Menang Disney the Lion Guard by Namee Roslan

Salam alaikum...


Dah lame tunggu nak update pasal entry ni. Jadi kebetulan hadiah dah sampai so nak bagitahu lah, hihi :) *gedik*


Bulan Jun 2016 hari tu mek ade la komen dekat entry Namee Roslan.

 

Kan mek suka drop komen untuk single entry yang mek bace. So dalam entry ni Namee cerita pasal Disney The Lion Guard. Sambungan daripada cerita The Lion King dulu dulu tu. Cuma The Lion Guard ni cerita pasal anak Simba dah. 

Dulu punya suka dekat The Lion King, ade sekor kucing mek name Simba, warna oren. Tapi mati dah tak sempat besar, tak sempat nak sambung generasi --'

Jadi end of entry, Namee tanya soalan dan soalannya berbunyi :


Yang pemenang tu dia update after contest tutup dah.


Dan mek, of course la jawab soalan ni dengan tenang. Nak tengok mek jawab ape?


Yela, memang betul menangis time tengok bapak Simba tu mati sebab nak selamatkan dia. Pastuh sedih bile time ayah dia muncul dari langit bagitahu dia supaya balik ke kawasan dia balik. Kan papa mek tak de time mek budak lagi. So kiranya paham la perasaan Simba tu. 

Dan alhamdulillah, setelah menyelami sekian lame cerita ni, mek menang lah sekor anak Simba yang diberi nama Kion :)



Selamat datang Kion, sebab awak pun akan jadi kawan dengan anak saya :)

Rezeki Aimy Amani :)

Dikesempatan ni nak ucap terima kasih kat Namee sebab pilih mek untuk menang Kion. Team Nuffnang, thanks jugak sebab sudi pos Kion dekat mek specially YY yang sudi la nak layan emel mek sebab sebenarnya kena fetch Kion ni di pejabat tapi atas faktor jauh, mek mintak YY poskan aje. Jasa mu dikenang :)

Sekian...



September Photo a Day - Day 10

Salam alaikum..

Baru masuk no 10 :)

Topik untuk hari ini will be :


Black + white :)


Mek ade satu source black + white. And here it is :)


2012

Time muda muda dulu. Zaman masih lagi kerempeng lempeng. Kononnya sweet la ni ambik gambar macam ni --'

Tag 'Jangan Pernah Berubah' tu sebenarnya lagu. ST12 yang nyanyi. Korang mesti tahukan lagu ni cam mane. Ke nak suruh mek share lirik jugak?


Biarkan waktu teruslah berputarMencintai kamu penuh rasa sabarMeski sakit hati ini kau tinggalkanKu ikhlas ‘tuk bertahan

Cintaku padamu begitu besarNamun kau tak pernah bisa merasakanMeski sakit hati ini kau tinggalkanKu ikhlas ‘tuk bertahan


Kau meninggalkanku tanpa perasaanHingga ku jatuhkan airmataKekecewaan ku sungguh tak berarahBiarkan ku harus bertahan


Jangan pernah kau coba untuk berubahTak relakan yang indah hilanglah sudahJangan pernah kau coba untuk berubahTak relakan yang indah hilanglah sudah


Jangan pernah kau coba untuk berubahKu relakan yang indah dalam hatinya
credit to : kapanlagi.com

Lebih kurang lagu Cinta dan Benci by Geisha la ni. Haihh, penuh komplikasi zaman bercinta --'
So, korang ade gambar black and white? Jom share dekat entry masing masing :) 
Sekian..




September Photo a Day - Day 9

Salam alaikum..

Fuuhhh, lega rasenya baru siapkan kerja dan my boss away :) jadi ade la sedikit mase untuk diluangkan dekat blog ni ha. 

Hari ni nak cerita pasal :


Circle :)


Circle biasanya orang paham bulat lah. Kalau tak pun orang paham bulatan, ataupun putaran. Itu circle dalam bahasa melayu. 

