Random Sunday, Iftar Dataran Perbadanan Putrajaya

Salam alaikum..

Salam 10 Ramadhan akhir.
Semoga kita dapat mengejar malam agongNya :) InsyaAllah..

Minggu lepas cuti Nuzul so dapat la peluang untuk iftar dekat Putrajaya. Meriah. Seronok dapat pengalaman cam tuh.

Sebelum bukak pose tu, mek duk snap snap pic Aimy dengan papa dia.

So, ini yang mek dapat. Mek cuba olah dalam bentuk cerita ye.


Aimy : Mummy, camera tu dah on ke? Its ok now?

Mummy : Okei bie. 1 2 3 ... action!


Aimy : Sayangggg, aku kau lukaaa. Aku kau lupaaa. tanpa kau sedarrrr...

Papa : Cukup la bie.


Aimy : What! NOT YET! wait papa, wait!


Aimy : I said WAIT papa!


Aimy : EEEEE, tak dengar orang cakappp. Tarik telinga ni haaaa.

Papa : *redha*


Sekian..

Hari Bapa, Its for You, PAPA ❤️

Salam alaikum..

19 Jun 2016 - Happy Father's Day !

Hari ni baru berkesempatan nak update entry khas untuk papa ni haa. Ni pun curik masa jap. Masuk office terus sibuk dengan kerja *fuuhhhh*. Sibuk dengan meeting Jamuan Raya, sibuk dengan nak menghantar kad raya dekat orang luar, sibuk blogwalking *eyh*

Literally, mek ade dua ayah. Satu biological dan satu lagi steppapa.

Semua pulun panggil papa. Dua dua. My biological papa was chinese before. Convert bile nak kawen dengan mummy. So, boleh guess tak mek ikut rupa sape? Ehemm, ok. Mek dengan papa tak lame sangat. Dia meninggal since mek standart one. Mek pun ingat ingat lupa dialog mek dengan dia. Kecik lagi time tu kan. But, mummy told mek mase mek kecik kecik dulu papa balik keje je akan cari anak perempuan dia. Dia akan panggil 'girlll'. Its GIRL okei bukan GRIL. Then mek akan turun dengan green bear dekat tangan and huggg himmmm. Then kalau makan pun duk atas riba. Oh, dulu dalam rumah ade mini office. So malam malam dia akan settle up kerja dia. Mek pun buat keje jugak. Duduk atas riba dia. Sampai la tido. Dan ade jugak mummy cerita malam malam kalau dah tak de keje nak buat, so kita orang akan gather dalam bilik. Time tu papa akan offer diri dia jadi harimau la, kuda la, kambing la, macam macam la. So mek akan duk atas belakang dia sambil gelak gelak. Kids kann. Mudah sangat terhibur. 

Papa ni garang. Kalau ikutkan cerita mummy la. Sebab pernah kita orang pergi bercuti, makan dekat hotel dan sudu hotel tu bengkok, papa marah kaw kaw dekat dia punya manager. So mek pun dapat rase mane baran mek ni datang. Memang kuah tumpah ke nasi. Feb 1999, papa meninggal sebab cancer aesophagus (salur makan). Time dia meninggal pun mek tak tahu ape ape. Tengok dia macam tido je. Tahu tahu balik rumah dah tak de. Typical kids la time tu. 

Mek been grown up without papa guidelines. Semua mummy punya instruction je. Boleh ke tak boleh ke, semua keluar daripada mummy. Kawan kawan kat sekolah tu ade la jugak duk cerita kalau dia merajuk dengan mak, bapak dia akan pujuk. Kalau gaduh dengan bapak, mak akan pujuk. Tapi jarang la mek dengar kawan mek gaduh dengan bapak dia orang.

2003, mek dapat steppapa. Ok la dapat papa. Dia cikgu dulu. Jadi tahu je la kan corak cikgu cam mane. Hadap TV memang kena bahan la. Kena hadap buku je la keje. Ade jadual weeiihhh bila boleh on TV bile tak boleh. Biasanya time boleh on tu tak de cite best la. Sakit hati pulak mek. Sampai pernah la cakap tak payah ade bapak pun tak cam nih. Tapi lepas dapat kejayaan yang manis, tetiba rase bersyukur sangat ade papa. Kalau tak kerana papa yang drive mek, rasenya kelaut jugak mek ni sekarang. 

