Menang GA dari Bro SpendaLusuh

Salam alaikum guysss :)

Ini entry penghargaan kepada bro SpendaLusuh :)

Mek ni memang la mesra alam, tak kira alam maya, alam nyata. Entah, tak pandai nak menyombong. KECUALI yang ditegur tu menyombong, okei fine, memang mek pun buat dunno je lerr. Buat ape nak terhegeh hegeh tegor orang yang nak senyum pun kelat kat mek. Mek memang jenis yang tak boleh blah dengan orang macam tu *tetiba bunyi cam mek pulak yang angkuh* Tapi secara seriusnya, ye, mek tak kompromi dengan orang sebegitu. Terima lah mek seadanya --"

Kalau korang perasan, kalau mek dah start follow blog tu, setiap entry mek akan drop komen walaupun hanya komen - informative :)

Sebab bagi mek, drop komen tu tanda sokongan blogger untuk terus menulis. Maknenya ade orang bace entry dia. Maknenya tak de la dia duk syok sendiri menulis. Betul traffic blog tu salah satu nak tahu orang tu bace ke tak, tapi alang alang dah singgah, ape susah drop komen contoh - hai salam blogwalking / hai mek, informative sangat / best of luck :) 

Sehinggalah mek perasan yang ade dua tiga blog jugak la yang mek jadi top commenter *hihi* *malu* *blushing* Ehemm, jangan salah anggap. Mek bukan nak compete dengan sape sape. Ade jugak yang tanya 'Sape Ayunie Ramli ni. tak kenal pun tapi duk komen entry orang je' Pun ade jugak yang saje jenguk blog mek nak mengenali tapi tak follow *hihi* tak pe, mek tak paksa korang follow blog mek. Feel free ok. Jangan stress.

Dan dengan itu ....


Selective untuk dapat 1st prize :)


Di kesempatan ini mek nak ucapkan ribuan terima kasih kepada bro SpendaLusuh sebab dia dah pilih mek untuk 1st prize ni. Hadiah daripada dia akan mek gunakan sebaik mungkin dan insyaAllah ke jalan yang di redhaiNya. Setakat ni tak guna lagi masih selamat dalam akaun :)

Sekarang ni bro SpendaLusuh ni ade buat GA dari Amsterdam pulak. Mek berkenan betul dengan coins beg dia tu. Jadi mek nak join hujung hujung GA la. Sebab beg coin tu hadiah last dah *hihi* bijak tak mek mengatur stratergi. Sekali guna random.org habes musnah impian --"

Buat blogger sekalian, jangan jemu ye berblogwalking and commenting sesama kita sebab tu kan cara kita nak ....... haaa sambung ayat mek. Kalau sape selalu bace blog mek mesti dia tahu ayat mek :)

Sekian..


Book Review : Pelukis Jalanan by Teme Abdullah

Salam alaikum guysss :)

Monday blues ke uols ? Mek kat Kelantan ni Sunday Blue. Masuk Monday dah habis blues, tinggal duk bilang hari bile nak Friday Night pulak :) *jangan pikir lain*

Okei, sebelum merewang ke topik lain, mek nak buat satu book review - Pelukis Jalanan by Teme Abdullah.

Buku ni mek pinjam dari kawan blogger mek - Siqah Hussin. Macam dah banyak kali mek mention name dia kat sini. Boleh anggap sahabat mek la. Kawan blogger ni bunyi cam jauh pulak :)


Pinjam gambar Siqah jugak :)

Ini lerr buku tu. Buku ni bukan novel cinta seorang arkitek last last design mahligai untuk pikat perempuan. Memang tak de kene mengena. Novel ni motivational punya buku. Macam buku Diagnosis gitu *itu je yang mek tahu*

Sejak meningkat usia, dah jadi matang, dah jadi 20++ ni, terjebak dengan buku macam ni la pulak. Dulu layan novel Ain Maisarah je :) Buku ni ditulis oleh watak dalam cerita ni. Kira self experienced la. Cerita macam mane dia punya idea yang menggagalkan dia, macam mane dia cari way untuk solve problems dia, macam mane dia survive untuk hidup dengan jalan dia dah pilih. DAN macam mane dia tafsir bahagia dalam hidup dia.