Dulu dulu kan (rasenya majoriti join camping skolah) kalau time camping mesti kita ade satu sesi yang cam motivational punya session. Pastuh duk dalam bulatan. Kalau dengar yang sedih menangis. Kalau dengar yang lawak, ketawa hahahahah la kan. Pastuh last nak dismiss bulatan, nyanyi :) Paling top lagu Brothers- Teman Sejati.

Kenapa kena duduk dalam bulatan? Kenapa tak beratur je? 

Makin lame hidup, makin paham kenapa kena duduk dalam bulatan. Boleh teka tak kenapa?

Duduk dalam bulatan, kita nampak semua yang ade sekeliling kita. Kita nampak surrounding. Kalau masuk dalam bulatan tu pun, jumpa orang same saja. Kecuali memang kita dah tinggalkan bulatan tu.

Same goes dengan kehidupan kita, tempat kerja, kejiranan, keluarga, keluarga spouse. Itu bulatan kita. Nak tak nak mesti jumpa jugak nanti. Walaupun kadang tak berurusan pon. Tapi mesti ade satu mase kita akan jumpa dia. Sebab tu la orang dalam bulatan kita ni, kita tak boleh nak buat gaduh. Tak boleh nak menyombong. Tak boleh nak feeling hidup lone ranger. 

Kecuali korang dah buang dia dari bulatan korang. hihi. Mek lettew. 

Tak kesah la orang dalam bulatan kita tu cam mane sekalipon, maksud mek pangkat dia ke, harta dia ke - sebab benda tu semua tak diambil kira pon. Ke dulu time camping, memang anak doktor tak sit down same same dengan anak penoreh getah? Ade ke cikgu buat class cam tu? Kalau ade bagitahu mek. Padiapa punya pendidik kalau buat macam tu.

Hormat tetap hormat. Itu tak boleh nak pertikaikan sebab 'yang tua dihormati, yang muda disayangi' :) Salah ataupun tidak, when it comes to work / family / friends and etc, kena hormat. Dia nak biadap dia punya pasal. Yang busuk tu dia, biar dia busuk. Kita wangi wangi je ok :)



Yang cerita kawan mek tu, memang dah buang dia dari bulatan :) sebab tu tak hormat dah dekat dia :)

Be professional, smart, and knowledgeable peeps :)

Sekian..  


September Photo a Day - Day 8

Salam alaikum...

Baru no lapan ni haa. Bertabah la semua --'



Reading :)

Mek membaca ni takde la gemar tapi kalau macam ade review buku bagus bagus mek teringin jugak nak bace. Kiranya mek ni senang terpengaruh la dengan penulisan bloger bloger semua. Contohnya macam buku irine nadia tu - Cerita dan Cinta. Mek gigih cari time pegi kl ritu. Tapi takde. Pastuh ingat nak beli online tapi spouse pulak kate tak payah. Jadi tunggu pegi kl lagi baru dapat kot. 

 Cerita dan Cinta by Irine Nadia :)

Same jugak dengan buku Diagnosis by Fatin Liyana. Pun mek beli jugak. Tapi buku ni senang nak dapat sebab ade je jual dekat kelantan. So hari tu pegi tesco beli lah satu bawak balik. Ade je lagi keluaran buku dia orang ni mek tak beli, baru masuk wishlist antaranya 365, Apokalips, Diagnosis 2.


Apokalips :)


365 :)


Yang buku Teme - Pelukis Jalanan tu pun mek terpengaruh dengan Siqah, kawan bloger kita. Buku tu macam motivated tapi dalam bentuk cerita. Mek suka buku macam tu. Dalam kita duk tahu ape cerita dia tapi dapat pengajaran. 

Zaman sekolah dulu pun mek suka bace buku novel yang Ain Maisarah - Impiana, Aku Mahu ke New York dan mek ade semua koleksi untuk novel ni. Novel ain ni kan jenis berantai daripada zaman novel - Aku Mahu Buli si mimi monira badak air tu :) time sekolah kawan kawan mek layan novel cinta cinta. Biasa novel Anis Ayuni yang cerita Manisnya Cinta. Paling letop sampai buku lebam Bicara Hati - Damya Hanna. Ade jugak yang layan Ramli Awang Mursyid dan mek antaranya tapi group kami tak seramai Bicara Hati laaa. Sape bace dia tahu la kenapa remaja suka novel tu. Hihi..

