Hand-made Shawl by KALORSURI

Salam alaikum...


Wahh tajuk. Mesti korang dah dapat gambaran yang entry kali ni mek nak promo shawl kan?


Kawan mek ni haa dia jual shawl so mek tolong la jualkan. Sebab dia buat sekarang ni pasaran dalam Kelantan je kut. Dalam FB pun kawan kawan dia. Memandangkan mek ade kawan blogger yang super awesome dari serata tanah air, jadi mek nak promo :) *love you all*


Warning : This entry may contains 13 pictures which may take a little time to load, so be brave and calm, keep reading :)


Sebelum mek load gambar, ade eloknya mek bagitahu korang material for this shawl, its a Heavy Chiffon. Heavy Chiffon ni kan jenis kain yang susah sikit nak berkedut. So dengan bangganya dapat la jimat letrik and tenaga untuk iron shawl :) *wehuu* Memandangkan shawl ni hand-made, jadi setiap corak adalah berbeza. Satu corak satu warna :) Memang kalau pakai takkan ade yang serupa la maknanya.




Code : Purple Pink Sparkle


Code : Baby Blue Purple


Code : Greeny Green Forest
SORRY, SOLD!


Code : Sweet Peach Purple
SORRY, SOLD!


Code : Lavendar Blue Sky
SORRY, SOLD!


Code : Insecure Dark Purple


Code : Emerald Green Army


Code : White Khaki Weekend
SORRY, SOLD !


Code : Red Heart Love


Code : Vietnamese Red Brick


Code : Rino Sweet Lavendar


Code : Melting Peach Purple
SORRY, SOLD!


Code : Bluewish White Squirrel



Untuk price dia pulak, untuk rakan blogger mek yang dikasihi dan disayangi, promo price will be only RM 55 include postage :) Haa, kalau kat sini dia jual RM 50 sehelai tapi tak de postage. Tahukan pos laju dah naik harga sekarang ni? So, tambah another RM 5 untuk postage. Murah giler dah tuuu. Mane nak dapat sayang sayang oii :)


Any inquiries / order korang boleh contact mek dekat emel ayunieramli@gmail.com or korang boleh drop emel korang dekat entry mek ni, and mek akan get you back in blink of eyes :) *serius* Kalau korang nak drop phone number pun ok, but its your own risk dear :) Takot ade peminat ke duk usha, dapat nombor phone, berkenalan, pastuh mek pulak dapat kad jemputan *eyh*


So, sila pilih ye. Tidak terhad untuk wanita sahaja. Untuk lelaki beli hadiah untuk bini / girlfriend pun boleh. Sesungguhnya membelanjakan duit untuk isteri akan membuatkan rumahtangga mu lebih bahagia :)


SORRY DEAR, WE ARE CLOSED :(


Sekian...

PENCARIAN BLOGLIST NOVEMBER BY AISYHAH NYAIS

Salam alaikum...


Fuuhh, entry ni memang lame sangat diperamnya. Dah lame kene tag tapi baru hari ni nak buat --' Last date ESOK (28/10/2016) !


Make it short, blogger Aisyah Nyais ni dia nak cari rakan rakan blogger untuk diletakkan dalam blogist blog dia :) Orang tengah offer ni, meh la grab peluang ni !





Syarat syarat pun mudah sangat :


1. Follow blog Aisyah Nyais - apple-crunchh.blogspot.my
2. Letak banner dalam blog / entry korang
3. Tinggalkan link entry yang korang dah buat ni kat ruangan komen blog Aisyah Nyais
4. Tag 3orang rakan blogger



Senang je kan? So, jom buat sekarang. Esok dah last date :) Mane nak tahu rezeki hujung hujung kuku dan tanduk tapi dapat pisang emas di bawa belayar *eyh*



Mek nak tag 3 kawan blogger mek :

1. Mommy Cici
2. Atie Yusof
3. Arz Moha 


Sekian..

3rd Course : TAKLIMAT KEMASUKAN DATA

Salam alaikum...


Holla ! Nampak tak mood happy sebab baru lepas balik dari kursus ? Tak tahu komitmen duk tengah tunggu kat depan tuu --'


So, last week mek pergi kursus dekat Bangi. Kursus tahunan je ni. Macam 2 tahun lepas. Tahun lepas tak pegi sebab sarat preg :) Tahun ni walaupun preg, tapi masih awal lagi and still boleh handle lagi untuk benda ni. 


