Cerita Tanah Rata, Cameron Highland

Salam alaikum..

Dari Gual Mesa ke Tanah Rata. Dah penat kat Gual, pergi pulak ke Tanah. Duhhh..

Tak de motip betol ayat pendahuluan/beginning. Next please..

So, its March! And its Jamadilakhir too! Pe benda dengan month ni?

Well, its gonna be a memorable months for mek. Itu bulan yang mek bertukar status. Bertukar tanggungan. Memikul tanggungjawab. Its my wedding month. 


Setahun dah. Dah? Ke setahun jer baru?

Dalam setahun mek berkahwin, banyak dah cerita yang dilalui. Suka dan juga duka. Pun begitu, mek percaya mendatang akan lebih banyak ceritanya. Ye dak? Rasenya tak perlu ulas panjang bab cerita dalam setahun ni. Udah di ngomongin dalam entry sebelom ini. 

When March arrived, mek tanya husband :

Dah masuk Jamadilawal ni.

So?

Ade plan tak nak celeb anniversary?

Pergi Terengganu, balik terus. 

Duhh, baik tak payah pergi. Tak anniversary pun boleh je nak pegi. 

Ok, lets have dinner. 

Hummm. Common sangat. Tak annivers pon dinner jugak. 

Habis tu? Cameron?

*blink2* *blushing*

Setahun kawen gaiss, Terengganu je tempat betol2 travel untuk relax. Yang lain mesti ade supplimentary programme. Tu pun Terengganu was my honeymoon. Lepas tu preg, mabuk, ceaser, recovery, then last beranak. Sambung pulak dengan pantang. Long journey I thought. 

When 20th come, its on Sunday. Tak kan nak cuti pulak. Bior je ler. Ambik date 25th. Biar lambat, asal rembat. Eyh. 


Around 2pm arrived Heritage, Tanah Rata. Si bie pun dah bangun. 2kali tido dalam kete, bangun dalam kete lagi. Dia pun sambung tido balik. Baik betol anak mummy. #muahciked


So letak bie atas katil, kami laki bini ambik turn siapkan diri. Dan bie masih lagi belom tido. Lepas dah siap semua, baru dia tido. Mek pulak layan sinetron tv3. Sambil husband google mane Boh Plantation Sg Palas. Ingat nak pegi lepas asar, rupanya closed at 4.30pm. So, tukar plan. 


Pegi tea time dekat Bharat Tea. Atas sikit dari Tanah Rata. Saje je la kan. Datang Cameron tapi tak pegang dauh teh segar, cam tak sampai hajat tu. Ehem.


Bie yang dah bangun dari lena. Naseb tak banyak bunyi. Senyum2 je. Ramai duk tanya, tak sejuk ke anak tu. Entah. Bie tak sejuk kot. Ok je tu. So nah, potret keluarga setahun. 




Tak dilupakan juga, anak sulung ku ini - Ozzy. Dia pun pertama kali jugak jejak tayar ke Cameron Highland. So, adil tak mummy gaisss? #jangankecammummy


Around 6 dah kot gerak pegi pasar malam Brinchang. Memburu strawbery untuk santapan. Buru punya buru, dapat la strawbery dan sweater untuk bie. Nak cari yang bulu2 tapi tak de. Sebab makin malam makin sejuk pulak cuaca.

Malam tu dinner dekat kedai orang Kelantan tu je. Yang dekat belakang masjid tu. Sebab biasa situ je tempat makan. Yang lain cam tak yakin pulak nak jejak kaki. Even kedai mamak/mamu.


Balik Heritage, bie cam dah ngantok. Mula2 naik bilik dulu pastu rase nak tengok serounding Heritage time malam pulak. So turun la pegi visit. Ni tempat lepak2 la kot. Bukan dekat lobby. Entah specific nye ape.


Berjaya tidokan dia. Sian pulak tengok gambar ni. Mek pun nampak tak terurus dah. Ni pukul 11 dah kot. Naik bilik terus nyenyakkan diri. Esok nak sambung pulak menjelajah Cameron. 