Tapi korang perasan tak yang tak semestinya novel atau buku je baru boleh jadi bahan bacaan. Entry mek ni pun kira bahan bacaan. Entry korang pun bahan bacaan. Dan bace ni boleh luaskan knowledge kita. Kalau sape yang berlagak keldai tak nak bace blog orang kononnya tak setaraf dengan dia, memang patut la dia dilabel berlagak. Ape pon tulisan orang, hormat dan bace sahaja. Tak setuju jangan ikut, setuju boleh amalkan. Jangan nak pandai pandai nak labelkan dia tak boleh geng yang ni boleh geng. Kita semua same je. Menulis nak suruh orang bace. Kan?

Dan juga jangan lupa bace quran selalu sebab itu penerang hati. Mek pun tengah usaha untuk bace hari hari. Betul orang cakap nak istiqamah ni susah --'

Dikesempatan ini mek nak announce jugak untuk sape sape nak pinjam buku yang tersenarai di atas *yang mek ade* boleh email mek ayunieramli@gmail.com nanti kita buat kira kira kat sane :) 

Gambar semua credit to google.com



Sekian...




September Photo a Day - Day 7

Salam alaikum...

Still got 11days variance --'

Here we go :


The Little Things :)

Amenda the little things ni? So mek google then mek found this quote :





So true, agreed. Perasan tak kita selalu anggap benda kecil tu macam tak bernilai kira macam take for granted laa. Paham tak? Mudahnya, kita tak peduli sangat dengan the little things contoh : mase dengan ibu bapa / anak / spouse

Kenapa kita rase tak hargai waktu dia orang ade dengan kita? Sebab kita rase kita akan ada banyakkkkkk masa lagi dengan dia orang. Contohnya mek rase esok pun masih ade lagi untuk peluk cium anak. So apehal lah sangat kalau tak cium dia hari ni. OR apelah sangat kalau balik lambat dari ofis, anak dah tido, esokkan ade lagi, still sempat pe nak usik usik dia. 

Well, who knows the things tu stop secara tetiba. Same macam mek lalui dulu dengan papa, kan selalu rase 'la takpe esok esok bagitahu la sayang dekat dia' well kalau tak bagitahu pun memang dia tahu anak dia sayang dia. Dan look what happened now, mek hanya boleh tulis i love you, happy fathers day dekat papa. Hanya-boleh-tulis. Dah tak boleh nak wish --'

Kadang kadang, nak sembahyangkan, rase rimas tau anak asyik nak berbelit dengan mek. Haiih, nak sembahyang 5minit je pun, so please give mummy a time to breath! Tapi, yakin ke esok masih ade moment untuk ajar anak kita sembahyang? Pun same, mek regret sampai sekarang mek tak de moment sembahyang berjemaah dengan papa. Budak kecik kan, tak sembahyang --' tengok mak pak sembahyang pun kita rilex duk main main je dekat luar. Dah besar panjang pun, balik rumah kadang kadang, mane ade nak sembahyang berjemaah. Makan berjemaah ade lerr.

Sekalipun the little things tu susah, enjoy it while last. Sebab kita tak tahu bile the little things tu stop. Atau the little things tu dah jadi besar, dah tak peduli pun dengan kita. Nak makan susah ke, nak sembahyang susah ke, anak ramai ke, hadap je la. Nanti dia dah besar dia tak peduli dah dekat kita :( sedihnya kalau tengok future macam tu. 

So, dont take for granted and make the little things into sweet memories, remains..

Sekian..

September Photo a Day - Day 6

Salam alaikum..

