Safely Delivered

Salam alaikum..

So, the baby had come out!

Alhamdulillah, mek dah selamat deliver sorang baby girl on 19 Dec 2015 @ 0824am. 

That pengalaman memang memorable sangat untuk mek. And mek rase sape2 yang dah mengandung and dah beranak mesti rase same cam mek jugak. 

Hari tu, hari jumaat. Biasa mek balik kampung husband kalau tiap jumaat. And balik rumah around 11pm jugak la. Tapi that jumaat, mek bgtau husband yang mek nak balik awal. Kalau boleh lepas sembahyang asar dah nak balik. Lagi pulak mek nak cari tong air untuk bilik air mek. Nak cari yang tinggi sikit so senang lepas bersalin nanti tak yah tunduk2 lagi. So husband pun setuju.

Lepas solat asar, terus balik rumah. Singgah Wakaf Che Yeh, tong yang nak tu takde. Singgah bandar Pasir Mas. Dapat la tong yang diidamkan tu. Time tu dah nak maghrib. Sampai rumah, orang masjid dah start sembahyang dah. Mek and husband pun siap2kan diri, sembahyang, baca quran and siap2 untuk dinner. Mek tak rase papepon. Mek prepare dinner tu ok je. Cuma, mek rase tak nak makan nasi. Malam tu mek minum horlicks and biskut cap ping pong je. Padahal tanak nasi dua orang makan. Jenuh husband nak habiskan. Hehe. 

Dah siap dinner, dah siap isyak, macam rutin biasa jugak, tengok tv. Malam tu jam 10 movie Italian Job kat astro citra. Dah tengok banyak kali pun, tapi sebab best, nak nonton lagi. Lepas siap sesi ngurut mengurut antara kami laki bini, mek terlelap. Husband je la yang tengok cerita tu. Dah jam 11 dia kejutkan mek untuk makan Iberect and Ganilia. Siap makan, mek baring kat sofa pulak. Time tu rase nak kencing tapi malas pegi toilet. Tunggu lah dulu. Lepas tu tetiba keluar air. Eyh, rase macam, takkan aku tak leh tahan kencing dah kot. Pegi bilik air, kencing kuning je. Ok la. Basuh2, keluar lagi air. Jernih. Ade lendir. Mek dah start rase, mungkin mek dah turun air ni. Keluar bilik air husband cakap lame betol dalam bilik air. Mek tak cakap apa pun. Sebab kalau cakap, takot salah pulak. Tak pasal2 buat orang panic. Mek duduk lagi dekat sofa. Husband duk buat maggy kat dapur. Siap dia buat maggy, air turun lagi. Kali ni kat sofa. Mek cakap, ni bukan kencing lagi dah, ni dah air ketuban ni. So husband mek ready nak pergi hospital. Perasaan kami time tu, campur baur. Teruja, mungkin balik nanti dah bawak balik baby sekali. Takot sebab, entah cam mane la nak beranak tu. Normal ke ceascer ke. 

Dalam kereta mek tak banyak cakap. Perut tak sakit, pinggang pun tak sakit. Cuma baby dah mengeras. Husband pun tak cakap banyak jugak. Sesekali je tanya, sakit tak. So sampai hospital around 12am. Daftar siap masuk tunggu untuk check up. Ramai jugak la yang duk tunggu turn. Ade yang dah sakit perot, ade yang tak sakit lagi macam mek. Sekali dengan mek ade 3orang duk tunggu. Lepas tu kejap2 dengar baby nangis. Akak kat tepi tu cakap, yang nangis2 tu baby baru lahir. Time tu perasaan ya Allah, selamat la aku time beranak nanti. Selamat semuanya, permudah segalanya. Husband tunggu kat luar. Time check up, husband tak leh masuk teman. Kejap tu nurse suruh mek baring atas katil. Dah siap bagi tag pink suruh pakai. Hmmm, masuk ward la ni. Baring la mek kat atas katil tu dengan pasrah. Nurse pun pasang la benda alah yang nak check CTG baby. Mek sempat jugak la tido. Bangun2 tengok jam pkul 2pagi dah. Doktor datang check jalan, baru bukak 1cm. Hmm, lambat lagi la. Doktor suruh stay dekat ward and mungkin beranak around 10pagi. Redha dan pasrah, masuk ward. Lengang gile ward sebab pukul 3pagi. Orang tak ramai and most dah tido. Oh, check jalan tu kan, mungkin doktor yang treat mek tu buat lembut kot. Jadi tak sakit. Rase senak sikit je. Alah, senak yang macam time tutt je. Hehe..

Husband mek balik tido rumah atok dia. So tinggal la mek dengan mak mertua kat ward. Time husband balik, tak rase pun sakit. Sakit sikit2 je la. Macam senggugut period tu je. Still boleh tido lagi. Dalam fikiran mek, aku kena tido. Esok nak guna tenaga banyak. Tapi tido dapat 2jam je. 5.30pagi tu, mek dah rase contraction yang kerap. Bangun pegi toilet nak buang air kecik. Tengok pad dah ada darah. So no wonder kalau contraction makin dirasai. Pegi dekat katil, mek breakfast milo. Sebab ingat balik semalam makan biskut je. Around 6.30 rase sakit, pegi dekat kaunter nurse cakap nak check jalan. Terus naik katil, nurse check cakap 4cm. Kalau 5cm dia tolak masuk labor room. Nurse suruh balik kat katil. Mek dalam hati, 7.30 nanti nak check lagi sekali. Tapi, contraction makin kuat. Mata ngantok. Nak baring tak leh dah. Duduk kat kerusi je mampu. Time contraction bangun sandar kat katil jiran. Fuuuuhhhh, sakit. Sakit macam senggugut tu jugak la. Baby mengeras. Tu tambah sakit. Tunggu punya tunggu, 7.15 tak tahan dah, mek terus pegi kaunter, cakap contraction dah rapid sangat, check jalan dah 6cm. Nurse suruh baring nak tolak masuk labor room. Sempat la msg mak mertua and husband cakap nak masuk dah. Time kena tolak masuk labor room tu, memang sakit nak meneran dah. Kaki dah tak boleh nak straight. Nak angkat and kangkang je. Nurse berapa kali jugak la duk luruskan kaki mek. Pesan jangan teran sebab bukan masanya lagi. Wuuuhhh, tak leh tahan time tu. Mek teran jugak. Automatik.