Serius, buku ni sampai semalam (Ahad) dekat office. Dah tengahari dah pun sampai nye. So dalam jam 2.30ptg gitu start bace. Bos pulak tak de, pergi kursus. Timbalan pun tak de pergi kursus, so tak de sape nak kacau mek *hahahah* rase macam datang office ni ambik syarat je. Tak productive terus kalau boss tak de *mati jugak mek ni kalau en komar bace blog mek* . Dah start bace tu, ingat boleh la sambung sambung bace bab lain esok esok pulak. MEMANG TAK LAA. Dah bace satu page, belek lagi satu page, belek lagi satu page. Sedar sedar dah separuh. Khusyuk habes ! Kan mek dah cakap, setiap review mek tak menipu ye. Kang ade jugak yang cakap mek dibayor untuk tulis cam nih. 

Pastu jam loceng bunyi - time untuk balik, mek thumbprint, masuk kete. Panaskan kete sambil belek buku ni. Belek lagi sampai la kete pun dah panas sebab tak pasang air cond --" Gerak balik. Kan balik tu jalan jem, so sempat la belek buku tu lagi. Sampai rumah tu dah tinggal 10 helai tak bace. Sampai rumah spouse mek tegur, buku ape tu, mek cakap buku motivasi. Dia macam berminat tapi tak de pulak ambik baca. Bior je lerr. Sambil rest kejap mek sambung bace buku tu. DAN, tamat :) 

Lepas bace tu rase wow ! Amazing ! Experienced kita ni terlampau mahal. Dulu pernah jugak tanya diri sendiri, kalau diberi peluang untuk putar mase, betulkan balik ape yang salah, dari mase mane mek nak start. Bile fikir-fikir, mase sekolah menengah tu mek nak betulkan balik ape yang mek dah silap langkah. Dekat peringkat seterusnya pun nak betulkan balik. Dan seterusnya la nak betulkan langkah tu. TAPI sebenarnya ape yang dah berlaku DULU yang jadikan kita HARI INI. Kalau tak kerana sakit waktu dulu, adakah mek dapat berhati hati seperti hari ini *ececece ayat* 

Lumrah manusia, selagi tak rase sakit, selagi tu dia tak tahu cam mane perit nak dapat sesuatu. Tapi ade je yang jenis tak reti bahaso ni. Dah perit perit pun masih lagi nak memeritkan diri sendiri --" Okei biarkan dia. Tapi yes, sebab sakit la kita belajar untuk berhati hati sebab tak nak terluka lagi sekali :)

Jadi, jangan fikir panjang, sila lah pinjam / beli buku ni ye. Its good for your heart :)

Ade ape ape nak tanya, boleh drop komen, mek akan reply :)

Happy reading sekalian..

Sekian..



Travelog Faghuzi/Kompilasi Travelog 7 Benua GIVEAWAY By Aku Seorang Traveler

Salam alaikum..

Dah nak masuk last 10 Ogos laa. Nak merdeka dah kita, dan mek masih lagi menyimpan entry untuk dipublish. Entah bile ready nak publish. Tapi most dah tahu sebab hari tu pi buat I Accept Your Challenge - habis terjawab persoalan --" 

But still mek akan buat entry khusus mengenai 'itu' :) Jadi, tunggu je la ye..

Balik kepada subject matter kat atas tu, tak lain tak bukan tak syak lagi - ini adalah GA..

