Journey of BreastFeeding

Salam alaikum..

Dah jadi mak ni, cerita pasal mak mak la pulak.

Review skincare, nanti2 kita buat ye. Post ni untuk info, teladan, pedoman, dan sharing is caring 😉

Dari awal pregnant lagi kalau orang tanya mek, nak fully breastfeeding atau nak bagi formula milk dekat anak? Of course mek jawab nak bagi bf. Sebab since 7month lagi susu mek dah keluar. Malam2 menitik je keje. Habis basah baju, tilam cadar segalanya. Confident level untuk breastfeed tinggi tahap everest. Husband pun menyokong sebab susu banyak. 

Day 1 beranak, alhamdulillah lepas je beranak, after baby dah siap mandi, nurse suruh feed, dapat la feed baby and baby pun pandai hisap. Dah lepas satu bab. So, all day 1 tu memang fully breastfeed. Sukanya lahaiii..

Masuk day 2, dah balik rumah, breast pump ade, bile lagi nak guna benda ni kan. So, lepas feed, baby dah tido, mek pun pump lerr. Pam punya pam sampai 10min per breast, dapat 10ml je. Macam, are you been kidding me? Mane yang kau duk menitik malam2 tu? Sampai lencun habis segala kain. Mane?? Time tu serba salah nak menyimpan susu. Nak simpan ke nak buang? 10ml gaissss. Letak dalam peti buat apa. Letak kat luar sekali baby slurpp, habiss.

So, start la stress in breasfeed. Habis segala medium mek guna nak tambah ilmu, how to gain your milk. Ada yang suruh minum horlick, ade yang minum nespray, ade yang makan lobak putih, ade kawan tu memang dah susu banyak. Tak payah makan milkbooster. Segala jenis yang kat atas, mek try. And guess what, satu pun tak jadik milkbooster! Stress!! Tak tahu dah macam mane nak gain milk bagi banyak. Maksud banyak tu, boleh buat stok la. Ni sekali pam bagi anak, dah tak de stok dalam peti. Sedih. 


Malam2 lepas menyusu anak asyik google je keje. Jumpa la forum kat atas ni. Sentap mek bace dia punya komen. Mak2 lain pun duk risau macam mek la jugak susu tak banyak. Datang dia ni komen 'back to basic principle demand vs supply' sentap. Terus tutup phone, sambung tido. 

Day by day, go through cam tu je la. Pam susu ngam ngam dengan keperluan anak. Buat stok memang tak langsung. So mek nekad, nak ambik pil suruh bagi susu keluar banyak.

Jumpa doc, cerita segala usaha dekat dia, dan dia cakap 'its quite much your milk for a month old baby. But if you wanna make stocks, recommended to take pils. But not too much as it can cause headache' walawehhh, cukup susu rupanya? Biaq btoii..


Rugi dan menyesal tak google article ni awal2. Tak pasal2 downkan mood sendiri. Berperang dengan emosi sendiri. Padahal memang dah cukup untuk baby. Memang baby perlukan 70ml je untuk sebulan umur. Tu per meal la. 


Duuhhh, mummy takot susu tak cukup untuk bie. Sebab bie menangis macam sakit kalau susu lambat panas. Celik je mata, susu nak kena ada dalam mulut dah. 

Anyway, out there mommies, jangan give up ye in breastfeeding your baby. Mek tahu it felt so terrible kalau tak dapat bf anak. Try la apa jua cara untuk boost up your milk. Kalau kena telan pil, telan je la. 

Anything for baby..

Sekian..

#BreastFeedingJourney









Starship at SCIPP

Salam alaikum..

Its been while i didnt post anything in my blog. So here another story to be told.

Biasalah, dalam confinement period, mestilah kawan, saudara mara and ofismate datang kunjung mengunjung. Menjenguk ibu berpantang dan new baby. Kan..

Mek pun same, terima kunjungan macam tu jugak. Yang seronok, kalau kawan dah lame tak jumpa then dapat jumpa. Kalau selama ni busy je memanjang, sekarang dah ada reason nak jumpa. Macam mek la, kalau dah start keja balik, mane nak ada masa nak pegi rumah kawan hujung minggu. Tak de masenya. Kecuali dengar kawan tak sehat ke, jemputan kenduri ke, baru la spend time nak pegi. Kan..

Sekarang, lepas dah alami sendiri confinement period, baru faham why orang sakit or orang buat kenduri ni, kalau dah dia jemput kita pegi, tapi kita tak pegi, akan terasa. Sebab berharap. Sebab dia ajak sebab dia nak jumpa. Kalau tak, tak ada maknenya kau nak pegi sesaje. Ok, baru paham. 

Everytime kalau kawan or relative call mek, tanya ada kat rumah ke tak, mesti dalam hati ni berbunga. Waaa! Rase yeay! Ada orang nak datang melawat. Boleh la borak2. Gelak2. Tu je sebenarnya. Cer kalau dah keja, ade tak nak buat macam tu? Dengan ofismate depan meja boleh la. Kan..


To my dearest friends, tiela, suming and tiwa - thanks ye datang. Kalau tak kerana aku berpantang, kita tak ade mase nak jumpa. Walaupun dalam state yang same.  Dah datang, banyak jugak cerita yang lambat update. Tehee..


To my dearest friend jugak, sara and nyna - korang lagi la, ade keje pun sanggup datang. Thanks for making time for me. Walaupun mase skolah tak rapat sangat, tapi its not a barrier untuk kita rapat kan. 

So, korang kalau kawan jemput datang rumah tu, try to make time for your friend. Bukan dia nak mintak duit pun. Dia nak bonding time je. Kan..

Sekian..