Mek sambung ye :



Craving :)


Craving ni yang mek paham mengidam la  kan? Dah alang alang suruh update pasal craving, mek nak cite la ape yang mek mengidam sepanjang second pregnancy ni :)

On first trimester, mek tak boleh makan sangat. Mek banyak vomit daripada makan. Morning sickness time gosok gigi pagi pagi tu memang everyday. Yang bau bau pon tak boleh. Makan tu nak. Terliur tapi dah makan, elok je dia keluar ikut tekak balik. Perit jugak tekak dengan hidung sebab kadang masuk nasi dalam hidung --'

Dah hujung hujung first trimester tu lebih kurang minggu ke 15 dah elok makan. Makan pulak kena ikut selera la. Kalau tekak kate nak maggy, maggy je la. Kalau hari tu nak minum pepsi, pepsi je la. Jangan bagi teh pulak. Kalau idok, selamat jugak dia keluar melalui tekak.

So, antara yang mek mengidam adalah :

keli masak cili berlada :)


Keli masak cili berlada ni makan dekat UiTM dulu. Biasa waktu tengahari ler. Nasi panas panas berasap gitu, pastu keli cili berlada dan telur goreng dadar plus sup kosong dan air teh o beng. Walawehhhh. RM 4 sahaja. Jadi, untuk lunaskan rase tekak ni, mek suruh la orang belakang kedai dekat bank tu buat cam yang mek nak. Alhamdulillah menjadi. Naseb baik menjadi kalau tak nanya kene pegi UiTM nak makan --'

Ayam Peri Peri (Nandos) with Mild Wild Herbs Sauce :)


Allahu, yang ni entah berapa kali duk mengidam. Kalau makan hari hari pun tak jemu. Sampai orang ofis panggil mek - Yuni Peri Peri sebab selalu sangat nak makan benda ni. Alhamdulillah, lunas jugak dengan bantuan spouse dan rakan rakan sekerja. Mungkin sebab sauce dia rase masam kot jadi sedap je tekak ni telan :)

Nasi KFC - Lunch Treat Set B


Yang ni daripada mengandung sulung sampai mengandung kedua pun masih lagi terasa nak makan. Nasi KFC tu sedap betul. Tak makan dengan ketchup pun tapi makan dengan sayur pun dah cukup okei :) yang ni pun beberapa kali jugak duk makan makan naseb la KFC tepi bank sahaja. Lunchmate pun sporting sebab boleh je telan nasi KFC - credit to Kak LILI ASBA :)

Ayam Masak Paprik Warung Kak Dah - Jiran sebelah rumah :)


Ini pun satu hal jugak, dah makan minggu lepas minggu depan nak lagi. Pastuh minggu depan nak lagi. Sekali pegi dah tutup --' Ayam paprik dia tu, fulamakkkkk! Pedas tu satu hal, lepas tu rempah tu memang rase sangat. Makan dengan nasi panas plus sambal dan teo o panas :) kenyang perut, senang hati.

Yang lain tu ade la jugak mengidam tapi tak sekerap di atas. Oh, gambar lupa nak ambik plus korang dah boleh bayang sendiri cam mane rupa menu menu tersebut :) Jadi, korang ade craving ape ape tak? Jom share kat komen..

Sekian..






September Photo a Day - Day 5

Salam alaikum..

Sambung terus :



Give :)

Give ni pemberian la kan? Hmm, mane nak mula, orang bagi dekat mek ke mek bagi dekat orang?

Mek percaya dengan pepatah What You Give, You Get Back sebab dalam Islam pepatah ni di simplifykan wordsnya menjadi Kifarah :) Betulkan? Kalau salah tolong betulkan mek ye. Sebab tu dalam hubungan kawan / keluarga / spouse, memang mek beringat betullah. Takot kalau kita buat macam jahat dekat orang, orang nanti buat balik dekat kita. Dan vice versa lah.

Sebab tu mek susah nak maafkan orang kalau betul orang tu buat silap. Kalau dah silap tu baik mengaku. Jangan nak panjang panjang cakap tak salah, kalau tak lagi naik hantu mek. Mek kalau dah naik hantu, mek tak hirau dah sape dia. Peduli aku. Sebab dah terang dia salah tapi tak nak mengaku. Kalau mengaku tu okei la kan. Boleh la consider nak maafkan. Kan mek pernah ade kawan yang tikam belakang tu, pastuh duk beriya sangat cakap dengan orang yang dia tak salah, alih alih mek pulak yang salah. Kononnya dia punya tindakan tu betul sangat la. Cam bodoh je nak mengaku dia betul. Sudahnya sampai sekarang kalau jumpa dia mek rase nak langgar je. Tak kisah la kereta ke, dia sendiri ke. Tapi alhamdulillah selalu kalau terpandang dia mesti dah terlepas, atau kalau kereta tu spouse mek yang bawak. Jadi tak de lagi insident nak langgar dia atau kereta dia.