Morning view from Heritage! Fresh air betul la kat sini. Nyaman sangat. Kalau dapat stay sini best jugak. Keje ke kat sini, eyh 😊


*sayang, tidur saja sayang. Lupakan saja semalam* - Faizal Tahir


Papa, tu ape?

Itu ikan bie. In english we called fish. 

Time lepak semalam tak nampak kolam ni. Sebab gelap. So pagi after breakfast bawak lagi si bie datang snap gambar kat kolam ni lagi. 


Boring la mummy asyik snap gambar je. 

Heritage ni cam bangunan omputeh punya style. Combination warna hitam putih. Pastu design vintage. So pose la kononnya sedang bercuti di negara asing.


Lepas dah check out, pergi MARDI Tanah Rata. Time ni suhu 21c. Sejuk jugak tapi ade sinaran matahari. Jadi nyaman je la. Bie pun rimas dah pakai sweater. 


Papa tengok 'Girls Next Door'

Haiipppp


Ni effect makan aiskrim strawbery MARDI. Jadi manis pulak. Biasa nampak boy. Gambar ni nampak gegurl dah. Olololo..


Mummy yang acah2 sweet. 
Papa yang bermuka bosan. 
Bie yang dah penat melayan. 

Dah habis pusing MARDI, teruskan perjalanan ke Brinchang pulak. Sebab nak balik dah. Singgah beli strawbery dekat pasar then nak pegi Boh Sg Palas. Tapi si bie pulak meragam nak tido. Cam kena rasuk pun ade. Takot, so tak jadi la. Singgah Lavendar Garden je.


Lavendar Garden pun tak banyak gambar untuk memori sebab dia meragam nak sambung tido. Aiskrim lavendar pun tak nyempat nak rase. Mungkin rezeki lain kali la kot. 

Itulah perjalanan suatu hari annversary. Tahun depan cam mane pulak gayanya. 

Till next, take care everybody 😊


Sekian..




Dulu Sahabat, Sekarang Tak

Salam alaikum.. 

Agak banyak kali jugak pikir nak buat post ni. Lepas banyak kali pikir, tulis je la. Dengan niat kalau orang lain baca or terkena jugak mcm ni, so this entry could be a motivation for ue. Hope so..

So,

I used to have a friend yang baik. Dia baik la. Sebelum kenal tu rase jugak yang dia ni agak sombong but after dah 1month get long, oh ok jugak minah ni. Boleh la buat kawan. Sekepala. Lagi2 kita orang jiran tetangga. So merapatkan lagi la hubungan tu. 

Most of the time, i reffered her. Apa2 je la cam pasal hubungan ke, pasal daily life ke. Memang tanya dia. Kiranya i rase dia penasihat la. Good listener and gave me such a great ideas and advices. Seronok la kan. Lagi2 i xde sisters nak refer. So dia replace tempat tu. Rase mcm nak buat apa pun yakin je sbb ada sokongan. Even kadang buat benda jahat skit, pun ok je. Hahhaha. That time laa..

Apabila menyewa bilik sekali, i tido dengan dia. Satu bantal la orang tua cakap. Walhal bantal masing2. Just kongsi katil je. Tapi kita orang punya rapat, sampai semua benda kongsi pun tak de hal. Baju tu nak gilir2 pun tak pe. Tak kesah babe. Ambik la as long muat nak pakai. Kereta sekali pun, kalau i dah tido tapi dia nak keluar, tak kesah dia pakai kereta tu. Boleh kongsi semua benda. 

Bila i start couple dengan my husband, around june 2012, dia masih lagi ok. Even time tu i ade banyak circumstances, dia punya sokongan memang padu. Macam2 dia bagi nasihat supaya stay strong. Everytime i sneaking out dengan my future husband (that time) my mom boleh tahu. Pelik jugak. Pasang cctv ke apa mak aku ni. Tapi pernah mummy mengaku yang dia upah spy supaya ikut mek. That time, memang hati2 sangat nak keluar. Future husband kena datang guna kereta kawan la, kena ambik belakang rumah la. Termasuk jugak jumpa tempat tersembunyi yang sure orang tak pegi. Tapi still mummy tahu jugak. Pakai gps dekat badan ke apa dapat tahu exact place and time ni. 

