Ukur Baju di Badan Sendiri

Asslamualaikum

Ukur baju di badan sendiri
Kalau ukur baju di badan orang lain, idak ke menjadi senteng kainnya?

Orang sekarang ni dah lupa dah nak ukur baju tu di badan sendiri
Yang senang adalah tangkap muat je
Sendat ke, tersembur ke, singkat ke,
Siapa peduli?
Yang sakit mata orang sekeliling jugak

Tapi bukan itu sebenarnya
Orang tua2 suruh ukur baju di badan sendiri sebab ikut kemampuan
Kalau kita ukur di badan kita sendiri tapi pilih untuk sendatkan kain tu, maka sendat juga pakainya
Maknanya, pilihan itu atas kita

Tak bermakna kau bergaji kecil menjadi penghalang untuk kau belanja di atas apa yang kau suka
Cuma, berpada
Jangan melampau
Yang merana itu kau
Bukan orang sekeliling

Jangan kau cakap yang kau tak mampu
Kau bukan tak mampu
Kau belum mampu
That!!

Kalau kau nak cakap soal mampu ke tidak, tak berpakaian la kau
Semua nak berkira
Cuma, kau diberi pilihan untuk pilih
Maka kau pilih la sebaiknya

Jgn melebih, nanti mengelebeh *sakit mata*


Ingat
Jangan ukur terlampau besar – tak cantik kau nak pakai
Jangan ukur terlampau sendat – tak terpakai nanti baju kau tu

;)

Haters

..Assalamualaikum..

Eyh, tak kan tak pernah jadi haters?
Haters - pembenci/pemuak/penidak puas hatian dengan seseorang

Memang, haters ni buat orang yang dibenci tu jadi pemes
Mana taknya, tetiba jumpa dengan orang yang 1 kelas/sekolah/institusi/bla bla bla mesti tanya
'Eyh, kau kenal tak tetttttttttt'
Jadi, orang mula bertanya
'oo, kenapa dengan tetttttt'

dan

Haters : 'tetttttttt tu kan, bla bla bla lalalalalla'

Walaupun terkadang pada zahirnya orang di benci tu tak dak buat salah apa pun
Tapi tetap tak puas hati jugak si haters ni
Stalker paling tegar pun haters la
Jarang sangat stalker paling tegar tu orang yang kita sayang

Tak dak penyelesaian lagi untuk kurangkan jumlah haters ni
Sebab hal ini melibatkan perasaan
Perasaan tak boleh paksa
Kan?

Cuma, jadi haters ni jangan duk tunjuk sangat
Sorok sikit
Cukup sekadar benci itu di dalam hati
Jangan zahirkan pulak
Lama2 perasaan benci tu akan hilang dengan sendirinya

       
Aku benci bersebab dan paling penting aku adalah HATERS tegar dia
Benci tu biar ada alasan kukuh
Baru la Haters tak roboh

;)

Bergaduh dengan Hemat

..Assalamualaikum..

Tipu betul korang kalau cakap tak pernah gaduh, kan?
Aku lagi la banyak gaduh sebab aku spesen yang mudah sangat nak ambik benda kecik jadi masalah
Padahal benda tu tak payah fikir pun kadang2

Tapi ada orang kalau dah gaduh, semua benda dia kaitkan
Benda simple je pun tapi jadi complicated
Cuba korang bergaduh dengan orang macam ni
Sure korang akan rasa rendah diri gila babai la

Mana taknya
Bergaduh sebab tak beli jajan
Tapi dia punya bebelan sampaikan berkait dengan orang lain pulak
*Tak pasal2 kena kat orang lain pulak*

Itu contoh je

Tapi daripada aku
Yang kononya ada experience dalam hal bergaduh ni
Apa sebenarnya yang korang nak marah?
Apa point dia sebenarnya?
Apa yang tak puas hati sebenarnya?

Selesaikan yang itu
Sit and relax
Jangan mengada nak melalot topik lain pulak
Kalau tak, sampai bila pun masalah tak selesai

Aku pernah buat macam ni kat orang *sejujurnya*

Kalau nak buang sekuntum bunga yang layu
Jangan di patahkan dahannya
Kesian bunga yang lain

;)

Get In Line and Settle Down

..Assalamualaikum..

Mendung betul muka hari ni
Macam ada masalah je..