Okei, dikesempatan ini, mek nak maklumkan lah kepada sape yang rajin singgah blog mek, follow mek, komen entry mek, feel free to drop your date of birth cause something is awaiting for you :) Sebab tu mek jarang buat GA kecuali ade benda banyak nak bagi. Hihi. So, jangan malu jangan segan ye. Oh lupa, dah letak date of birth tu, sila include email sekali ye sebab senang mek nak contact mintak alamat dan maklumat seangkatan dengannya. 

Sekian..


September Photo a Day - Day 4

Salam alaikum...


Lagi.. Tak nak bebel panjang sebab semua dah tahu :)


Music :)

Music ni basicnya lagu la senang nak paham. Kalau deep sikit pergi kepada notes and tones dan sebagainya. Jadi mek nak share pasal Moment Music everlast Memories :)

Mek ade several lagu yang mek biasa dengar, maksudnya mek buat playlist. Tapi online playlist la. Kalau radio tu mek biasa pilih Era.fm , THR Gegar dan LiteFM time drive. Most Era la. LiteFM ni layan jugak kalau time balik keje sebab lagu lagu depa ni nyaman hati sikit. Evergreen katakan :)

Mek percaya korang pun mesti ade lagu yang ingatkan korang pada satu satu tempat / kejadian / orang. Hmm pening jugak mane nak start ni --'

Thousand Years - Christina Perry

Lagu ni remind mek kepada zaman percintaan mek dengan spouse mek. Lagu ni rasenya before kenal dia lagi tapi entah macam mane boleh terdedicate lagu ni pulak dekat dia :) Dan spouse mek pulak jenis yang susah nak ingat ingat lagu ni. Tapi yang ni macam terkesan sikit pada dia. Contohnya kalau pergi mall terdengar lagu ni, dia akan cakap dekat mek 'thousand years ni kan?' pastuh senyum senyum. Ohhh Myyy, melting kejap. Pastu sekarang pun kalau dengar still cakap macam tu, cuma mek je yang rase biasa je. Tak melting macam dulu dah --'

Di Sana Menanti Di Sini Menunggu - Ukays

Lagu ni pulak remindkan mek pasal spouse mek pulak. Dia dedicate dekat mek lagu ni --' Sebab mase tu dia dah ade girlpren dekat Kuantan tapi kat sini dia ade mek. Time tu mek kawan je dengan dia. Kira penasihat hubungan la kononnya. Last last mek rembat dia *hahahah* Lawak ke? Lagu ni dia dedicate dekat mek time kita orang balik dari airport, dalam kereta. Time tu dia baru lepas call awek dia. Boleh pulak mintak izin nak call. Cam bangang jugak mek dulu --' Tapi entah jodoh kuat kot. Pastuh lagu ni berkumandang, dia cakap 'Lagu ni awe bagi dekat mek sebab mek ade depan mata awe' *angguk je lerrr* Tapi persoalannya, lagu ni kan akhirnya seorang antara mereka undur diri, siapakah orang itu?? Yang jauh atau yang depan mata undur diri? Mek anggap yang jauh la. Hihi

Cinta dan Benci - Geisha

Sambungan daripada cerita di atas, balik menangis kat katil dan tetiba teringat dekat lagu ni. Pastuh cepat cepat dedicate balik dekat dia. Spouse mek tu macam tak de perasaan sebab dia tak minat sangat lagu lagu kecuali lagu lagu dari zaman dia. Jadi mek feeling sorang sorang je la lagu ni but mek memang maksudkan lagu ni untuk dia. Mengeluh panjang ingat balik zaman bercinta. Banyaknye lahai liku perjuangan nak sampai ke tahap ni. Cinta pun dia, benci pun dia --'

