Movie Tsunami

assalamualaikum readers..
 
as orang tengah hangat cakap pasal tsunami sejak dua hari ni (sebab dekat Lahad Datu ada ikan banyak dekat sungai) jadi yuni nak update pasal movie yang boleh buat kita ingat pada tsunami 2004.
 
 
cerita ni dah di tayang di Astro Best tapi time tu yuni xlanggan pun. jadi yuni tonton movie dekat YouTube. movie ni pasal tsunami dekat Phuket, Thailand. memang nampak real sangat macam yang kita tengok dalam berita apa yang destroy tu. dari movie ni kita dapat rasa la macam mana saat genting kita hilang keluarga. tak kurang juga dapat kita adapt contoh baik dalam cerita ni yang mana walaupun dalam keadaan segenting itu tetap tak selfish. good for mental preparation :)
 
 
Based on true story

 
 
Ni pulak movie yang di tiru sempena tsunami. tak pernah lagi korea di landa tsunami in 10years time ni kan? tapi walau macam mana pun, movie ni tetap dapat rating yang tinggi sebab cerita dia mirip dengan tsunami yang sebenar. part sedih cerita ni apabila penyelamat kena selamat salah sorang je daripada mangsa. time ni memang laju jugak rate air mata jatuh. apa2 pun, movie ni memang recommended :) ayat yang paling yuni ingat dalam cerita ni 'jangan jadi macam jam 3 - terlalu lewat untuk keluar, tapi terlalu awal untuk duduk tanpa berbuat apa2'
 
 
 
3. Hafalan Shalat Delisa
 
movie ni yuni tonton time dekat universiti dulu. ada kelab mana yang buat kutipan amal. ingatkan cerita ni apa la yang dia nak cakapkan. rupa2nya cerita tsunami. habis freeze dalam teater room tu sebab tak sangka movie ni macam gini storynya. tsunami dalam cerita ni berlaku dekat Acheh, Indonesia. Cerita dia tak de la nampak real macam 2 cerita kat atas ni tapi yet still jalan cerita dia menarik :)
 

 
 
jadi, macam biasa. my intend buat entry ni sebab nak kongsi je apa movie yang korang boleh tengok kalau nak movie yang pasal tsunami. might be this three movies could help you to feel how when you in the real situations.
 
selamat menonton uuoolls ;)
 
 
 

Miracle in Cell no 7

assalamualaikum readers..

well, hari ni nak kongsi pengalaman pasal tajuk entry ni - Miracle in Cell no 7
tu sebenarnya cerita korea. yuni pun tak sure tahun bila cerita ini diterbitkan but might be dalam tahun ni atau tahun lepas kot. yuni boleh tertengok cerita ni sebenarnya sebab terpengaruh dengan kawan yuni - ms AlaWoo . dia cakap cerita ni best untuk di tonton. 

so, this is my review for this movie 

cerita ni pasal ayah dia yang ada gangguan mental. tak tahu in medical istilah dia ape. yang yuni sure bukan mental disorder. ayah dia ni dituduh sebagai kidnapper. start situ la cerita ni jadi sedih. tapi ada jugak lawak dia tang dalam penjara tu. sepanjang menonton cerita ni, memang yuni mengalami gangguan emosi. mata memang rabak menangis. siap kena sediakan tisu siap2 dekat bibir pasal tak nak bagi air mata tumpah masuk dalam mulut. laju kot kadar air mata menitis. mungkin 10titisan dalam 30saat (tak hiperbola kan) .

jadi, cerita ni sangat recomended untuk orang awam menontonnya even anda bukan k-pop. yuni pun bukan k-pop tapi cerita yang elok mesejnya apa salah untuk kita tonton :) yuni buat review ni pun sebab mane la tahu ade orang tengah buntu nak tengok cerita apa kan. so, boleh tonton Miracle in Cell no 7 

selamat menonton uuoollss ;)

sob sob sob

Perfume Enchaunter

assalamualaikum readers ...

dalam entry kali ni yuni nak share pasal perfume yang korang may try. nak kata guarantee puas hati, idak jugak tapi 80% mungkin satisfied with this perfume.

ni perfume Enchaunter Passionate yang terbaru dari Enchaunter. sepanjang penggunaan produk Enchaunter ni, yuni tak pernah kecewa dengan haruman yang dikeluarkan oleh company ni. perfume ni memang passion sangat bau dia lagi2 kalau kita pakai time malam. wangian dia memang setaraf dengan perfume jenama mahal2. cuma wangian dia ni jenis EDT. tahan dalam 6jam begitu je kot but its ok! dah takkan nak keluar rumah lebih dari 12 jam. kalau travel pun mesti kita transit untuk refresh diri kita kan? so time tu boleh la spray - kira topupkan wangian tu la :) perfume terbaru dari Enchaunter ni ada 3jenis haruman. yang paling laris is warna merah! dari segi harganya pulak, it only rm27.18 at Guardian. purata, harga dia boleh dapat below rm30. ok la tu kan?

as i promote this perfume, yuni bukan speaker for Enchaunter ye. yuni kongsi je ape yang yuni pakai. might it will help you to find a new fragrance for yourself or others :) 

so, selamat try eyh korang ;)

Gambar kotak je. Botol tu same je macam dalam kotak :)

Secret Recipe

assalamualaikum readers
..
entry blog kali ni yuni nak share pasal makanan yang yuni RECOMMENDED untuk di makan di Secret Recipe selain daripada kek. kalau yuni dulu, orang sebut je Secret Recipe, mesti ingat kek je. tahu yang dia orang ade keluarkan makanan tapi tak de pulak yang try. ok, kali ni baru try :) 