Tak nak cite panjang, just nak bagitahu kursus ni sehari je pon. Dari putrajaya mek drive sendiri pegi Bangi. 15 minit je rupanya. Mek pegi keje hari hari pun dah 45 minit, so 15 minit rase cepat sangat :) 


Kursus kali ni dapat jumpa semua kecuali ziana and kak ros sebab dua dua alahan teruk preg. Nampak tak ramai geng kita orang preg tahun ni. Tahun depan pakat cuti :) 


Mula mula sampai jumpa dengan nurul dari kl. Lepas tu masuk breakfast jumpa semua orang dah :) rinduuuu dekat semua sebab last seen dekat Melaka hari tu. Kelas start 8.30pg and bla bla bla penerangan :) Yang bagi talk tu pun mek teringin jugak nak jumpa ;)




Dah siap lunch masuk bilik untuk solat and rehat. Sebelum turun haruslah ade kenangan :) tapi dalam ni nurul and rina tak de --' dia orang pegi masuk bilik lain :(




Barisan yang akan mulakan misi pada November ini. Semoga semuanya dipermudahkan, siap on track :)




Till we meet again semua :) 


Sekian..



Usahawan Cilik : Si Blogger Kampung

Salam alaikum...


Book review pulak mek nak cakap kali ni.


Buku ni mek beli time #cybersale hari tu dekat #BookCafe :) Terima kasih kepada Nadia, Siqah and Hani sebab duk sarankan mek untuk membeli di bookcafe. Korang memang awesome !



Mek start dengan sinopsis ye. Main character dia nama Haeqal, seorang budak lelaki yang bayanya remaja, seorang blogger dari Kuala Lumpur, berhijrah ke Melaka sebab ayah dia kena transfer ke sana. Haeqal duk dengan nenek dia di sebuah kampung yang sudah lama 'dingin' dengan kunjungan pelancong disebabkan tiada tarikan. Jadi, macam mana Haeqal berusaha untuk 'hangatkan' kembali suasana kampung dia dengan medium blog yang dia ada. Berjaya ke dia untuk pujuk orang kampung untuk ikut serta dengan buah fikiran dia tu. So, kena baca :)





Pandai tak mek buat sinopsis dia? Cakap je la pandai. Bukan susah pon. Ok, bagi mek cerita ni boleh imbau kembali zaman blogger dulu dulu dalam tahun 2000 gitu. Mek start ade blog around form three so 2007. Memang time tu blog dah ade tapi ofcourse features dia lain dari sekarang :) Dalam novel tu ade gambar blog yang lame. Cara nak save, nak buat entry baru. Dashboard yang oldschool :) Waahh, kalau korang blogger yang start blogging around year tu, korang akan rase lah :) Tapi kalau bukan sekalipun korang boleh tengok features dulu dulu. Button save besar. Semua button besar *hihi*


Kalau korang berminat nak bace buku ni, boleh bagitahu mek, nanti mek pinjamkan untuk korang. Kalau nak beli pun ok, tak de masalah dan tak rugi pun. Buku ni boleh dikategorikan light reading sebab tak kena pikir ape ape. Bace je :)


Macam biasa, kalau nak pinjam, tinggal emel korang dekat komen or emel mek terus dekat ayunieramli@gmail.com


Sekian..

SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO

Salam alaikum..


Fuuhh, larikk kejap dari buat data --' serius mengantok ! Tapi nak buat cam mane, dah tugaskan. So kena buat jugak data ni sebelum next post-mortem :)


Lupakan ape yang mek cakap di atas. So korang pe habaq semua? Okei naa harapnya. Entry dekat atas ni korang mesti dah tahu yang mek nak join segmen :) 


Rakan blogger mek namenya Wani dari galeriduniaku.blogspot.com anjurkan segmen ni. So meh la kita support sesame rakan blogger kita :) Di samping kita menambah bilangan follower DAN menambahkan diri dalam blog orang lain (follow back).





Antara syarat yang korang kene follow adalah :


1. Mesti seorang blogger

2. Follow blog ini dan Google +

3. Buat tajuk entri SEGMEN BLOGLIST BY BLOG WANI SUKARNO

4.copy banner di atas dan backlink kan entri dan tinggalkan komen di ruangan entri ini sahaja


Walaweh ! Senang je :) Jadi apa tunggu lagi, join sekarang okei :)


Sekian..



Segmen Ucing Nak Bloglist

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/10/segmen-ucing-nak-bloglist.html

Segmen Ucing Nak Bloglist.