Sampai dekat labor room, masuk room no 11. Dia tukarkan baju, bukak jam, letak handphone dalam satu beg. Naseb nurse yang handle mek tu baik. Tak kasar and garang. Elok je dia cakap. Time tu mek pegang kuat2 uniform dia, dia ok je. Tak nampak rimas la dengan kelakuan mek tu. Tengok jam dah pukul 8. Check jalan pun dah bukak habis. Doktor cakap tunggu husband mek kejap sebab husband dah sampai, tengah parking. Kejap tu husband sampai, siap pakai baju biru dah. Tanpa melengahkan masa, mek terus teran. Tak tunggu arahan dah. So, bermula la sesi pertarungan. Nurse 3orang, doktor lelaki sorang and husband. Dia orang la yang duk bagi semangat 'ayuni, sikit lagi, sikit lagi, teran macam nak yak sembelit'. Haaa, itulah antara ayat semangat. Tapi mek auto nak teran sebab kita dah sakit sangat. 

Tapi, episotomy aka gunting jalan berpisah tiada kalau lahirkan anak sulung. Siesly, sakit kena gunting daripada sakit nak beranak. Dah la time teran tu, boleh imagine muka mek memang buruk giler. Naseb tak ada cermin depan tengok muka sendiri. Mek tanya husband, buruk tak muka time nak teran tu, dia gelak je. Yela tu, buruk la tu. Nak cakap direct kut terasa hati, kan? Hmm.. Dah kena gunting 3x, keluar la baby girl mek. Time dia angkat tu, mek nampak tapi mek cam tak larat nak sebut. Husband kat tepi dah senyum cakap 'Aimy'. Mek pun senyum jugak. Tapi tak ada la sesi air mata. Mungkin sebab sakit kena gunting kot. Dah baby kat atas perut, husband Qamat. Pun senyum jugak. Tak keluar air mata. Penangan kena gunting, habis mood hilang. Dalam hati, tak henti cakap alhamdulillah sebab semuanya dah selesai dengan baik. Walaupun kena gunting.


Inilah saya, Aimy Amani bt Mohd Khairulanwar. 
Berat saya time lahir 3.5kg. Lepas 9hari, 3.7kg. Lepas 17hari, saya dah 4.2kg.

Semoga anak mummy and papa membesar dengan hebat, jadi kalangan orang yang berjaya akhirat dan dunia. Seimbang. InsyaAllah. 

Sekian..


Fair and Lovely Multivitamin

Salam alaikum..

Fair and Lovely - bukan sekadar krim biasa, ia ibarat rawatan laser. 

Urmm.. Betol ke? Since the day mek tengok iklan tu kat tv, mek wondering nak percaya ke tak. Bagi mek, kalau krim tu boleh kalahkan krim yang mahal, so tak de la orang kena habiskan duit untuk jaga kulit wajah dia orang. Tak gitu?

So, its been years and months that been through. Satu hari, laki mek pergi 7E nak cari majalah Pa n Ma. Tapi time tu keluaran baru tak de kluar lagi. Jadi dia decide beli majalah Remaja. Dia tertarik dengan free gift Fair and Lovely. Yeke? Sebab time tu cover girl Zahirah Mcwilson. Laki mek suka jugak artis tu. Tapi tak pe la. Yang untung nye mek sebab dapat that trial pack of Fair and Lovely Multivitamin. 


Dia bagi trial pack untuk cream and pencuci muka sekali. 

Jadi mek pun apply la this cream. Sbelum ni mek hanya apply pelembab muka je sebelum pakai cc cream. Takot jugak sebenarnya nak pakai benda yang kita tak biasa pakai ni. Takot muka tak sesuai, elok2 tak de ape2 tiba2 boleh jadi pimple and so on yang berkaitan. Tapi sebab nak try jugak, jadi try la kat muka sendiri. 

For a month mek apply cream ni. Alhamdulillah ianya suit dengan mek. So far tak de masalah yang timbul. Semuanya ok je. Kulit muka mek jenia kering. Jadi memang kena apply pelembab before pakai any foundation and powder. Kalau tak, nampak veryyyy dry. Semenjak mek amalkan benda ni, mek rase bila dah siap make up tu, make up lebih tampak real, soft blend, and tak mudah untuk hilang kalau sweating. 

Ade jugak yang mek baca dari blogger lain, yang dah try and give review bout this cream, some kata ok, some kata tak. Tapi sebab kulit kita lain2. Jadi kita tak leh nak judge benda tu tak elok. Cuma kalau nak pandangan, ye silakan untuk google bout this review. 

Untuk mek, benda ni boleh di applykan kalau kulit korang jenis :

1. Tak bermasalah sangat
2. Dry skin

Kalau ada pimple, mek tak recommend korang untuk apply this cream. Sebab dia tak de specific ingredient untuk hilangkan pimple. Yang nak kulit putih gebus pun tak recommended untuk cream ni. Dia bukan la untuk putih sangat. Baik korang consume aura white or seangkatan dengannya if nak gebus. 

Jadi..


Mek akan teruskan langkah mek untuk guna this cream. 

Lain kali mek upload sekali gambar mek yang dah siap di make up guna benda ni ye. 

Sekian..





Overweight in Pregnancy

Salam le readers..

Semalam pergi check up baby. 34weeks.

Masa check up tu macam biasa la dia suruh timbang berat badan. That meter shows 64kg! So mek macam 'oo, naik 2kg then past 2weeks.' Sudden, nurse calculate since 1st check up, time tu mek punya weight 46kg. Then dia cakap, mek dah overweight around 8kg! 

Normally untuk preggy mommy yang ber-BMI normal sebelum preg, berat ideal untuk sepanjang preg increase by 10-12kg je. Tu pun sepanjang preg 9bulan. Bukan 8bulan dah overweight. 

