Travelog 7 Benua yang mek beli time #cybersale hari tu. Mek mengaku, memang buku ni mengambil masa yang lama untuk mek habiskan. Salah satu sebab mungkin kekangan masa *hahahhahah tipu* --' mungkin sebab tak menarik jiwa mek la kot sebab tu tendency untuk baca tu bile betol betol boring je. 


Jujurnya mek bukan jenis baca dua buku dalam satu masa tapi entah kali ni memang extra baca novel sebab nak tarik feel tu supaya dapat habiskan --' 



Habis jua ketika buat OGTT minggu lepas --'


Seronok tu seronok tengok gambar dia orang pegi travel tapi bagi mek untuk buat buku setakat nak tulis macam masuk diary, takde yang extraordinary pun, tak payah masuk buku pun takpe. Sies, bace entry blogger yang suka travel (you know who you are) lagi interesting compare to this book. 


Kalau korang dalam pertimbangan nak beli, hmmmmm, beli je lah buat koleksi. Bace sendiri. Mungkin idea korang lain dengan mek punya pandangan. Sebab manusia kan rambut sama hitam, hati lain lain --'



Nah selpiaq, tak nak bagi korang boring bace entry mek ni. 


Sekian...