Harapan - Hyperact

Hahah, lagu ni macam lawak sikit kenangan dia untuk mek. Lagu ni jadi lagu pengubat luka mek ketika pergi Penang sebab merajuk membawa diri. Cerita nak pergi penang pun timbul lepas dah bengkak mata. Kawan mek pun cakap la, jom kita pergi penang. Esok tu keje halfday. Gigih satu tengahari berlepas pergi penang. Bulan puasa pulak tu. Nak pegi penang tu, malam sebelum tu buat cd lagu kira burn sendiri la kan. Lagu ni buat nombor satu. So bertolak pegi penang tanpa contact dah spouse mek. Friend Finder pun tutup sebab tak nak bagi tahu dekat mane mane. Tapi bangang jugak mek pegi update status dekat twitter tapi on location. Sudahnya spouse mek tu pergi Kedah jumpa girlpren dia. Mek duk kat penang menangis nangis di Queensbay Mall. Hazabedah jugak la esok tu boleh dia update dia duk kat QueensBay dengan girlpren dia. Time tu mek dekat HardRock. Ceiittt, kalau ingat balik sakit pulak hati ni.

Penghujung Cintaku - Pasha dan Adelia

Dah habis semua kemelut zaman bercinta, dah dua dua belajar dari kesilapan diri, dah dua dua rase dah tua dan ingin menamatkan zaman bujang, mula la timbul bunga bunga wangi cinta yang nak dihiasi di pelamin yang indah :) So lagu ni mek pernah duet dengan spouse mek, tapi bukan real la, dalam mesej *anggapla itu romantik* Tu pun part chorus je. Okei la tu at least ade kenangan.

So, cukup la lima Moment Music everlast Memories :) Tapi memang biasa perempuan je kan yang ingat benda benda macam ni. Laki tak ambil kisah sangat. Kalau tak keberatan, tanya korang punya partner :)

Sekian..


September Photo a Day - Day 3

Salam alaikum..

Korang, sies mek tak de niat nak lambatkan entry tapi quota internet mek habis --' Mek rase dah tiba masenya mek tambah quota internet. Sekali tukar line terus :)

Okei, sementara boss mek tak ade ni, mek nak lunaskan semua entry mek yang ade dalam draft ni. So hari ketiga kena post pasallllll :



Warm :)

Ape benda warm ni? Kehangatan eyh dalam bahasa Malaysia ? Okei la. Mek try goreng ye.

Korang pernah tak terfikir kehangatan hubungan / warm relationship ni penting? Pentingkan? Kalau hubungan tak hangat macam mane nak teruskan perhubungan. Kejap! Korang fikir lain ke ni? Mek cakap benda basic ni bukan cakap yang bukan bukan ni *ecece, sies pulak tetiba*

Dunia sekarang dah canggih. Semua benda hujung jari, daripada source internet dan sebagainya. Mengaku je lah yang kita sendiri pun tak boleh move on kalau tak pakai smart phone. Dah pakai smart phone nak pulak ade internet. Paling tidak pun nak kena ade whatsapp dan FB sebab kalau takde benda ni rase macam tak tahu pasal dunia luar sane. Harapkan berita, tak usah lerr. Tak ade yang telus. Pulak, kalau pergi kedai makan, bonus la dapat kedai yang ade wifi. Jimat quota :) Boleh updates segala apps yang ade dalam phone. Seronok pulak rasenya :)

Pegi kedai makan kalau sorang sorang acceptable lah nak layan phone. Nak borak dengan sape je pon :) Yang kedai makan ni memang selalu sangat kita nampak masing masing hadap phone. Selingan sambil tunggu makanan sampai. Tapi paling tak boleh blah bile time makan pun pegang lagi phone. Dah semua buat macam tu, mane ade lagi nak borak borak dengan member / keluarga / pasangan.