Kesudahannya mek kena check up air kencing dan blood pressure selang shari. Sebab mek punya kaki dah start sembab, jadi dia suruh pantau blood and urine takot2 nak kena sawan a.k.a pre klampsia. Sawan time pregnant ni, bahaya untuk ibu dan anak. Once sawan, kita hardly breath. Then oxygen pun tak sampai dekat baby, so dua2 boleh lemas and gone. Nauzubillah. 

Tapi mek rasa, mek bukan overweight sebab nak kena sawan ke apa. Mek overweight sebab mek punya diet tak betul. Biasa sebelum pergi keje, mek akan minum susu kambing and makan kurma. Nak elak jaundice. Lepas tu around 10am bukak bekal roti tenyeh peanut butter. Air suam je la. Lunch pulak ambik nasi and ice cream. Something sweet. Kalau nak subtitute pun dengan choco bar kitkat. Dinner makan nasi sepinggan, lauk tak kesah. Air sunquick atau sirap bandung atau worst - soft drink. Untuk supper biasa makan buah la. Kalau tak ada buah, bedal roti. Banyakkan mek makan? Tu sebab overweight 8kg!

Itu pengalaman mek in overweight. Korang kalau tak nak overweight, makan la diet seimbang ye. Makan banyak ulam, yang rebus2. Kurang makan manis. Macam mek, mek berselera nau lepas operate hari tu. Tapi mek syak makan iberect buatkan lagi mek berselera. Vitamin B tu untuk tambah selera makan, kan?


Nilah mommy to be yang overweight 8kg tu. Nyempat lagi nengok Spectre walaupun dalam keadaan boyot. Oo tak lupa juga, popcorn sekotak dan air pepsi gelas besar, turut dihidang ketika ini. Terima kasih. 


Sekian. 


Blues

Salam alaikum..

Waaargghh, rase nak nangis je kalau bangun pagi tetiba sedar diri ini dah terjangkit dengan blues. 

Blues ni macam stress yang kita dapat tapi tak dapat settle down dengan cepat. Lepas tu moody. Blues la tuh namanya. Faham dak?

Hari ni dapat blues sebab satu terbangun dari tidur tu tengok2 dah cerah. Tengok jam dah 7.05. Dengan mamai pergi ambik wudhuk then sembahyang subuh. Lepas tu nak siap2 pergi keje. Biasa dapat shampoo rambut, tapi hari ni tak dapat sebab dah lambat. Kalau shampoo lagi drag masa. Masuk bilik siap2kan diri pulak. Pakai jam dah 7.40. Tak sempat dah nak buat susu kambing. Miss dah satu hari. Start kreta, p keja. Ok, back to normal dah timing. Tapi still rase tak best sebab dah termiss yang usual kita buat. Drive lagi. After 10min drive, masuk bandar Pasir Mas. Start dah jumpa kreta yang slow 50km. Sejenis yang dah pencen lepas tu nak cari kedai makan pagi2. Maksud cari tu, bukan cari yang dah tahu nak makan mana, tapi cari macam 'oo, kedai ramai orang, benti la.' Bagi signal ikut suka. Tu sejenis. Jenis kedua yang nak pergi mall bawak anak2. Mall bukak 10pg tapi kononnya keluar awal sebab lepas makan pagi nak pergi mall. So, ni jenis yang sambil lewa layu bawak kereta. Stress kan?

So, macam mana tak blues. Baru je terapi diri dengan zikir, dengar lagu tapi all the way you nak cooling down ade je benda yang menambahkan stress you. Ohhhhh, please laaaaa.

Sampai office, parking kereta. Sedar yang kereta dah kedepan langgar tiang. Calar pulak. Sakit mata pulak tengok. Lepas tu, biarlah. Kesian dekat kereta. Masuk office dengan harapan, janganlah orang datang tanya macam2. Im really not in mood. So far, tak ada yang bertanya. Cuma, rasa la diri ni macam kasar dan kurang nak senyum dekat orang pagi ni. 

Blues ni, jangan bawak sampai ke petang kalau boleh. Cuba kawal dengan buat benda yang korang rase happy. Macam sekarang ni, terapi diri dengan update blog. Lagipun kerja tak de yang pending lagi.


Ni muka blues. Blues dengan keliling. Blues dengan overweight 8kg!

Bye.



Baby.. Mummy waiting for You

Salam readers..

Mek sekarang dah 33weeks pregnant. Lagi 3-7weeks mungkin akan deliver baby. 

So far barang2 dah sedia untuk sambut kelahiran sulung mek ni. Dari 3bulan preg, mek dah start beli baju dia. Kalau ada sales, mek beli lah sehelai dua. Alhamdulillah, sepanjang preg ni, banyak jugak baby sales yang mek attend. So dapatlah berbelanja dengan hemat. 

Last preparation yang mek buat bila mek dah masuk 32weeks yakni 8bulan. Kebetulan time tu Kelantan dapat cuti banyak. Start dari Hari Deepavali hingga lah ke hujung minggu. So mek berkesempatan buat final preparation dekat Putrajaya. Sambil2 makan angin sebelum deliver. Nyempat je kan?

Kalau ada sape2 yang tengah review apa yang patot begining mommy beli barang baby, mek syorkan jangan beli banyak sangat baju new born. Sebab ada kebarangkalian untuk baby anda membesar dengan jayanya ketika dalam pantang. So bila dah besar, dah tak muat dengan size new born. 

Bagi mek, baju new born mek beli dalam 10pasang je. Yang lain mek pilih 3-6 month punya. Ade jugak yang 6-12 month yang mek beli sebab berkenan. Tak apa, asalkan cukup dengan bajet dan you as mommy berkenan dengan pattern tu.

Pengalaman mek dalam beli pakaian baby ni cuma takot dengan jantina baby je. Kalau beli yang warna pink, kut keluar tu boy. Beli biru kut keluar girl. So, mel ambik jalan mudah dengan beli baju warna hijau, oren and putih. Mostly la. After dah confirm jantina baby on 30weeks, baru lebih berani untuk pilih baju yang sesuai.


