Aku Bukan Kurita

Salam alaikum..

Pehal pulak kurita bagai ni..

Well, selama ni kerja dekat rumah bukan la mek yang buat semua. Dari zaman anak dara hingga la dah bergelar isteri. Tak de la mereput je kat rumah tapi kebanyakkan nye mummy or husband yang buatkan.

Dulu time anak dara, mek consider since tingkatan 1 la eyh, mek sekolah asrama penuh. Balik rumah hanya sebulan sekali and time cuti sekolah je la. So mummy tak suruh sangat buat kerja rumah ni, just kemas bilik sendiri je. Jadi dalam bilik tu mek kemas la cadar kena tegangkan, towel sidai kat luar kalau tak nanti bau hapak pulak bilik. Menyapu, lap almari tu sekadar dalam bilik je la. Yang luar rumah semua mummy buatkan. Masak kat dapur pun tolong2 je. Tak de la nak masak sampai boleh makan. Sendunya. Rutin tu berlarutan hingga la kerja. Bila borak2 dengan ofismate yang same umur boleh masak tu masak ni, rase diri tak guna betol. Sebab yang tahu tanak nasi and goreng telur je. Sigh.

Hinggalah dah sah jadi milik orang. Dah ada rumah sendiri. Barulah berubah sikit. Masak tu kena google resepi. Lunch time mesej husbnd nak makan apa. Sebab nak google resepi and beli bahan dekat pasar. Siap print weeiii resepi tu. Selambak dah dekat rumah. Amatur sangat. Kemas rumah pulak buat sekali seminggu je. Lap kabinet je pun. Yang lain husband uruskan. Laundry dia buat. Jemur pun dia. Tinggal lagi lipat dan iron, mek buat. Tehee. Useful dah sikit. Menyapu and mop rumah pun kadang dia yang buat. Oh, bukan kadang. Memang selalu. 

Sejak dah ada anak pulak, memang mek jaga anak je la kot. Masak pun mak mertua. Yang lain macam biasa lagi. Cuma sekarang tambah laundry baju anak. Itu mek yang buat. Tapi siesly, jaga anak ni penat jugek. Aimy pulak kalau nak tido nak kena dodoi keliling rumah. Nak dengan mek je pulak tu. Kalau pagi, bukan tido lame. Kejap2 je tido. Tak nyempat habis makan dah bangun. Mostly makan sambil pangku dia. Kalau letak atas tilam, lagi cepat sedar. 


Saya la tu budak yang nak tido kena keliling rumah kononnya macam naik kereta. Kan? 

Sekarang baru paham, kita bukan kurita boleh buat semua benda. Baik di rumah or tempat kerja. Perlu ada orang untuk membantu. Kecuali kita duk sorang2. Nak sweet2 macam baru2 kawen, acah2 semua benda buat sesame, bile dah ada anak ni tak boleh cam tu dah. So, untuk suami, tolong lah isteri anda yang mane patot. Janganlah tengok je. Isteri pun pandai2 la curi masa siapkan yang mana patot. Kata nak kongsi hidup sampai ke syurga. Takkan la anak sorang dah nak give up, ye dak? 


Sekian..

Tersirat sebagai Banker

Salam alaikum..

Kali ni bukan nak review, tapi nak kongsi kisah mek yang sebagai banker.

Some netizens labelkan Banker ni balik lambat, selalu tak ada masa dengan keluarga, hamba kerja dan seumpamanya. Tahu tak, its make me sick, muak, bored dengan semua perkataan tu. 

Apa kau ingat Banker sengaja balik lambat? Kami balik lambat sebab nak selesaikan tugas kami. Yang urusan harian anda, transaksi anda lakukan bukan hanya berakhir apabila anda melangkah keluar dari premis kami. Mungkin nampak mudah bagi anda, tapi banyak lagi procedure yang kami kena lakukan. Dari bawahan hingga atasan. Mungkin anda boleh katakan, esok masih ada. Tapi bukan untuk Banker. Esok adalah hari baru kami. Mulakan yang baru. Bukan yang semalam dan kelmarin. Pelanggan kami bukan orang yang sama setiap hari. Urusan yang berbeza.

Kalau boleh, kami nak balik awal ke rumah. Nak tengok matahari terbenam dari rumah. Nak dengar azan maghrib dari rumah. Nak ambik anak di taska seawal yang boleh. Tapi kadang dalam sebulan, berapa hari sangat yang kami dapat menikmati seperti itu. Banker tak merungut pun kena lalui realiti macam tu demi rezeki yang dicari untuk keluarga. Jadi kamu sebagai netizens yang hanya melihat, jangan hanya menunding jari sahaja. Kami berkhidmat untuk kesenangan bersama. Bukan untuk diri kami semata mata.