Hi Blogger.Melihat Banyak Blogger yang membuat Segmen Bloglist pada kali ini jadi Ucing pun nak buat Segmen ini juga.Segmen ini adalah mudah Semua yang Join Segmen ini akan Saya masukkan dalam Bloglist Blog Ucing.

Syarat syarat nya adalah mudah.:

1) Masukkan "  http://ucingkadayan.blogspot.com  " dalam Bloglist Anda dengan Nama Ucing Kadayan.
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Bloglist "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

Itu Je...mudah kan (^_^) Tag Rakan Anda .Segmen Tamat 28-10-2016.

The Lost World by Helmi Effendy

Salam alaikum...


Book review tahun 2014 time mula mula masuk keje :)


Cerita ni tajuk memang orang putih tapi penulisan dalam bahasa melayu, jangan panik :)


Mek boleh terjebak dengan novel bila ade dinner, so kita orang mintak sponsorship daripada kedai buku, jadi buku ni sample and untuk di let go dah. Bila mek terima, dalam banyak banyak buku, mek pilih yang ni. Sebab mek tertarik dengan sinopsis kulit belakang novel ni. Cara dia tulis macam nak sama dengan MH370. Tapi setahu mek buku ni diterbitkan tahun tak tahu tapi cetakan kedua, 2014. So maknanya awal lagi la dia punya publish.


Picture credit to Buku Prima. Sinopsis dia tentang sekumpulan rakan yang nak pegi mane entah, naik pesawat and berlepas. Lepas sejam macam tu la dia orang punya penerbangan, tetiba flight dia orang tu mengalami kegagalan lalu menjunam and jatuh kat sebuah pulau yang tiada penghuni tapi ade penghuni di zaman purba ! Boleh agak tak ape? Mek bagi hint, ianya datang daripada sejenis binatang.  


Macam macam jadi dekat dia orang time kat pulau tu. Tetiba ade sorang ni muncul mengaku yang dia ni datang dari masa depan pulak. Tapi at the end of the story, tahulah sape mamat tu.








Cite ni kalau orang minat cite Ramlee tu memang feeling lah bace. Tebal novel pun boleh tahan jugak la.


Nipis nipis MH370 la mek bayangkan bila baca buku ni. Memang lepas satu page satu page bacanya sebab nak tahu apa yang terjadi. Mek berjaya habiskan novel ni dalam masa tiga hari sebab syok sangat :)


Untuk korang yang berminat nak baca buku ni, korang boleh pinjam dengan mek or visit bookstore yang berdekatan. Ataupun korang boleh pegi penulisan2u.my/tag/the-lost-world/   tapi kat sini cite dia tak full sampai habis la. Kalau nak pinjam dengan mek, emel je dekat ayunieramli@gmail.com or letak je emel korang dekat komen, nanti mek akan mesej korang :)


Sekian...

PEMENANG OKTOBER BLOGLIST FATINAMDZFR

Salam alaikum..


Janji yang ni tak panjang sangat dah just nak buat penghargaan kepada yang menganjur :)


Mek join this segmen sebab ditag oleh rakan blogger mek Kak Kin dan Siqah. Plus berkat doa Kak Noor, alhamdulillah mek terpilih untuk untuk diletakkan dalam bloglist Fatina atau nama sebenar Fatin :)



:)




Selamat menapak QueenBee untuk sebulan di blog Fatina :)



Alhamdulillah rezeki Oktober 2016. Korang jangan keberatan eyh untuk follow blog fatin sebab dia suka baca buku. Macam macam review buku dah sampai mek pun dah tulis buku yang nak kena baca :) Membacakan jambatan ilmu, haaa lupe la tu.


Sekian...



10 THINGS I CAN'T LIVE WITHOUT

Salam alaikum..


Rajin tak mek hari ni update blog? Mih mih, sesekali dapat topik ni baik jangan diperam lame lame takot nanti jadi pekasam, lalu dicurah ke tanah ^^


Mek dapat tajuk ni daripada rakan blogger mek Fatina - fatinamdzfr.blogspot.my


Tanpa memanjangkan baris ayat, jom kita tengok ape yang mek tak boleh live without :