Sebakul je dulu untuk new born. Takot nanti baby cepat besar kat luar, tak leh pakai lame, kena beli size besar pulak.

Dalam bakul tu contain :

1. Bengkung baby 6 helai
2. Baju siang 3pasang
3. Baju malam 3pasang
4. Rompers (ni sebab mek nak,tak necessary pun)
5. Booties 5pasang
6. Towel
7. Handtowel
8. Napkin 4helai


Macam ubat ubatan, pampers, mandian, wet tissue tu boleh la beli time ade offer. Kena selalu tengok jugak la dekat mall. Kena pandai compare price. Kalau nak jimat lerr. Benda macam tu awal2 dah boleh beli kalau murah. Pampers tu mek beli banyak jugak lerr. Tapi different size. Kalau new born tu, beli 2 pack je dulu. Lepas tu mek beli yang size s pulak 2pack. 

Rasenya cukup dulu kot untuk sambut baby keluar. Nanti shopping lagi lepas pantang.

Tehee..
Sekian.

Two Lessons in a Lunch

Salam amigos..

Today post nak share pasal my experience time lunch just now. Moga isi cerita mek ni dapat muhasabah diri kita. 

Hari ni mek lunch dekat kfc. Kaunter 3. Mek rase dia budak baru sebab dia mcm a bit slow in punch in ap yg customer order. Dia pun bit slow in serving, mcm yg kena ambik ap dlu untuk serve dekat customer. Depan mek ad 2 orang lagi. Average time taken per customer most 10min. So mek tunggu dalam 20min sebelom dia greet mek. Nak pergi kaunter lain, pun ramai orang jugak. 

Tiba giliran mek, dia greet :
'Hai, slmt datang. Makan sini atau take away?'
Mek reply mek nak makan sini and order 'saya nak lunch treat set B add on ice cream La Cremia. Ayam nk original, kalau ada drumstick pn ok, kalau xad bagi tight'

Dia mcm blur. Mek nampak muka dia blur. Time tu, mek rasa mcm nk naik angin. Mcm 'weh,paham ke x ap ak order ni?'

But instead of that, mek dapat control mek punya amarah. Entah dari mana datangnya angin sejukkan hati mek. Alhamdulillah. 

Ye, memang dia blur sebab dia budak baru. Lepas tu entertain customer yang banyak request. Just imagine, kita baru je keje, tp org expect kita dah faham smuanya. Sadis jugakkan? Kita memang dah cuba and nak serve sebaik mungkin, tp kita manusia. Otak kita xsama. Ad org fast learner. Ad org fast thinker. Tapi tak semua boleh adapt benda yang sama. Kalau semua orang pandai, semua boleh jadi doktor la kan?

What im trying to say, control your anger. Dont let your bad words spoil your mood and others life. Paham dak? Dulu mek mcm tu. Selalu cepat berang dengan orang buat salah. Lagi2 kita bawak identiti sebagai customer. Sebab termakan dengan slogan 'customer always right' lah mek jadi xde kompromi dengan orang. 

Look at the bright sight. Look in the way of Islam teaching us in how to deal with people. Mek rasa, masih tak terlambat lagi untuk mek berubah, kan?


Lunch Treat Set B - selamat semuanya 😊

Sambung lagi cerita nombor dua. 

Dah habis semua makan, tengah syok duk makan aiskrim Le Cremia tu, datang budak sekolah. Mungkin dalam darjah2 lagi kot. Pasal seluar sekolah warna biru. Dia bagi salam. Lepas tu 'kak, mintak derma kak. Nak makan.' Mek time tu tengah ngap Le Cremia. Tak fikir panjang, terus bukak purse then bagi dekat dia. Lepas tu dia pergi dekat meja lain pulak. Then keluar dari kfc. Time tu mek rase mcm, ya Allah, jangan la jadi kepada zuriat aku, keturunan aku, ahli keluarga aku. Kesian. Dia pun tak mintak jadi macam tu tapi sebab terdesak, jadi terpaksa lah. Siapa yang nak kehidupan macam tu. Paling tidak nak sederhana. 

So, itulah moral story untuk lunch time kali ni. Its affect me. Moga2 sharing ni buat kita lebih bukak mata untuk tengok sekeliling. Lebih terbuka hati untuk positif. 

Sekian.

Its Time to say Goodbye

Salam..

Well, this entry is not a very happy entry. Kalau cuaca, ibarat mendung la. 

Mek tahu mek punya boss akan bertukar ke state lain about a month before. That evening, time last briefing sebelum balik, dia cakap he will be leaving, soon. Mek macam boss ni bergurau kot. Tapi, dah start rase MAYBE BETUL. Mek rarely joking dengan dia. Berbual2 pun jarang. Yang mek dan dia tahu, we update each other on work purpose, only. 

So, we continue our days macam biasa. Mek remark everything he need to do. Dia pun attend apa yang perlu dia attend. Then one day, time dia pergi kursus tu, mek dapat email tentang pertukaran dia. Time tu rase, my boss will be leaving me here. Not only me. This state jugak. 

Mek terasa dengan pertukaran dia. Sebab mek interview kerja dengan dia. Dia yang sungguh2 interview mek tanya macam2. Then offer me for my position today. Mek lapor diri pun terus direct bawah dia. Mek tak ada boss ketua lain. Just him.

Since dia nak bertukar dah, we organise a dinner for him. Untuk celebrate dia yang dah bagi jasa baik dia untuk BSN Kota Bharu. 

The opening of ceremony tu, kita welcoming him dengan lights follow him sampai ke sit VIP. Dengan tepukan untuk dia and lagu iringan Ricky Martin yang rancak tu. Mek pun lupa apa tajuk dia. As its farewell dinner, tak nak la sedih sangat. Its not a tribute one pun kan. Then ucapan from Emcee. Video kenangan boss. After that selingan ucapan daripada Ketua2 sambil makan. Ohh, makan tu, kita orang set kan as buffet. Tak hidang sebab kalau hidang tak kenyang sangat. Kalau buffet style at least yang nak makan banyak atau sikit, terpulang. Gituuuu..


