Giveaway NALMR BLOG featuring SASSYROSE

Salam alaikum..

Tak jawab dosa, jawab dapat pahala 😊

Well, this is my first time untuk join give away sepanjang beberapa tahun bergelar blogger suam suam kuku kaki. Dulu-dulu bile blogwalking, banyak jugak nampak post giveaway ni. Daripada zaman hadiah topup RM5, sampai la zaman sekarang hadiah baju-baju ni.

Baju??

Girls be likeee 'wahhh baju! eyecatching!'

Tiap kali tengok baju mesti macam tu. Sebab tak pernah rase menyesal beli baju. Oh hello, menyesal?? Rasenya menyesal tu tak, tak cukup baju tu ye 😍😜

Mek punya spouse always cakap - bile mek beli baju baru la 'ey, bulan lepas beli dah, ni beli lagi, tak membazir ke?' huuu mek olss sentap kejap. Membazir? Boleh pakai what. Bukan buat lap kaki.

Same goes bile dah ade anak, lagi tak boleh bendung perasaan ini. Tengok sales, tengok baju yang lawaa-lawaa di mata (tafsiran lawa itu sendiri mau ingat) mesti beli. 

Lagi-lagi sekarang ni dah beraya pulak, lagi laa nak mengumpul baju weii. Raya tahun ni 4 hari okei. Maknanya 4 helai lerr kena cari. Dulu-dulu, gigih pegi beli kain, lepas tu upah jahit tailor pulak, lepas tu kalau kain kosong nak kena upah lekat batu ngelip lap pulak. See, banyak SOP. Last-last end up dengan 2 pasang je baju raya.

Tapi mungkin since 2tahun lepas, trend dah berbeza. Sekarang ni banyak yang dah ready made. Tinggal lagi nak beli je. Sambil scroll FB, IG dah boleh beli. Ade FB, ade IG, boleh beli 😍 

So dengan itu, untuk melayakkan diri mek ini untuk join this giveaway by Nalmr Blog ni (Si Alya ni sekampung je dengan mek) makanya mek dah :


Like page FB Sassy Rose - baru like, dah rambang mata. Belum tekan butang buy je lagi. Coming soon.


Like FB page Nalmr Blog 😊


Follow IG Nalmr Blog - empunya anjuran giveaway


Dan jugak IG Sassy Rose - kita punya main sponsor. Baru scroll dah berkenan pulak dengan kebaya. Matikk la cam nihh.

Dan uols kat luar pun boleh jugak join giveaway ni dengan tekan sini 😊

Pesanan daripada mek, walaupun puasa belum berkunjung, boleh la start membeli baju raya dari sekarang. Kot kot ade kenduri boleh pakai dulu. Lepas tu beli lain buat ganti 😂

Sekian..

2nd Course : Malacca City !

Salam alaikum..

Wehuuuu! So, mek dapat invitation untuk pergi course dekat Melaka!

Tahu kenapa seronok sangat? Sebab.. bukan course yang dikejar, tapi HOLIDAY itu yang boombastik walawehh!

Ok.. ok.. Excited sangat nampak gedik pulak.

Ehemm..

So, around 3-4 weeks before pergi, mek dapat invitation ini. Itu pun tahu dalam group whatsapp. Time tu tengah drive nak balik dah pun. Traffic light merah. Tgk icon whatsapp ade 68. Pe benda la banyak nauu sembang nihhh.

Thennn...

Bacalah dia orang duk cakap kena pegi Melaka. Semua excited tahap maksima, tahap everest, tahap kalau boleh nak pegi sekarang jugak!

Mane taknye, kursus ni dah dua tahun tak dijalankan. Tu yang semua excited tahap tak boleh nak blahh dah.

Esok tu sampai office terus call PA Perak, tanya cam mane nak pegi, nak bawak sape, macam-macam la bincang. Gilerrr kejap sebab nak pegi Melaka. Siap google weiihh tempat mane harus di lawati. Sadis betul orang yang kurang perhatian untuk kursus ni.