Orang kita ni,selalu cakap
'Kalau ada masalah,settle la cepat2.Jangan bagi melarat.Nanti susah pulak'
Orang cakap senang
Kalau la masalah tu boleh nak Ctrl - Alt - Del ,dah lama dah orang buat macam tu
Cuma, tak semudah nak buang masalah

Tapi tak bermaksud kita kena stay forever dengan masalah tu
Yang utama, analysis dulu apa masalah kita
Mana puncanya kekusutan ni
Fokus tempat puncanya
Contoh eyh : Kalau benang tersimpul, buka tempat yang dia tersimpul so that kita boleh guna dengan baik benang tu

Tipu la kalau kata aku pun bahagia sepanjang hayat
Masalah ni kiri kanan atas bawah dia attack kita
Pakai la perisai apa pun, sure dapat tembus punya
Dah la time kena tu, kadang2 boleh buat kita terduduk, terbaring, terlentang
Yang paling effect adalah hati kita
Sebelum air mata kat mata keluar, air mata dalam hati dah hampir nak banjir dah duk fikir masalah
But sure, lepas ni boleh settle masalah

Duduk bersujud pada Allah
Nangis, teriak, meraung la pada Dia
Then cari punca masalah
Selesaikan masalah slow2
Ingat yang masalah tak akan hilang dengan sendiri eventhough dia datang kita tak jemput pun
(but in some cases, manusia sendiri yang cari masalah)

Berdirilah semampu yang boleh
Tempuhilah selagi terdaya
Tak dak istilah 'aku tak mampu'
Yang ada 'aku mampu buat ni,tapi macam mana eyh'

Kau sebahagian daripada masalah. Jadi, selesaikan!

Masing2 ada masalah sendiri
Masing2 ada cara tersendiri nak settle down something




Because of You

..Assalamualaikum..

Baca tajuk pun macam dah tahu apa isi kandungan entry kali ni
Mirip2 lagu Kelly Clarkson, aku tak kesah pun

Biasa ayat 'sebab kau' ni banyak dalam ceritera cinta
Gaduh2 sikit lepas tu agak2 dah tak dak ayat yang macam berbunga bagi la ayat ni seketul
'Saya ni berubah kerana awak tau tak?'
Si kekasih ni pun dalam dua juga nak percaya ke idak

Tapi konteks realitinya, memang pun
Kita manusia ni banyak berubah kerana sesuatu
Bukan saja2 berubah la kononnya
Kebanyakkannya kalau dah kena dekat muka sendiri baru nak sedar
Time tu la mula nak berubah
Ke arah kebaikan mungkin
Ke arah kejahatan pun mungkin jugak

Sebenarnya, bersyukurlah kalau dapat berubah kerana dia
Dah takdir Allah tetapkan kita berjumpa dengan dia
Kira macam dia lah yang jadi penyedar kepada kita
Kalau dah jauh berjalan, tak reti nak tengok belakang, kiranya Allah letakkan dia kat depan kita supaya kita ingat balik untuk ikut jalan yang betul
Faham ke idak ayat panjang tu?

Setiap yang hidup mesti jumpa yang salah dulu baru jumpa yang betul
Sebab yang salah tu akan sedarkan kita apa yang patut kita buat actually
Orang yang betul tu pula akan guide kita jadi lebih baik

Kau tahu, 9/10 tengok SB akan rasa tenang walaupun dlm cerita tu SB kena buli

Jadikan
'sebab kau lah'
ke arah kebaikan

;)

Deeply Confession

.

.Asslamualaikum..


Its been a while that I didnt write anything here
Sebenarnya dah tak dak niat nak menulis ponn
Tapi entahlah macam mana datang balik semangat nak menulis

Kesnya sekarang, mood rasa down sangat
 Ceritanya pak sedara (boleh la slow2 belaja panggil pak sedara kann) admitted in ICU
Sedih tengok dia actually,even tak berapa nak rapat pun sebelum ni
Might be this Tuesday nak kena re-operate balik dia punya perut
Ya Allah, sejujurnya aku tak mahu dia kena operate balik

Honestly..
If I could stay there to accompany you while you are inside battling with your own life, I would stay
But the problem is Im been limited to be there for you
Im been limited to care for you
What I can do is only recite holy verses from far
Pray that you gonna be okay after this
Pray that you can live longer

So, please stay strong
:'(