Ni selingan dendangan/nyanyian/persembahan daripada boss sendiri and staff. Memang kita aturkan untuk sesi mesra2 je dengan boss malam tu. Tak nak too formal. Antara yang ada malam tu :

1. Seiring Sejalan
2. Biar Bulan Bicara Sendiri
3. Widuri
4. Kau Segalanya

Theres some more tapi mek lupa. Tapi seingat mek, boss nyanyi lagu Tercipta Untukku untuk staff dia. Dedicated song pulak lagu If Theres No Tommorrow. Then lagu last I Will Always Love You. 


Boss round table untuk bagi chane staff nak ambik gambar dengan dia. Last katanya. Mek dengan boss jarang bergambar. Kecuali ada occassion yang kita orang duk sebelah menyebelah. Biasanya gambar kita orang jauh2 je. Mana lagi penting, PA ke Head? Head kan, jadi kita duk jauh2. Tehee..


Dan akhirnya majlis, inilah gambar terakhir yang sempat mek rakam bersama boss mek. Yang interview mek. Yang ambil mek keje. Yang defend mek untuk position sekarang. Yang dah tolong macam2 sepanjang 2tahun mek kerja. 

Boss, i wont say goodbye, perhaps we will meet again, but for now, so long and take care..

Sekian..





Wedding Course

Salam readers..

Kali ni nak bagi story pasal weds course yang mek attend pulak. Weds course ni sebenarnya tak semestinya nak kahwen baru boleh apply and masuk. Kalau ada kelapangan boleh je ambik. Nanti nak kahwen, dah siap ada sijil. Cuma, disarankan ambik apabila nak kahwen sebab nak pergi dengan pasangan. Pergi dengan pasangan, dapat la dua2 dengar apa permasalahan and topic yang dibincangkan. At least dah tahu peranan masing2. Lagipun, kalau pergi awal sangat, takot ilmu tu dah lupa time nak kahwen. Tu opinion mek la. 

So, mek decide untuk attend weds course ni kat Balai Islam, Kota Bharu. Bayaran dalam rm80 kalau tak silap. Tapi bawah rm100. Course ni ambik masa 2hari. Dia akan bagi kita buku untuk rujuk. Disediakan makan tengah hari dan petang. Setakat yang mek pergi tak ada lagi dia suruh bermalam. Nanti next next year tak tahu lah cam mane pulak coraknye. 

Day 1 kat situ, rasa macam seronok la. Mek pun pergi dengan couple and kawan mek. Jadi duk dekat2 boleh la borak2 kalau ada topik yang best. Ada ustaz yang memang rabak kelakar, ada jugak yang mengantuk tangkap leleh. Yang mengatuk tu biasanya mek akan text couple mek cakap 'dia cakap apa tu'. Couple mek reply 'xtahu la. Entah2 dia pun xtahu ap yg dia ckp'. Siesly, kalau yang tak paham tu, memang tak paham. Tapi biarlah, kita nak sijil je. Weheee 😉

Day 2 lagi la excited sebab petang tu dapat terus sijil kahwen. Jangan main2 tau, tak de sijil, tak nak kadi tu kahwen kan korang. Tapi time dia bagi sijil tu, macam budak sekolah pulak rasenya. Sebab dia panggil nama sorang2. Naseb la yang nama dia abjad hujung2. Macam mek dapat awal sebab nama mek abjad A. 


Setepek mek di Balai Islam Kota Bharu. Haruslah berbaju sopan ketika menghadiri kursus kahwen. Dan sijil, jangan dilupakan. Pose dan senyum bangga sebab dah lepas satu syarat kahwen kat Malaysia. Tehee.

Sekian.

Munduk Mali

Salam alaikum..

Waaah, cerita pasal overseas ni.

Munduk ni one of district dalam Thailand. Macam Golok jugak ler. Cuma Golok tu dah pekan. Banyak pembangunan. Munduk ni banyak gerai and rumah orang je la. 

So, that day, mek tak plan pun nak pergi Munduk. Hari tu kebetulan mek cuti. Semua family pun ada kat rumah. Mek ajak pergi Rantau Panjang. So pergi lah kami. On the way tu, mummy mek cakap 'why not kita pergi Munduk je'. Uuhh mummy, advance sangat. Then mek pun ok je la nak pergi Munduk. Excited jugek lerr nak pergi sane. Jakun kan. 


Time ni, musim dah nak tengkujuh. Dah selalu hujan. Air sungai pun dah naik sebenarnya. Tapi naik jugak la pergi. Beratur kemain weiii tunggu perahu. Tambang rm1 sahaja. 


Alang alang dah sampai, beli la jugak 2 3 biji periuk. Buat buah tangan dari Munduk. Tapi tahu la azab nak naik perahu nanti. 


Ni tak ade kat Malaysia. Bekas air tanah. Rantau Panjang pun tak ade babe. Jadi rugi la kalau tak beli kan. Rm2 je satu. Air boleh pilih nak mana2 yang dia buat. Biasa air anggur, sirap, oren cam tu lah. 


Nah close up mek dan bekas air. Abang kat belakang tu, menempek jugak dalam gambar ni. Tak apa, dia handsome. 


Sebab dia masuk dalam gambar mek, jadi mek cakap, kita kena fair and square. Bak sini motor. Nak pose dengan no plate sawadikap jap. Dia ok je. Mek pun, ok jugak ler menempek kat motor dia. 

Lepas tu beratur naik perahu sebab nak balik dah. Mek sempat la bedal sepersalinan office wear. Dari top to toe. Habis rm50 sahaja. 


Itulah top to toe. 

Esoknye dengar berita ade 4orang yang terbalik perahu and lemas dekat Munduk. Errkkk, alhamdulillah time mek pergi, ok jer. 

Sekian. 

Ovarian Cyst in Pregnancy

Salam alaikum pembaca..

Hari ni nak kongsi pasal ovarian cyst in pregnancy. 

Apa tu?