Itu satu hal. Dekat rumah pulak, syoknya keluarga balik, berkumpul ramai ramai. Time ni la segala nak bercerita. Daripada cerita zaman kanak kanak walaupun masing masing dah tahu, masih lagi nak jadikan bahan untuk bercerita. Tapi spoil pulak mood tetiba ade keluarga duk layan whatsapp daripada dengar cerita kita --' Kalau tengok kejap kejap je whatsapp tu tak pe la kot. Ni memang hadap je memanjang, jemput minum air pun angguk je. Datang jugak rase dalam hati nak je mek cepuk. Nak jugak tanya, bisu ke ape sekarang ni duk layan phone je tak boleh ke nak sembang dengan orang? Baru keluar gua ke? Ke baru dapat internet syok sangat duk sembang dalam whatsapp?

Macam macam nak tanya sebab rase diri dah cukup kepho untuk itu.

Jujurnya, mek guna smartphone, mek ade quota internet yang di on 24jam. Mek ade segala apps yang penting penting contoh Whatsapp dan juga FB yang mane memang notification meluru luru masuk *waahhhh.bajet diva orang selalu contact* Jangan salah anggap sebab tu semua daripada group keje dan group kawan kawan dan group meniaga dekat FB *rase nak tutup je group meniaga tu entah ape yang di post pun tak tahu*  --'  Mek mute segala whatsapp group. Kalau whatsapp personel sahaja yang bunyi. Tu pun, time bunyi mek bukak tgk sape hantar je. Kalau rase penting, bace kalau tak tutup balik. Tengok priority. 

Keluarga mek, keluarga mertua, dan rakan rakan seangkatan berkerja kalau time berkumpul memang masing masing tak pegang phone. Semua phone dalam beg je. Kadang letak dalam kereta je. Time nak ambek gambar pegang la phone. Tapi tak de la beriya nak update terus kat FB atau whatsapp dekat group family. Jadi kehatangan perhubungan tu terasa sebab kita orang gelak guling guling, bahan membahan, makannn tak hengat penyakit dan rase sangat hubungan kekeluargaan tu. Ade yang sharing tips ade yang cite pasal pengalaman, macam macam lagi lah. Terluah semuanya. Itu keluarga. Kawan pun same, sebab time lunch kan limited. Time tu la nak bercerita semua :) Spouse pun same. 



Salam Aidiladha 1437H
Suburkan iman, hangatkan hubungan :)


Sekian..



September Photo a Day - Day 2

Salam alaikum..


Seperti yang dijanjikan oleh mek, nak update satu entry sehari tu kan, walaupun dah beza seminggu, tapi masih validkan?
Jom tengok misi untuk hari kedua pulak :

Something :)

Jadi mek nak share sesuatu sempena date 11 September 2016 - WORLD QURAN HOUR



Hari ni kan seperti semua duk tunggu tunggu, Hari Wuquf bagi jemaah haji maka kita yang tak berhaji ni buat lerr program QuranHour. Kerajaan Kelantan pun bagi cuti kepada semua kakitangan negeri untuk jalankan program ni. Alhamdulillahh. Korang sebelah luar dah untung sebab hari ni weekand kan?

Kita semua tahu kepentingan, kebaikan quran. Semua tahu isi kandungan quran ni pelengkap kehidupan ummah. Sebab quran adalah peninggalan Rasulullah Muhammad untuk ummat nya selain hadith. Selagi manusia hidup berpegang pada quran, takkan sesat akhirati dan duniawi. InsyaAllah..

Tapi, sejauh mane kita pegang pada quran ni? Zahir dan batin? Zahirnya kita pegang hari hari ke? Batinnya kita amalkan setiap peraturan dan pengajaran quran? Allahu, itu masing masing tahu. Mek mengaku, mek tak bace hari hari quran. Paling teruk la pegang seminggu sekali. Tu pun malam jumaat sebab bace yassin. Pun mek mengaku, cara hidup mek tak sepenuhnya pegang peraturan ajaran islam. Maksud mek cam dalam berpakaian, baju kurung tu memang tutup aurat dah tapi biasalah kurung kena kurung mini. Yang nampak shape sikit. Tudung tak usah cakap la. Mane nak ade labuh. Mesti up jugakla sikit. 