Dua minggu berlalu. Tingaal minggu depan dah nak berangkat. PA Perak kena admit ward pulak sebab bleeding. Dah kurang ahli sorang. Sedih jugak la sebab ingat dapat jumpa semua. Tapi untuk keselamatan diri dan baby, jadi kita biorrr kan aje dia tak pegi. Mungkin lain kali lah kot jodoh kita.

Hari yang ditunggu-tunggu telah pon tiba! Perasaan macam nak jerit puas-puas sebab dapat jalan! Sebab dapat holiday. Di mana di tanggung oleh Bank! Syokkkk sampai tak tahu nak cakap apa.

Okei, paham dah kan perasaan tu cam mane.


Ni time benti kat RNR Gua Musang. Bie cam dah panas sebab lama kena tunggu untuk Mummy and Papa makan. Iols rimas la panas-panas nihh.. 


Selepas 5x tido dan bangun dalam kereta, akhirnya Aimy baru sampai dekat Ampang! Arrghh stress jem. Kenapa la Malindo pegi batalkan flight KBR-MKZ. Duuhhh..


Dah sampai Melaka, terus check-in. Letak beg semua. Penat weiihh. 10jam. Ambik kau nak sangat HOLIDAY kannn..
Ini view depan hotel. After dinner nak naik terus kat bilik, tapi spouse mek ni cakap jom ambik gambar dulu. Mek dengan akur dan penuh gaya pegang anak sedang tido untuk jadi model dia. Owh I do love to be his model, like forever. Boleh?


Naik bilik, debook ni terjaga pulakk. Tapi naseb baik dia terjaga sebab dah seharian dalam kereta, tak mandi. Asyam dah bauu dia..


Mandi dalam sinki je la Aimy. Aimy kecik lagi tak boleh pegi swim lagi. Dan dengan pasrah jugak la mandikan Aimy dalam sinki sebab hotel mane ade gayung and besen untuk letak baby! Common laa mekk..

Ok ok.. Dah, jom tido.zzzzz



And hello good morning Malacca! Nampak tak roti titab tak jadi kat atas meja? Time mek duk gigih berusaha buat titab, orang cam pandang je 'what the he** la budak ni pecahkan telur ataih roti' urm, sorry ye uncle, auntie, akak, acik - you should come to Kelantan. This is one of signature by Kopitiam Kita wherelse you should try this at least once. Thank you :)


Oh, Aimy met new friend here. Bukan kawan la tapi adik sebab si Adam tu dia lahir Jan 16. Takde pulak gambar dia orang. Time Aimy duk cakap-cakap dengan Adam tu, then Adam respond. Time tu mek dapat rase yang Aimy will be like her Mummy one day - Talkative, Friendly and Adorable. Terima kasih sebab baca jugak walaupun hakikatnya adorable itu tidak tergolong.


Dan inilah time kena 'work'. Tujuan asal. Cuba cari di manakah mek. Pemenang tak dapat hadiah okei.


Oh dan well inilah program itu. Sesi berkumpulan, presentation. Tapi naseb la dapat group state. Kalau campur dengan Jabatan mahu tak bercakap gamaknya. Time ni duk present pebenda tugas PA ni. Time ni baru perasan, oh banyak keje rupanya. *sigh* biasa rase cam time buat minit je banyak keje. Lain-lain rase sempat lagi blogwalking.



So ini lah kami, barisan PA untuk BSN tak kisah la untuk Jabatan di ibu pejabat mahupun di setiap Negeri. PA tak de motto. Kami berkhidmat sebaik mungkin je. Walaupun kadang dalam berkhidmat, mengalir jugak rase tak puas hati melalui air mata. *Sob Sob Sob*


Malam tu dah set dinner untuk Ikan Bakar. Jadii tak dinner kat hotel la. But mek chose untuk dinner dengan mek punya boss as Malacca ni kan hometwon dia, jadi keluar lah dengan dia. Lame tak jumpa boss. Dah 4 bulan last seen kat Airport KB time hantar for good tu. Thanks boss untuk dinner ni. Dan geng, sorry sebab tak attend korang punya dinner.