Mek dapat detect yang mek ade cyst time first time pegi check up preg. Time tu 4weeks old. Malam tu pegi dengan husband je. Kononnya nak sahkan kandungan. Nak tengok tiny dot tu ha. Tapi.....

Mula2 masuk klinik, daftar cakap nak check preg. Masuk jumpa doktor, tanya last first day period, lepas tu dah urine test ke belum. So semua settle. Naik baring atas katil. Wuuuhh, tak sabar ni nak tengok tiny dot. Tapi.....

Doktor ambik scanner dia. Lumur dia punya gel dekat belly. Sejuk. Lepas tu benda tu kan berbau. Rase macam nak muntah pun ada. Tapi tahan je la. Dengan ungkapan bismillah, doktor pun scan la perut mek. Skrin pun display la apa yang ada dalam rahim mek. Excitednya! Tapi.....

Theres something in my belly. Tak nampak pun tiny dot tu. Benda tu lagi besar dari tiny dot. Nampak macam seketul daging. Terapung. Gelap je.

Doktor cakap 4weeks is still too early untuk tengok tiny dot. Yeke? Rata2 mek baca, 4weeks dah nampak dah. Memang dah boleh print dah tiny dot punya gambar. Doktor tu saje je. Doktor tu cakap mek kena refered dekat HRPZ untuk pemeriksaan lanjut. 


Tu la cyst. Time ni dah 5minggu. Tiny dot tak nampak bila scan. Yang nampaknye cyst. Cyst mek ni jenis benign. Berisi air. Tapi dia makin membesar. Jadi doktor takot nanti cyst besar, baby susah nak besar dalam rahim. Ruang jadi sempit. Jadi doktor decide untuk operate sahaja. 

Operate??

With the baby inside??

Soooo.... Next entry mek cerita pulak how mek kena warded. 

Sekian..

There's Tiny Dot in My Womb!

Salam alaikum uolss..

Weheee. Finally, dah dapat rezeki dalam hidup berumah tangga. 

Its on 1st Rejab 1436. Mek fasting hari tu. So, rase penat sangat. Puasakan? Haruslah rase kurang energatic. Balik kerja decide beli nasi kukus je untuk berbuka. Mase tu, rase macam panas, letih. Rase nak rehat je. 

Berbuka puasa tu, tak makan sangat. Nasi tak habis. Ayam goreng besar tu tak ratah pun. Perot lapar tapi demand nak tidur lebih tinggi. Atter maghrib, nak tidur je. Oh, tak mandi pun. Malas gile ok! Tido dengan office wear. Kau mampu? Husband dah start pelik. Tapi time tu kami tak expect pun untuk preg ni. Period tak de la delay 2minggu pun. Sebab sebelum ni pun period mek tak de la cerdik sangat macam every specific haribulan, dia come out.

So, for the whole week, mek jadi macam tu. Husband pun start naik angin, cakap please la mandi after balik kerja. Bukan lame pun. Tapi kan, mek rase ya Allah, its not a big deal pun la tak mandi. Boleh pikir macam tu. Cuba sekarang buat macam tu, mahu tak lelap nak tido. Then,  officemate mek nampak mek lesu je. Dah start dah pegi keje tak make up. Malas semalas malasnya. Tak boleh nak describe macam mana malas tu. Tapi tak muntah pun. Tak pening. Cuma nak tido. Nak baring, guling. Itu lah nikmat ketika itu. Officemate mek dah paksa mek untuk urine test. So mek pun redha lah test urine. Tu pun sebab dia dah beria pegi beli. 


Dah besar dah budak ni. Dah nampak kepala. Nampak tulang belakang. Tapi time dia tak pandai tendang lagi. Dia just gerak2 geli je perut.

Time ni scan sebab mek kena UTI lepas operate. Cerita operate next entry pulak ye..

Sekian..


Bertandang @ Selamat Menjalani Kehidupan Berkeluarga

Salam uolss..

Dah selamat berpengantin baru di rumah sendiri, moh la kita bertandang pulak. 

Mek punya majlis bertandang selang 2hari je. Rumah kami dekat. 40min perjalanan. Jadi, lepas hari kenduri rumah mek, husband dah pun balik rumah dia untuk last preparation. Tengok orang pasang khemah and persiapan bilik.

Bertandang ni biasanya bawak balik rumah mak mertua. Tapi mek punya cerita bawak balik rumah sendiri dah. Husband mek decide nak bertandang dekat rumah dia sendiri jugak. Kira bertandang tu, dah kat rumah kami. 


Maaf la ye. Time kawen, tak pakai telipon ni. Jadi gambar dalam phone lama. Tak transfer. Ini je yang ade untuk tatapan semua. Tu masa makan beradab la. Pilihan warna untuk bertandang - purple gold. Jadi kain lace pun dilapik dengan sulaman gold. Sebenarnya ramai orang takot nak ambik warna dark purple sebab nampak gelap dalam pic. Sebab tu ramai pengantin ambik warna pastel. Tapi sebenarnya, kombinasi warna dark dengan gold/silver akan nampak menyerlah dalam gambar. Itu pengalaman mek la. 

Gambar no dua tu pulak, mek punya cousins. Yang banyak memberi nasihat rumah tangga. Keh keh keh. Walaupun secoet je nampak muka korang, tak apela. At least ada dalam kenangan. Tehee..

Time bertandang ni tak bawak hantaran dah. Cuma orang kelantan biasa bagi 3bekas untuk besan. Macam bagi kain ke, manisan ke. Apa2 je la. Asalkan balik tu tak tangan kosong. 

Tu la cerita bertandang mek. Dengan berakhirnya majlis bertandang, maka habis lah majlis formal untuk kami. 

Sekian..




Finally, Alhamdulillah!

Salam dunia..

So, alhamdulillah. Dengan izinya mek dah selamat diijabkabul dengan pasangan mek pada Mac 2015 bersamaan Rabiulawal 1436. 

Dengan lafaz yang termeterai, maka bermulalah satu tanggungjawab yang besar mek pikul. Dia pun sama. Tapi dia lagi besar la. 