1. Family :)

Makhluk yang paling dekat dengan kita walaupun hari hari berjauhan. Sape je yang boleh hidup tanpa family sebenarnya. Busuk ke wangi ke family kita mesti kita tak boleh hidup tanpa mereka. Lagi lagi kalau sekarang ni dah ade anak, mesti la tak boleh hidup tanpa anak. Pernah mek terfikir what if kalau mek punya spouse pergi dulu dalam waktu terdekat ni. Mula mula fikir rase boleh je hidup, ape pulak tak boleh. Tapi try dia kena pergi kursus tinggal mek dan anak je. Haru jugak duk menanggung sorang sorang --'


Declaration made, cant live without them :)

2. Work

Pergghhh. Sape yang mengikut serta seperti mek yang tak boleh hidup tanpa kerja ? Sies korang, lepas balik dari kursus hari tu, mek lagi terasa 'tak boleh hidup tak de kerja'. Tak boleh hidup tanpa kerja ni bukanlah bermaksud workaholic tu tapi tak boleh hidup tanpa ada komitmen kerja. Alah, senangnya nak ade satu kerja yang berpendapatan :) Dengan ekonominya yang tinggi tinggi Gunung Everest, Gunung Mat Cincang, Gunung Stong, Gunung Kinabalu --' 


Love you, teal :)


3. Kereta

Ini pun pernah dulu kehilangan sekali --' terasa sangat tak boleh nak gerak pergi mane mane tu. Jadi, kena masuk list jugak yang mek tak boleh kalau tak de kereta.

4. Handphone

Ini normal kut untuk semua orang sekarang. Sebab tak de phone macam mane nak komunikasi. Jadi salah satu antara yang penting kena ade :)

5. Savings

Yang ni memang penting ! Allahu, kalau check buku savings tengok makin menyusut tu, dah start menggelabah dah. Biasa dengar tak untuk ekonomi sekarang at least kita kena ade 6 bulan gaji punya savings? Itu memang betul. Itu untuk emergancy used contohnya kalau kita tetiba hilang kerja, hilang keupayaan dah. So at least ade 6 bulan untuk back up diri tanpa berkerja. Mek sekarang dengan savings yang ade mungkin boleh bertahan dengan 2 bulan je kot --' so kena gigih lagi untuk teruskan menyimpan.

6. Kosong


7. Kosong


8. Kosong


9. Kosong


10. Kosong



Itu je dulu buat masa sekarang ni. InsyaAllah kalau ade mungkin mek buat entry lain pulak ye. Kalau ade suggestion, boleh je drop dekat komen bawah or contact mek personally at ayunieramli@gmail.com


Sekian..



Giveaway by Rafyydah

Salam alaikum...


Pe habaq semuanya? Tetiba cakap utagha ni pasai pa tak tau la cheq tapi hgpa baca la naa :)


Mek dah kena tag dengan adik mastura - masturanasarudin.blogspot.my untuk join this giveaway. Jadi untuk memeriahkan lagi GA ni dan untuk menambah lagi rakan taulan blogger, mek join this GA  ..




GA ni macam GA lain jugak, terbuka kepada semua blogger tanpa mengira batasan umor ^^ dan wajib lah follow blog rafyydah dan follow ig dia sekali :) kalau takdak tu, takpe la kot. So hadihanya sorang je yang dapat (Topup/Reload RM50). Kiranya amat bertuah bagi sesape yg memenangi hadiah tersebut :) Kalau dapat dekat mek pun kira alhamdulillah :) RM50 untuk reload tu memang lebam la korang dapat data and panas cuping jugak la nak habiskan. Tapi nasihat mek, guna dengan hemat.


Kali ni mek nak tag rakan blogger mek yang bernama seperti di bawah :

  • Siqah Hussin
  • Shikin Razali
  • Abam Kie

Tinggal lebih kurang dua minggu dari tarikh closing, jadi jangan lengah lengah lagi ok. Mane tahu rezeki korang untuk dapat hadiah tu selain dapat rakan blogger baru :)


Sekian..




Top Commenter for August 2016 @ ciklapunyabelog.blogspot.my

Salam alaikum ...


Walaupun dah update pagi tadi pasal buku, petang ni nak update pasal tajuk di atas pulak :)


Seperti yang mek selalu cakap, mek suka baca entry rakan blogger mek dengan tinggal jejak sekali. Sebab mek percaya dengan komen positif, kata kata yang baik boleh jadi blogger tu semakin bersemangat untuk update blog :) Dan juga mek tak lupa yang blogger Hasif pernah bagitahu tentang the power of comments yang mane sedikit sebanyak menjadi penyumbang untuk trafik blog kita :)


So clear haaa why mek suka komen komen dekat blog korang. Tak nak dengar eyh mek kejor glamour asyik duk komen dan jadi top komentor. Dan mek juga bukan berharap setiap blog yang mek komen tu bagi penghargaan kepada top komentor. Kalau ade, ok mek terima. Kalau tak de sekalipon mek takkan berhenti komen blog korang kecuali quota internet mek habes --'





:)


Terima kasih cikla sebab bagi mek penghargaan ni :) InsyaAllah mek doakan cikla makin dimurahkan rezeki dan tenang hati, Aminn..