2009, once again mek kena hadap realiti yang mek hilang papa. Mummy dan dia bawak haluan masing masing. Dah la time tu nak SPM, kena hadap benda ni pulak. Rase sedih, murung semua ade la time ni. Sebab dah used-to-be ade papa. Ade orang guide, ade orang nasihat semua, ade yang memantau. Tapi hilang papa cam hilang balik la guidelines mek. Nasihat bapak dan mak, berbeza okei. So nak tak nak, kena redha.

Both - Mek tak pernah cakap 

'I Love You Papa'
'Happy Father's Day Papa'
'Thank You Papa'

Sekarang terasa sangat. Terasa kehilangan, terasa sedih. First papa, mek was too young for this. Second papa pulak still nerd-typical-student yang tak tahu pasal semua benda ni. Tahu belajar hadap buku, gumbira dengan kawan-kawan sahaja.

Now, mek ade Aimy, made my spouse became Papa. Mek tak nak tertinggal lagi kali ni. Tak de alasan walaupun Aimy masih kecik-tak tahu apa apa. Because you never know when time will cut this down. 

So mek cakap dengan Aimy to wish her Papa, to celebrate it too! Tapi tula, Aimy tido pulak time celebrate semalam. At least Aimy sempat wish to her Papa time sahur 😂


Aimy, you gonna have a veryyy beatifull lonnggg relationship with your papa which mummy doesnt have so much time for that with your both grandpa. Once papa's daughter and it always be.

To my dearest spouse, Happy Father's Day. You had been great papa for this while and wish you to make it greater. 


Okei mummy but DONT KISS ME TOO MUCH LAAA...

Soorrryyy dear.

Sekian..




Sampul Raya

Salam alaikum..

Salam Ramadhan ke 10!

Ade lagi balance 20hari nak kena sempurnakan. Kejap je mase berlalukan?

Sepanjang 10 Ramadhan yang berlalu ni, mek sibuk duk uruskan persiapan biskut raya. Disebabkan kesuntukan masa, jadi biksut raya haruslah dibeli sahaja. Tak dan nak adun, mix, bakar, letak dalam bekas *sob sob* Jadi, setakat 10 Ramadhan, settled! Cukup ke idok ke, lantak lerr. Asal ade biskut raya tu kat rumah. Jangan orang datang rumah, duk hidang biskut ping pong pulak :)

Untuk lagi balance 20 hari ni, apa yang mek nak kejor?

Mek dah set, last 10day puasa, mek tak nak pikir dah pasal baju raya ke, biskut ke, duit ke - segala la yang berkaitan dengan raya. Just nak langsungkan puasa dengan tenang. Kisah baju raya mek dah settled kan before puasa. Tunggu nak pegi collect dengan tailor je lagi. Mula-mula plan 4pasang, setelah dah hantar dah ambik dah beli, jadi 2pasang sahaja. Tak mengapa, asalkan ada :)

In between 20days tu, mek nak uruskan kad raya, sampul raya dan segala berkaitan dengan pos mengepos. 

Mek, what did ue said? - Kad Raya??

Oh well i am !

Walaupun bunyi agak old school dan macam leceh, tapi yes! Mek akan sent out Mek punya kad raya kepada sahabat-sahabat yang berkaitan. Mek punya kad raya tak delah meriah bukak kad bunyi tenet tenet lagu raya. Print pakai A4 je pon tapi just itu sebagai ingatan sebab setiap ucapan, mek akan tulis tangan :) Ikhlas sikit dari hati berbanding menaip :)

Tahun ni - 2016 / 1437H mek nak buat perubahan sikit. Memandangkan mek dah pun aktif blog, dah ade dua tiga orang rakan blogger, jadi mek nak jemput korang untuk tukar-tukar sampul dengan mek!

Sampul?

Iye, sampul raya! Idea ni mek dapat dari kawan blog mek - Nadiah Izzaty. Dia ade buat satu post pasal sampul raya office dia. Dekat situ dia cakap, dia suka tukar-tukar sampul dengan kawan-kawan dia. Buat kenangan katanya. Tak kisah la macam mane rupa sampul tu. Jadi mek offer diri untuk hantar some sampul BSN kat dia. Kami switch :) 

Dengan itu, mek pun dengan besar hati nak jemput rakan-rakan blog dan para readers yang sudi nak join this ermmm bukan GA tapi lebih kurang GA jugak la. This lebih kurang GA tak perlu syarat-syarat. Just sape nak join, make sure dia pun ade satu sampul raya untuk ditukarkan dengan mek :) Tak kesah tau macam mana pun. Yang penting #ikhlas .
Kalau sape pandai buat, bleh printed, lagiiii laaa dialu-alukan :)

Sape yang berminat nak join, jangan malu dan segan untuk emel kepada mek - ayunieramli@gmail.com

Semoga ukhwah terbina akan lebih erat *ececece ayat ramadhan*

belanja selpie satu :)

Sekian..