Masa akad tu, mek tak nangis pun. Entah. Tak tahu kenapa tak nangis. Dan tak tahu jugak kenapa nak nangis. Bukan ke kita dah work out for many years untuk saat itu? Saat akad tu. Kan? Kan? Please say yes.

Cuma, terharu sebab akhirnya dah tahu siapa pasangan kita untuk teruskan kehidupan. Dan terharu jugak sebab dalam ramai2 lelaki, dia lah yang sanggup dan ditakdirkan oleh Allah untuk lafaz akad atas nama mek. Ok, itu betul2 terharu. Tahu terharu? Rasa macam 'thank you so much!'


Dah boleh peluk dah. Hehe. InsyaAllah sampai syurga hubungan ini. Nak kekalkan hubungan macam dari awal kita kenal, mungkin susah. Kena banyak give and take. Kalau tak, banyak la ragamnya nanti. Tehee..


Dear husband, ku ingin kau tahu, ku selalu milikmu, yang mencintaimu, sepanjang hidupku..

Sekian..





Merisik Khabar

Salam allss..

Entry kali ni plak kesinambungan daripada balik dari Kuantan hari tu. Cerita dia macam ni.

Mek dah lama kenal dengan a guy ni. Post before ni pun mek ada mention jugak pasal dia. Walaupun tak secara direct. Jadi, time pergi Kuantan hari tu, dia yang drive. Entry before ade jugak selit satu gambar dia. Before pergi Kuantan tu, dia ada bagitahu hasrat dia yang dia nak masuk meminang mek. Time tu mek rasa macam takut. Takut mummy mek cakap NO. Reason nak cakap no tu sebab mek baru nak masuk setahun berkerja and mungkin faktor umur mek la yang mungkin belum sampai purata umur orang kahwen. Biasakan perempuan after grad kerja dua tahun dulu and lebih kurang lingkungan 25 baru kahwen. So mek tak cukup kriteria tu lagi. Jadi, tu sebab mek takot.

Tapi, mek tak zahirkan ketakutan mek itu kepada dia. Yelakan, kut nanti dia cakap kita nak main2 pulak. Dah ye ye duk ke sana ke mari, tapi bila sampai bab kahwen, terus macam blur tak nak bagi jawapan. Jujurnya mek nak kahwen cuma takot tak cukup persediaan je.

So, dengan iringan doa mek setiap kali solat, mek pun cakap kat dia yang the best time to talk to my mum is when we back from Kuantan. So dia pun on je dengan cadangan mek. 

Balik dari Kuantan, kita orang dah sampai agak lewat la. Around 12am dah. Dia pun macam takot2 sebab takot semua dah penat. Nak nak pulak bincang hal yang serius. Takkan nak cakap then terus blah cam tu je. Mesti nak jugak satu jawapan. Kan?

So, mek yang start that conversation. Cakap la 'my, wa ada benda nak cakap' so we all sit together. Cukup la mek, dia, mummy and my sis in law, Kak Rose. So dia cakap la hasrat dia nak masuk meminang mek. Ikut plan bulan Jan nak datang. Nak bawak dalam 5 kereta macam tu. So mummy just nodded and cakap ok, nanti mummy bincang dengan keluarga belah mummy pulak.

So, ada dah satu jawapan untuk hubungan ni. Maka pulang lah dia dengan perasaan lega. Mek pun lega sangat sebab dari situ dah dapat green light untuk lesen pernikahan.

Jadi mek ambik masa 3minggu untuk prepare barang hantaran merisik. Sebab kami tak buat majlis bertunang so masa merisik tu bawak siap2 hantaran. Beza tunang dengan merisik ni jumlah hantaran je la kot. Kalau bertunang, dua2 pihak kena berbalas cincin. Jumlah hantaran pun banyak, dalam 5-7 jenis. Kalau merisik pulak, 3 bekas je kena bawak dan cincin untuk pihak perempuan sahaja. Tujuan mek tak buat bertunang tu sebab tarikh nak kahwen tu dekat je. Beza 2bulan. 


So, ni lah Majlis Merisik mek yang diadakan pada Jan 15. 

Pihak lelaki bawak hantaran :
1. Sebentuk cincin
2. Sepasang kain
3. Kuih akok

Mek pulak balas :
1. Buah buahan
2. Kain ela
3. Nasi manis

Cincin tu adat je la bawak barang perhiasan untuk orang perempuan. Dan jugak sebagai tanda yang lelaki tu nak ikat pertalian dengan perempuan tu. 

Kain tu pulak untuk majlis bertandang nanti. Kalau korang nak sewa time bertandang pun boleh. Tapi mek dgn dia sepakat nak buat baju bertandang. Boleh buat kenangan. Tak rugi pun sebab nanti kita boleh pakai pulak.

Manisan tu boleh jugak digantikan dengan chocolate. Tapi mek tak letak chocolate sebab nak jadikan hantaran majlis kahwen nanti.

Itu lah serba ringkas majlis mek. Yang penting berjalan dengan lancar. Cukup dengan bajet. Jangan put so much budget on merisik and bertunang. Lebih baik grandkan majlis kahwen dari majlis tunang. Tu secara peribadi mek la. 

Ok, itu jelah.
Sekian.

Kak Jasmin, Congrates!

Salam alaik allsss..

Today mek nk congrate dekat cousin mek yang telah selamat di ijabkabul. Kak Jasmin.

Maka, dengan jemputan Majlis Perkahwinan dia, mek dan seluruh isinya ke Kuantan Pahang untuk attend her weds. Mek bertolak a day before majlis.  Sampai je kat sana, Mak Long dah siap2 bagi sebijik homestay untuk kita orang stay. Rumah dia kan nak kenduri so takde tempat la kita orang nak tido malam tu. 


Selesa untuk seisi keluarga menginap. Homestay ni dekat Semambu, Kuantan. Rate bawah rm200 per night. Berbaloi kalau ramai2 datang. 


Tu la dia Kak Jasmin yang selamat diijabkabul dengan sekali lafaz sahaja. Semoga dengan lafaz termeterai itu maka bermula lah satu kehidupan baru. Corak dengan sebaik mungkin. Cewah, gitu ucapannya. 