Jika nak dibandingkan dengan kerja gov, penswastaan memang tak akan menang. Gov lebih cair disiplinya. Sebab tu jika berurusan dengan pihak gov biasanya lambat (certain pejabat la). Tak dinafikan, nak kerja mudah, masuk gov. Pencen pun ada. Nak pegi awal atau lambat, siapa peduli. Asalkan hadir ke pejabat. Masa effective di pejabat, siapa kisah. Hasil kutipan, dana untuk kerajaan, siapa peduli sikit atau banyak. Cuba kalau Banker yang buat macam tu, masih ada lagi ke institusi perbankan di Malaysia? Mungkin ada untuk simpanan. Tiada pelaburan, tiada pinjaman. Sebab? Sebab tiada dana untuk itu. Pelaburan dan pinjaman itu, biasa siapa yang terlibat? Bukan ke netizens? 

Kalau nak senang, bukak perniagaan sendiri. Untung rugi awak sendiri yang tanggung. Awak nak komit atau tak, terpulang. Banker kerja bukan untuk kepuasan diri tapi untuk sejagat. Tiada guna belajar tinggi tinggi tapi tak ada kerjaya. So, balancekan lah. Bukan Banker kena tido kat premis pun tiap hari. Tiada kerja yang mudah yang boleh ikut apa je yang kita suka. Paham kan?



#jangankecambanker

Sekian..

40Days of Confinement Story

Salam alaikum..

#TajukTakNakKalah

😜😜

So, confinement period dah habisss. Officialy grad daripada pantang tu pantang ni. But yes, certain things kena jaga lagi lerr. Ye, certain. Most dah grad 👍

Time budak budak dulu sampai lerr zaman mengandung, pantang ni benda mudah je wooiii. Tak perlu kau nak risau sangatlah dengan pantang ni. Ye la kan, ikut je apa orang tua larang. Lagipun 40hari je. Hak alah, tak kan tak tahan kotttt.. Typical me time tu.

After giving birth to Aimy, since day one balik rumah, bermula la sesi pantang. Mak mertua mek yang jaga mek. Makan memang makanan pantang. Tapi naseb mak mertua dah alert apa yang mek boleh makan and tak leh makan. Time operate hari tu pun kena pantang jugakkan. So, dah lalui lerrr sesi ni. Kacang je nii. Typical me on that time.

Pantang ada baby dengan tak ada baby, lain yakmatttttt mak enon sekaliannn. Alhamdulillah Aimy tak de jaga malam, nangis2 tak tahu nak apa. Dia just awake for susu only. Tapi every 2hours. Tak miss langsung. Jadi, dah mula sesi stress. Yela, biasa malam tido cukup, tetiba kena bangun. Lepas nyusukan Aimy, nak lelap mata balik bukan mudah jugak. Dah baru nak lena, anak bangun lagi mintak susu. Haaaa... Kata nak jadi ibu, memang jadi la kali ni.

Bangun pagi, mata dah tak boleh nak tido jugak sebab dah lama kita bangun pagi pergi keja. Tapi best bangun pagi, mak mertua dah siapkan air mandian herba untuk mek mandi. Air panas. Sukaaa.. Lepas mandi, breakfast. Breakfast biasa je on first week. Since mek pun suka minum milo and makan biskut pingpong, so bab tu tak de masalah bagi mek. Just doing fine with that. Cuma, bila nak lunch tu, jadi masalah sikit. Sebab makan lauk ikan je. Bakar pulak tu. Hanyir ler bg mek. Tengok orang lain ok je makan. So lunch on early 2weeks tu, minum milo atau horlick and makan biskut je lerr. Tak selera sangat dengan nasi. Dah lepas 2minggu, baru start makan ayam bakar. Baru nak selera sikit. 

Sesi urut mengurut pulak, mek hire tukang urut je. Bukan bidan. So time dia urut tu betol2 rasa la. Kadang yang bidan ni urutan dia macam tak rase sangat. Tapi terpulanglah kat korang. Pendapat masing2kan. Tapi agak costly jugak la urutan + bertuku sehari around 2jam rm50. Mek hire dia 12hari. Sigh. Tapi tak pe la asalkan best. Tapi betul orang tua cakap, lepas beranak kena mengurut and bertuku. Mengurut and bertuku ni untuk sehatkan badan balik. Baru rase cergas sikit la. Tapi dalam 40, tak boleh buat keje sangat. Tapi tu bukan alasan untuk tidooooo je memanjang. 

Paling penting dalam 40hari berpantang, memang betol2 kena jaga emosi. Bukan diri sendiri je kena kawal emosi. Husband dan sekeliling kena turut membantu. Kalau tak, lain jadinya. Sebab kadang, benda kecik je pun, tapi bagi orang berpantang benda kecik pun boleh jadi hal. Kalau mek pikir logik sebab orang dalam pantang ni banyak benda dia tak boleh buat sendiri. Banyak bergantung dengan orang. So mood akan down. Rase diri tak de kemampuan nak buat benda. Tu yang mood boleh jadi swing dengan tetiba. Lagi2 kalau husband pun turut serta menjadi penyumbang utama keruntuhan emosi. Sigh. So, husband kat luar sane, sila jaga emosi bini anda.


Kata happy wife, happy life. So, buat la bini anda gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati 😍😍


Sekian..