Sekian..


Coklat Tarbiah 2016 by Aiman Banna

Salam alaikum..


Dah 5 hari dalam Oktober, anything change since Muharam hari tu? Mek fizikal dah berubah. Naik 6kg --'

So, hari ni nak share pasal Coklat Tarbiah by Aiman Banna. Mek pinjam buku ni daripada rakan blogger - Nadiah Izzaty yang mana korang boleh follow cerita, dengar sharing dia dekat nadiaizzaty.com :)


Buku ni tak same dengan buku Pelukis Jalanan by Teme Abdullah hari tu. Coklat Tarbiah ni isi kandungannya padat dengan ayat ayat yang boleh buat kita jadi sentap. Sentap dari segi ape? Sentap dari segi pergaulan seharian kita. Benda yang nampak remeh pada kita berlaku seharian, berlaku sekeliling tapi sebenarnya impak tu besar di akhirat nanti. Haaaa, paham dak cam mane rase bila bace buku ni?


Mek rase ape bila dah baca buku ni? 


To be honest, mek rase pergaulan mek sekarang ni kena lebih berhati hati. Sebelum ni rase ok je kawan kawan dengan ajnabi sebab tak timbul rase lain pon tapi sebenarnya tanpa sedar kita sendiri yang mulakan bibit ke arah tidak elok. Contohnya kita bercakap dengan ajnabi, niatnya bergurau dan senang cite omputeh cakap No-Heart-Feeling tapi lidah babe --' Niat hati lain, cakap lain, buat lain --' Itu bab lidah.


Belum masuk bab penghargaan, pemberian. Pun same, hati cakap lain, mulut cakap lain, tangan buat lain --' Duk sembang ikhlas tu sebenarnya ikhlas ke tak kita ni? Masing-masing tahu diri sendiri.


Cuma hidup kita ni, biar yang manis manis je. Manis manis buah gitu. Cam mek cakap haritu dalam entry circle mek. Kita wangi wangi je, yang busuk busuk tak yah duk dalam circle kita pon takpe :) 



Lulus tak mek punya flatlay?


So, korang boleh cari buku ni dekat MPH ataupun boleh deal dengan Nadia, kut kut nak pinjam ke. Mih Mih :) Rasenya berbaloi kalau ade satu kat rumah buku ni. Bila jiwa kacau, elok bace buku ni untuk boost-up motivation diri sendiri :) aside daripada baca Quran of course :)


Sekian..

October Bloglist Segment by FatinaMdzfr

Salam alaikum...


Salam maal hijrah, salam oktober :) Dah berhijrah ke oii? Honestly mek some part dah, some part tak boleh move on lagi --' Okei, bukan nak bebel pasal hijrah sebab masing masing dah tahukan kena hijrah untuk dapatkan yang terbaik *wah gitu*

Sebelum mek buat entry awal muharam, mek nak selesaikan segmen ni dulu. So, mek ditag oleh kawan blogger mek, mula mula Kak Kin from starlavendarluna.blogspot.my lepas tu ditag oleh kawan blogger jugak Siqah Hussin from siqahiqa.com :)

Honestly mek pun baru follow blogger fatina ni. Mek tak kenal sangat lagi la maksudnya tapi tak pe, demi menyokong perjuangan blogger, mek join dengan penuh harapan supaya lagi ramai yang join :)

Rules untuk join segmen ni lebih kurang dengan segmen segmen lain jugak, wajib follow blog fatina ni - fatinamdzfr.blogspot.my lepas tu kene tag dua rakan blogger. Hmmm, nak tag sape pulak kali ni ..

So nak tag : Wani Sukarno dari galeriduniaku.blogspot.my dan juga Nadiah Izzaty dari nadiaizzaty.com :)

Contest ni tutup 08 Oktober 2016 ni dah. Berbaki lagi 5 hari, mohon join jugak ye mane yang tak ditag tu ye :)





Selamat bersegmen :)

Sekian..