Sebelum bertolak balik, mek sempat meround round bandar Kuantan tu.


Ni kira tempat wajib la kot kalau datang Kuantan. Sebab nampak Kuantan kan. 


Tak lupa jugak cawangan utama bank Pahang. Besar daripada Kelantan punya. Siap ada lif lagi. Untung la korang. Kami puncak tingkat 3 pun gigih mendaki. 


Ni la rombongan dari Kelantan ke Kuantan. Excited sangat tunggu East Coast Mall bukak. Sila lah duduk di tangga dahulu sebelum orang sudi nak jemput kita masuk. 


Petang tu nyempat jugak pergi Telok Cempedak. Ramai nau orang. Parking pun susah. Tapi alang2 dah sampai, rugi la kan kalau tak lepak sini. 


Ni time resepsi Kak Jasmin. Time kenduri ni, terperasan yang ramai pasangan pilih warna Emerald Green as dia orang punya baju weds.


Dan akhir kata, terimalah setepek mek nak pergi kenduri. Pun hijau jugak. Tehheee..

Sekian.











Course - My very 1st Time!

Salam mia reader..

As for this entry mek will update pasal the veryyyy 1st time mek berkursus semenjak mek bergelar seorang banker. 

Time mek berkursus ni hujung bulan oct 2014. Setahun yang lepas. A week before, mek terima email dari HR Hq yang meminta boss mek untuk calonkan nama orang yang akan attend for this course. Course ni untuk sape yang handle Penilaian Prestasi Tahunan. Before this memang PA yang akan attend this course as this peniliaian verrryyy PnC.

Time sampai email tu, mek dah excited dah. Tp excited tu lebur dalam 2min je sebab mek baru sedar yang mek baru lagi dalam department mek. Takkan la boss nak harapkan mek yang masih lagi dalam belajar ni kan? Ok, mek redha forward email tu kat boss. Dengan slumber tulis 'boss nak suruh sape attend ni' wah kau berlagak bagai dengan boss. Suka hati je kan. Then after siap meeting dia reply email tu 'ue je la yg pegi, ok?' Terus saaaappppp hati mek berbunga! Sebab ap, mek nak sangat pergi kursus dekat Pusat Latihan Bangi tu. Yelakan, nak jugak tahu cam mane rupanya tempat tu. Asyik bagi orang je pegi. 

Dan, pada 25th Oct 2014, mek selamat tiba ke Pusat Latihan BSN, Bangi. Bahagia nau mek. 


Kaunter pendaftaran. Sebab mek sampai malam dah, so xde la beratur panjang untuk check in bilik. 


Sebab jakun dengan tempat ni, setiap sudut ad lambang bank, mek capture masuk dalam memory phone.

Mek sebilik dengan kawan seangkatan dengan mek yang bertugas di Melaka and Pahang. Banyak jugak dengar orang cerita yang tempat ni banyak momok. Tapi yela, kuatkan iman dan semangat. Malam tu tido dengan tenang je. Alhamdulillah. 

Sebelum balik Kelantan, mesti la ambik peluang pegi jejalan kan. Rugi la dah sampai sana tapi xpegi melawat. At least Putrajaya. 


Terimalah setepek mek di masjid Putrajaya 😜

Sekian.







Masih Lagi Disini

Salam readers sekalian..

Seperti yang dijanjikan, mek nk smbung cerita pasal kehidupan mek yang sekarang. Mek masih lagi berkerja di bank. Masih lagi dlm position yang sama mcm mula2 lapor diri dulu. Setakat sekarang, dah nak masuk 2tahun mek berkhidmat di sini.

Dalam masa dua tahun ni, mcm2 event dh mek lalui dan joint bersama. So far, alhamdulillah. Mek rasa serasi dan selesa dengan surrounding. 

Korang mesti nk tengok gambar jugakkan? Boring la kalau asyik baca ap mek tulis je. 

Nah setempek dua untuk korang punya persegaran mata 😜


Ni time karnival SSP 2014. Big event for Kelantan that year. Time ni mek jadi AJKhadiah. Tugas2 khas mcm tu memang mek yang selalu handle. 


Ni time mek jadi urus setia untuk Taklimat Teller 2014. Semua ni joint keje same date dengan mek. Fakhrul n Farhana. Masing2 dah jauh dengan mek sebab dia orang dah di transferkan ke cawangan lain. Time mcm ni je la kita org jumpa. 


Ini pulak time annual dinner. Haruslah bersiap dan bersolek bagai sebab dinner kan. Sila jgn muak dengan gambar ini. Ni partner mek dekat department. Owh, dinner ni theme dia Glamourus Arabic Night. Tu sebab mek combinekan liplap liplap and that maxi with veil. Ok ke idok? Ok kan aje. 


Ini pulak time mek jadi ushrette terjun bagi majlis school carnival. Yang pakai baju biru duk slm bagi jam tu, itulah boss mek. En Azian namenya. 

Itulah serba sedikit yang mek boleh update untuk ketika ini. Doakan mek trus succes dlm karier mek ye. 

Ni pesanan untuk diri mek dan jugak semua readers, kerja kita tu ibadah yang kita buat untuk kita cari rzeki sehalal mungkin. Rzeki itu untuk kita trus sambung kehidupan kita sementara tunggu hari barzakh kita. Jadi, ikhlaslan diri, jujurkan dalam ibadah ini. Semoga di akhir nanti, manis yang kita rasai. 

Walluahalam..

New Life

Salam readers,

Lame btol mek mnyepikan? Mek dh ad kehidupan baru dh skrg. Sorry la, walaupun kehidupan dh bru, tp mek tetap kena update blog melalui phone. Jika resolutionnya xcntik ataupun kurang mnyenangkan, maafkan mek ye 😊

Bnyk yg mek nk update. Tp tunggu la satu2 mek ceritakan. Dari awal hingga akhir. Untuk sekarang, terima lah selfie dari mek. 

iols yg sekarang - 05 Nov. 2015