Paling jahil manusia apabila dia dah tahu benda yang dia dah buat salah tapi masih buat. Kita semua la tu. Jadi, jom kita berubah. Masih ade mase lagi ni. Masih berkesempatan. Biar cantik di mata Allah, mata manusia banyak mata nafsu je. Baik mengaku cepat.

Sempena esok nak raya ni, elok sangat dah kita start berubah. Nak seksi seksi kat rumah boleh. Nak berkemban, nak ketat ketat, nak bonjol sane sini, sila simpam kat rumah. Okei, pesan untuk mek jugak tu.

Sekian..





SKINFOOD : worth RM200 set ( Korean Beauty )

Salam alaikum..

Oh mek tahu mek memang banyak entry tertunggak. Mek kira kira tadi ade 6 termasuk yang ni yang belum digoreng dan dihidangkan pada uols. Mek try okei buat yang terbaik walaupun kerja hakiki mek ni nak kena verify minit mesyuarat, rabu ni nak kena publish dah --' Oh my.. 

Jadi, sebelum contest ni tamat, ade eloknya mek update yang ni dulu ye. Mek di tag oleh CikLa untuk join this contest. Emm, CikLa cam tahu mek suka benda benda korea gini kan. Terima kasih CikLa atas jemputan ini.

Jadi,


Tadaaa :)

Ini pulak syarat yang kena patuhi dan ikuti :

1. Buat entry bertajuk "Saya Nak Menang Set Skinfood 
    Bernilai RM200"
2. Follow belog yaya ( www.yayacendana.com )
3. Like page Beauty Palace Korea
4. Like page Yaya Cendana Official
5. Tag 3 orang rakan kesayangan anda untuk join contest ini

Yang satu dah, dua dah, tiga dan empat tak sebab tak aktif FB, yang ke 5 nak tag :


Oh lupa, ade satu lagi dia suruh sambung ayat ni :

Saya nak menangSet Skinfood kerana mek nak cantik cam orang korea jugak. Mane la tahu Skin Care ni boleh buat mek jadi cam heroin Winter Sonata ke, cam Heroin Pinochio ke, cam heroin My Lovely Girl ke. Gitu.. Kalau kulit mek jadi gebus gebas cam dia orang, seronoknya lahai. Confident skit nak letak gambor banyak banyak dalam blog.

Ok tak? Ok lah tuu. 

Sekian..




September Photo a Day - Day 1

salam alaikum...

Allahu, lame jugak lerr mek tinggal blog ni tanpa berupdate. Ade yang rindu ke? Rasenya dah terubat rindu dengan droping comment dekat blog masing masing kan. Alhamdulillah, masih lagi istiqamah 😊 Biasa la ayat kene power, dah September ni.

Berbalik pada subject mek kat atas tu, tetiba nak buat challenge untuk diri sendiri sebab dah lame sangat menyepi dalam blog. Sebulan update 4entry je. Kering benor ideanya. Tambah pulak mek bukan la sibuk dengan tugas pejabat, rumah atau tugas lain lain tapi entah. Idea ade pastuh dah goreng goreng, tetiba hangit. Jadi delete balik 😩 Guna api besau sangat kot.

So, tanpa berlengah, mek nak show kat korang cabaran cabaran sepanjang september ini untuk mek update !




Mampu ke idok ni oii? Wish me luck. Ok, dengan lafaz bismillah sebaik baik ayat pembuka, mek dengan ini nak update pasal art !

Art ni boleh jadi lukisan, boleh jadi seni tarian, dan lain lain lerr. Yang menari tu lame dah mek tak buat. Lagi lagi semenjak ade spouse ni, lagi la tak menjadi nak menari 😔 Biasa menari senamrobik. Dulu tak de zumba bagai lagi. Citer pasal zumba, mek teringin nak ikut class zumba tapi mase tak de so tak boleh lagi. Mungkin kalau anak mek dah masuk 3tahun, mek angkut la dia orang sekali pegi zumba dengan mek. Macam mummy buat dengan mek dulu. 3tahun dah angkut pegi senamrobik. 

Mane lukisannya mek?


Okei, itu je art mek. Hakikat yang kita semua kena terima :)

Sekian..