So dari tepi belah kiri Kak Ros - PA Kedah/Perlis, next to her Rina - PA Penang, next Ayuni - PA Kelantan, next PA KL - Nurul. Yang belakang Nurul, PA Johor - Kerry. Next Noorma - PA Terengganu, Kak Azie - PA Human Resource and last tak ingat.

Dengan itu, tamat la kisah kursus ini :)

Tapi tak habis lagi cuti! So, sebelum balik singgah la A Famosa jap. 


Aimy at A Famosa! Mek cari bantal 'I love Malacca' sebenarnya tapi tak ade. Kalau baju tu memang dah biasa sangat. Time ni panas. So tak galakkan sangat untuk explore Melaka. So spouse decide untuk stay 1 night dekat Putrajaya. So bye-bye Melaka :) Till we meet again.

Sekian..

1st Mothers Day

Salam alaikum..

Selamat Hari Ibu kepada kaum ibu seangkatan di luar sane. Moga di beri kesihatan yang baik dapat mengurus rumahtangga dan anak-anak hingga ke akhir hayat. Semoga juga ibu kat luar sane dapat memberikan yang terbaik untuk family masing-masing. Amin..

Itu untuk peringatan dan wish diri sendiri jugek :)

Alhamdulillah 2016 dah diberi kesempatan untuk menyambut Hari Ibu. Hari Ibu 2015 masih lagi bergelar bakal ibu. So tahun ni dah upgrade jadi Mummy to Aimy Amani. Thanks to Allah. 

Mek dah 4 bulan jadi Mummy. Dah nak masuk 5 bulan la. Everyday is different. Changes. Memang mek bukan jaga Aimy 100%. Mek seorang yang bekerja. Hantar Aimy to TokMa dia jam 7pg. Ambik Aimy dah malam. Kadang nasib boleh tengok dia senyum, gelak, buat klakor, menangis. Kadang tak sempat sebab dah tido. But still, im her mother yang mana tahu tindak tanduk dia, tahu apa dia nak. Maksud mek, kalau dia menangis tu tahu apa yang dia nak. Tak selesa dengan serounding ke, mek dapat detect. Its called Naluri Keibuan, kan? 9bulan duk gendong dalam perut, takkan takde chemist. Ye dak?

Banyak benda yang belajar sepanjang membesarkan Aimy. Mek takde adik yang baby sebab mek membesar same dengan adik mek. Jadi takde istilah kakak kena beralah dengan adik, kena jaga adik, kena berdikari. Ilmu jaga baby pun belajar time ade anak saudara, Mia, Eyin. Tapi untuk betol-betol deep dengan kelakuan budak, mek takde experience. Sebab tu kalau mek pegi Mall, kalau budak menangis mek rase tak selesa. Cam nak pegi cakap dengan mak dia, weiihh, anak menangis tu, pujuk cepat! 

Apabila kita dah lalui sendiri benda cam tu, baru tahu, susah jugak nak compromy dengan budak kecik ni. Dia bukan pandai cakap dia nak apa. Mek learnt untuk identify. Kena study apa yang Aimy selesa, apa yang Aimy tak suka. Behaviour. 

So, to make it short, from my deepest heart, to my dearest daughter Aimy, thanks for giving Mummy chance to take care of you. Walaupun tak sepenuhnya. Thanks for letting Mummy to feel awesome Mummy when I carry you all along. Thanks for being so kind and good daughter since you are born. Mummy harap bie akan bahagia akhirat dan dunia. 


Mummy loves you a lot. From moon to earth and ulang lagi 100x :)

Sekian..

Safi - Pelembab Muka Awesome!

Salam alaikum..