Mek di tag oleh rakan baru mek : Mas  (pangkat adik) masih single, available dan boleh la try usha. Ehemm, ade kan yang tengah usha awek kat blog ni :)

So let mek present to you all, the GA by Aku Seorang Traveler :


kalau sudi boleh join sini cepat cepat laju laju sebab GA ni dah nak ade pemenang :)

Dan ofcourse mek dah follow segala syarat yang telah ditetapkan oleh tuan GA. InsyaAllah kalau ade rezeki mek, dapat lerr hadiah ni. Lagi pulak ni salah satu hobby mek - Travelling 

Pun begitu, kalau tak dapat, mek takkan unfollow blogger ni *hihi* sebab ni adalah salah satu cara blogger nak mengeratkan ukhwah blogger. kan? *ayat mek untuk setiap penyertaan GA*

Satu lagi, kena tag seorang rakan blogger untuk join this GA jugak. Secara pilihanya mek nak nominate : Zulhilmi Tempoyaki aka Tempoyak Durian ? Pun boleh laa :) *jangan marah haaa*

Setakat ni dulu entry mek. InsyaAllah akan diupdate cerita mek pulak :)

Sekian..





I Accept Your Challenge !

Salam alaikum..


Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk update blog. Kali ni bukan nak join segmen atau GA sebab takde yang menge-smart tag mek lagi. :) Ow dan mek belum update lagi pasal mek menang GA kan? Ehem.. Nanti mek update kemudian ye.

Jadi, kali ni mek nak sahut cabaran sikit. Mek ambik photo ni dari FB mek. Entah sape yang share. Macam okei jugak lerr nak post kat sini. Korang yang lain pun, kalau berani, boleh accept this challege jugak yer :)


Haa. Ni dia cabaranya :) Jadi, kepada semua followers dan yang singgah blog mek, boleh tanya dan mek jawab dengan jujurnya :)

And mek pun nak cabar kawan kawan blogger mek, dengan ini mek nak tag dua orang kawan blogger mek untuk turut serta :)


Benda ni untuk suka suka je. Takde paksaan :) So, sila lah komen dan tanya ye :)

Sekian..

Pencarian bloglist untuk blog gadisgenits

Salam alaikum..

Selamat masuk bulan kemerdekaan yang ke 59 ! So, ape perancangan August 2016 ni?

Mek so far, banyak jugak cerita duk draft tapi tak publish. Ade cerita yang kena tunggu mase sesuai nak bagitahu. Ade cerita yang dah jadi tuak masam dalam draft. Silap haribulan tekan delete je yang tuak masam tu --" 

Ape ape pun, masuk lerr Ogos ke, September ke, Syawal sekali lagi ke (eyhhh) pastikan diri jadi budak yang baik ye :) Pastikan buat sehabis baik dalam ape jua bidang kita laksanakan. Kalau masak, buat sehabis baik like theres no tomorrow (ecece) ^^, 

Okeyh, meh mek describe tentang tajuk mek kat atas pulak :

Pencarian bloglist untuk blog gadisgenits


Iye ! Mek join jugak sebab kawan mek tag mek, Siqah Hussin :) Sebenarnya ni salah satu cara kita support sesame blogger Malaysia untuk naikkan traffic :) Di samping kita gain knowledge yang dia orang share. Macam mek, kadang merapu jugak citer dalam blog tapi ade jugak useful, kan? kan? Ade sape berani cakap tak ke kat sini?? Haaa, tahu tak pe, berani cakap tak dekat mek :)

Okei okei, meh mek citer pasal empunya tuan tanah kedaun yang sponsor segmen ni :
 

Jadi wanny nak cari 6 orang blogger malaysia untuk dia letak blogger list dekat blog dia. Jadi, kalau ade dalam blogger list ni, senang la orang nak tekan page kita. ye dak? Jadi dengan itu, dengan harapan setinggi Gunung Mat Cincang Langkawi, dengan meniti jabatan gantung Gunung Mat Cincang Langkawi, penuh rase bunga di hati, mek dengan ini join segmen ini :)


Ini bannernya :) nak join jugak boleh tekan sini

Segala syarat sudah dipenuhi. Korang yang nak tahu syaratnya boleh lerrr terjah link tadi ye.

Jadi setakat itu dulu, sekian..