Away, Terengganu

Salam alaikum..

Salam Ramadhan. Dah hari ke empat dah :)

So checklist semua penuh ke dak? To be honest, mek punya banyak kosong. Hmm, kena buat something ni. 

Okei..

Back to subject, mek pergi Terengganu tu a day before puasa. Tujuannya nak hantar adik yang study dekat sana. Disebabkan dah janji dengan dia nak bawak dia pegi makan angin tapi kena pulak date tu kena pergi kursus dekat Melaka tempoh hari, makanya kenalah ganti dengan another date. Tapi yang ni tak aci sebab janji dengan dia nak pergi Kuantan. Kepada adik aku, boy, nanti lepas raya, ade cuti kita pegi ye. Sorry sangat.

Dua tiga hari sebelum pegi, tengah duk sembang dengan ofismate, tercakap la nak pergi Terengganu. Cakap la nak berhenti Penarik nak makan segala celup tepung dekat sane. Then he came out dengan 'Kenapa Yun tak makan dekat Teluk Ketapang je?' Mek macammmm 'Teluk Ketapang??? Ade eyh nama tu?'

Typical mek walaupun dah pergi lebih seratus kali *sigh*

Serious tak pernah tahu Teluk Ketapang tu wujud. Dah tu ofismate boleh siap cakap Teluk Ketapang belakang airport Seberang Takir je. Mek cam 'Ok ok, airport pernah sampai, tapi belakang airport tu pantai ke?' - Get a life mek! 

Balik rumah petang tu (yeke petang? Malam rasenya) cakap la dengan spouse mek nanti pegi Terengganu ni nak singgah Teluk Ketapang. Dia tanya mek balik mane tempat tu. Lepas dah explain, dia pun cam mek jugak blur sebab tak pernah tahu belakang airport ade pantai (kalau dah jodoh).

So, bertolak dari rumah Mummy mek dalam jam 10 dah kot. Si gemok Haiqal (anak sedara) pun ikut sekali. Mummy tak  ikut sebab esok dah nak puasa jadi nak masak lauk pauk semua untuk mek jugak sebab balik nak tapau makan sahur, huh ~


1st pit stop - BSN Batu Rakit. Dah agakkan kenapa berenti kat sini. Ehemm.

Time ni dalam jam 1 tgh gitu. Spouse cakap nak singgah terus dekat Teluk Ketapang sebab kalau singgah nanti balik, adik pulak tak dapat rase. So, pegi la dengan gigihkan. Dah sampai tu, kedai banyak tutup ooii. Esok puasa, orang dah ready nak puasa, kau je yang tak kuasa nak makan lagi, tak sedor diri. Jadi adik cakap makan dekat hostel dia je la. Pun tutup jugak. Hazabedah betul. 


Nak tak nak makan la dekat Pasor Payang. Tu pun ramai orang dan makanan tak banyak pilihan. Turun pasar payang beli keropok, belacan udang, dodol daun, penyu Bie lepas tu terus hantar adik balik hostel. So bye-bye boy. Take care.

Disebabkan celup tepung Teluk Ketapang tinggal mimpi dan impian, jadi haruslah singgah di Penarik jugak untuk lunaskan hutang tekak. 


Kedai ni ler tempat mek singgah makan! Celup tepung dia best jugak krup krup la dia punya tepung tu. Air kelapa dia walaweeehhhhh mmmuahhh! Memang kena try. Coconut shake dia macam smoothies! Air kelapa biasa letak aiskrimm lembuttt je. Memang tak rugi behenti kat sini.


Banyak ni standby la dalam RM50. Mahal tang sotong je sebenarnya.

Dah habis makan, perut dah kenyang, singgah la pantai kejap sebab dekat Batu Burok tadi tak turun. Rugi datang Terengganu tapi tak ambik moment dekat pantai :)


Mia corazon *love*


Tak sangka selama ni duk mai Terengganu berdua, sekarang bertiga. Tapi gambar ni seriously mek akui, betul Aimy macam muka papa dia. Mulut, hidung *nangis* dan kening - same. Dulu-dulu, time belum pregnant pernah cakap dengan spouse 'Kalau ade anak nanti, benda lain nak ikut muka ue, i ok je tapi satu je i mintak biar ikut i.' Dia tanya apa dia. Mek jawab 'Hidung'


Semoga anak mummy membesar dengan sehat, baik akhlak dan bijak dunia akhirat. Mummy loves you !

Sekian..