So, apa khabar semua? Dah masuk June dah kita. About halfway already for 2016.

Ni kira product review jugak lerr ye.

*Semua produk yang mek review adalah dari personal mek, bukan paid review. Thanks.

Mek mula kenal moisturiser ni when I was 20. Sebenarnya terbeli moisturiser ni. Bukan nak sangat pakai. Yela, benda murah kot. Bawah RM 10 je. Apa kau expect dari moisturiser dengan harga serendah ini? Mesti moisturiser yang hanya lembabkan kulit time apply sahaja. Around 10min, hilanggg. Itu yang mek pikir time beli.

But I was too wrong..

Untuk buat review ni, mek bukan beli satu je yekk. Dah masuk 10 bekas dah mek beli dan guna. Dari bekas lama sampai la dah tukar packaging. Dari ingredient gamat semata mata hingga lah dah tambah habatul sauda dah sekarang ni. Tapi sayang, bekas yang baru je baru start kumpul. Bekas lama semua buang. Bekas lama dah guna 4 bekas dah kot. Nampak sangat packaging baru ni menambat hati *wink*

Time pregnant dulu, kaki mek pecah pecah. wuuu, kesian dekat kaki. Padahal kaki tu aset mek. Pecah tu tak de la sampai dah jadi hitam. Nasib baik sempat sedar awal yang kaki dah merekah. Boleh perasan merekah tu lepas bergesel dengan kaki sendiri rase cam menggerutu. ALAMAK! Lepas tu gigih letak moituriser ni dekat kaki pulak. Lantak la dia tulis untuk kegunaan muka pun, aku ape peduli. Huh. Tiap kali lepas apply moisturiser, balut kaki dengan stokin. Tetiba time pregnant jadi alim pulakk. Tapi ye, memang moisturiser tu buat kaki mek kembali pulih. Dah jadi macam sedia kala. Dah kembali ke zaman kegemilangannya balik. Rase syukur sangat sebab husband mek selalu pesan, kaki jaga baik baik. Kalau dah pecah, tak lawa dah. Dah jadi macam orang tua pulak.

Itu minion dia la..

Hah, minion?

ok ok, OPINION dia *puffff*

Lepas beranak pulak tangan mek pulak yang pecah-pecah. Dekat jari terutamanya. Mungkin sebab mek basuh baju Aimy kot. Jadi sabun tu direct kena tangan. Nampak sangat selalu basuh guna washing machine je. Sehinggalah masuk duty balik yakni masuk office la. Still pecah-pecah eventhough dah tak basuh baju manually. Lagi sekali cari this moisturiser untuk hilangkan that pecah-pecah. 

Alhamdulillah dengan this pelembab memang tangan, kaki and muka jadi okei! 

So untuk itu,


Dekat office MUST have ini pelembab. Kenapa kena ade pulak mek? Sebab, dekat office ni duk bawah aircond. Kulit lagiii cepat nak kering. So cara apply senang saja, lepas pegi toilet or wash hand, apply saja this moisturiser. Bia kulit kita lembab balik. Lepas tu rasa segar nak buat keje, nak menaip dan pegang pen dan pakai heels :)

Office je ke mek?

Takkkk..


Rumah also MUST have this pelembab. Kenapa? Sebab dekat rumah, membohong kalau dalam sehari tak basuh pinggan mangkuk walaupun tak basuh periuk belanga bagai, kan? Lepas guna pencuci pinggan, tak rase ke tangan tu kering? Dah tu, apply la this pelembab dengan happy. Pasti uols akan happy dengan resultnya :) Dan tak lupa jugak, after shower, apply la this too. Lepas mandi pun kulit kering jugak ollss walaupun PH sabun tu at middle (5).

Jadi, ade reason lagi tak malas nak apply moisturiser?

In next entry (InsyaAllah) mek akan review apa akan terjadi dengan bekas-bekas pelembab ini. So, stay tuned :)

Sekian..