Tapi kan, Allah tu maha adil. Semua orang pun tahu Allah tu maha adilkan. Allah akan tolong orang yang teraniaya. Tu memang janji Allah. Mek yang sejenis akan terjaga jam 3pagi. Time terjaga tu biasanya mek akan bangun minum air, pee and sambung tido balik. Kawan mek pulak sejenis yang tido lepas subuh. So time tu la dia nak bergayut dengan boyfie dia. 

One night, bile terjaga tu, i dgr dia cakap dengan boyfriend dia pasal mek and future husband tu. So mek decide untuk pura2 tido. So the conversation was so longggg. Dalam conversation tu, dia cakap la kenapa dia interfere dalam hubungan mek. Kononnya nak convince boyfie dia yang she had done the best for  me. And that the time mek realise yang i had friend at the same time musuh yang sedang menikam belakang aku. 

Well, sebenarnya kalau lah dia berterus terang ketika itu yang sebenarnya dia tidak menyokong mek and future husband, mungkin tak apa kot. Mungkin la tak akan jadi dendam sebegini rupa. Disebabkan dia duk nasihat macam menyokong, itu yang hurts me most apabila dapat tahu yang dia sebenarnya spy mak aku. Dia rupanya gps tu. Dia rupanya yang update every single action.

Banyak jugak finding lain yang mek jumpa contohnya handphone baru dia kononya daripada boyfriend dia sebenarnya datang dari hasil spy mek. Keluar malam2 dengan boyfriend rupanya keluar dengan mummy. Mesej and call tak usah cakap la, semua relate dengan my family. Im clueless that time. Really tak tahu nak buat macam mane. But of course, mek tak cakap sangat dah dengan dia. Dia pun perasan dah time tu. 

Im all alone that time. Just dengan future husband je la. Oh dan tak lupa kawan dunia akhirat 4orang tu. Tak tahu macam mane dia boleh terpikir nak tikam kawan sendiri. Hati busuk agaknya. Dan cerita itu berakhir bile kita org pun dah tak tinggal sebumbung. I end up with leave her. Let her be. As for my mom, i didnt talk much with her. Sehingga sekarang pun i tak rapat sangat dah dengan my mom. Atas alasan yang sama, how could my mom done that to me. Kokye tak suka, cakap depan2.

Sekarang dia pun dah ade kehidupan sendiri. Dah anak sorang dah pun. Macam mek jugak. Tapi sehingga sekarang, mek betol2 sakit hati bila ingat balik, bila tengok muka dia, bila my mom pop out name dia. I think hati mek still tak maafkan dia. Walaupun semuanya dah berlalu. Walaupun mek dan husband dah selamat diijabkabulkan. Dah selamat beranak sorang. Tapi hati mek tak maafkan lagi dia. Ramai jugak yang suruh mek maafkan dia tapi is hati kan. Hati tak menipu. Kalau dia sayang, sayang. Kalau marah, marah. 

And now i heard yang dia ade masalah sikit pasal rumah tangga dia. Tak de la sampai tepuk tangan bersorak bagai. Yang mengacau hubungan dia pun kawan dia jugak. It make me think, maybe its time for her to feel what id been through, dulu. Mek pun tak de cakap alhamdulillah untuk berita tu. Tak de cakap serve your right. Just terfikir macam tadi je la. Mek pun tak de la bahagia sampai tak pernah bergaduh langsung dengan husband mek. Gaduh jugak. Mane nak ada hubungan kekal bahagia macam time akad nikah.

Pesanan untuk korang yang belum terkena, dah terkena, ade niat nak khianat kawan - jangan ye. Please. It hurts a lot. Lepas tu dah tak kawan dah. Patutnya hidup sementara bukan nak tambah musuh. Hidup sementara nak bahagia akhirat dan dunia. So, be natural. Kalau betol tak suka, cakap. Dont be fake. Jangan betray. Ingat tu ok?


Pesan pada hati, supaya lebih berhati-hati. Kelak nanti kan patah hati 😊✌️

Sekian..