1. Nasi Black Pepper

nasi Black Pepper ni memang sedap sungguh uoolls! yuni tak tipu. for those yang suka makan chicken chop, boleh la try hidangan ni sebab ayam dia ala chicken chop jugak cuma tambah nasi je. memang taste dia kebaboomm! yuni bagi **** untuk makan Black Pepper ni

2. Chicken Pramegiana

ni pulak, chicken chop ala Secret Recipe. bagi yang nak try chicken chop yang sosnya selain black pepper, recommended sangat untuk korang. pasal pe, chicken chop ni dia ade lapisan cheese yang ummpph! plus dia ade perah lemon pulak. jadi taste dia memang lain daripada yang lain :) yuni bagi **** jugak untuk chicken chop ala Secret Recipe yang susah nak sebut ni

3. Lemon Ice Honey

bagi yuni, kalau makan benda macam ni macam xsesuai pulak nak order air jenis chocolate, mocca, latte, yang seumpamanya. pasal pe, kita dah makan tu benda kenyang, berlemak pastu tambah lagi creamer dalam minuman. hehe. tapi ikut suka masing2 la kan. jadi, instead of order chocolate, Lemon Ice Honey ni memang best. rase dia best sebab masam2 then campur dengan honey yang manis. jadi sedap dia lebih dari rasa asam boi. yuni bagi **** jugak untuk minuman ni :)

4. Salad Sayur

salad ni kalau korang xmakan sayur pun jadi makan jugak. based on experince ni tau. yuni memang jenis xmakan sayur. tapi nak try and sekali masuk mulut, ummphh! sayur dia kubis yang warna purple, salad hijau, baby tomato dan kekacang tanah. sos dia tu mungkin mayonis yang telah campur dengan ape2. taste dia memang best. ni pun **** jugak

jadi, selain daripada kek korang boleh la try makanan kat sini jugak. yuni tulis entry ni bukan sebab ade promo pun kat Secret Recipe tapi as usuall, nak share ape yang korang boleh makan selain kek di Secret Recipe :) 

makanan yang yuni recommended semua yuni bagi **** sebab yang *** yuni tak masukkan la. takot korang makan cakap yuni penipu pulak.

so, selamat mencuba uoollsss ;)

Nasi Black Pepper
Tuan makan Nasi Black Pepper
Chicken Pramegiana
Salad

Refreshment Scent

assalamualaikum readers ..

as i written down this entry, bau lemon fresh tengah ku hidu lagi..

ape la yang nak dikarang pasal REFRESHMENT SCENT  ni? haa, sebenarnya yuni dah lame pakai product ni. lotion tangan Enchaunter de Paris :) waaa gituh!! just nak share dengan readers semua pasal lotion tangan ni yang sangattttt la berbau HARUM, yet TAK MELEKIT. ulang sekali lagi dengan nada biasa pulak, tak melekit uoolllss. honestly, yuni tak suka pakai lotion tangan yang apabila kita pakai dia rasa melekit yang amat. macam tangan kita basah pulak. jadi macam sticky nak pegang ape2. so, lotion yang yuni pakai ni Enchaunter de Paris yang warna kuning. tak silap yuni dia ada 3 jenis haruman termasuk la Lemon Fresh ni. korang boleh letak dalam beg. make it portable! sebab in any case kalau kita dah cuci tangan, boleh la apply lotion ni for freshness! same goes to me. yuni selalu letak lotion Enchaunter de Paris ni dalam beg :) 

jadi entry ni bukan la nak promote ape2, sekadar mahu berkongsi sahaja. mane la tau kot2 ade readers yang tengah plan nak pakai lotion tangan/nak tukar lotion tangan :) so, i hope this could help you.

selamat mencuba lotion tangan ni ye uollss :)

cenonet je dalam beg :)

Take Note!

assalamualaikum readers :) 

well, how' life going?
baik2 aja atau cukup2 udah?

apepun yang jadi even bad or worst, terima ajelah sebagai satu pengajaran/pengalaman/ etc..
dalam hubungan biasa la ada pasang dan surut. time bergaduh surut la kejap. time baik, mekar seladang bunga dalam hati.

well, ape kata kita take note ape yang salah tu. yang mane boleh menyebabkan berlakunya gaduh/merajuk/etc - benda yang menyakitkan hati. for example, selalunya bf yuni suka sangat panggil nama yuni dengan nama lain. main hentam je la ape yang dia panggil. bergantung pada benda yang dia tengok. macam nama sabun ke, nama tempat ke. jadi, kalau yuni panggil dia cam gitu jugak, confirm dia marah. jadi disebabkan yuni xnak bergaduh, then i remind him by calling his name sampai la dia sedar. sebab benda ni dah banyak kali berlaku. at last we end up dengan fighting. so, i took an iniciative to take note what is the thing that we could be possible to fight? and i put the solution siap2! 

moral of the story, dalam hidup ni pusing benda same je. bergaduh pun kadang2 benda same je. so why not kita note yang benda dah terjadi so that benda tu dapat di elakkan kelak?


selamat mencuba uoollss!

BangunPagi

assalamualaikum korang..

ya Allah,apesal la liat sangat nak bangun pagi?
mungkin sebab xde benda yg excited nk di buat hari ni

mungkin..

well,rutin mcm biasa jugak.
bangun pagi pergi kerja
entah mcm mane semalam boleh mimpi sambung belajar
dan entah mcm mane msuk pulak blogger sorang ni dlm mmpi
knonnya nak belajar mcm dia

mungkin..

dua tiga hari ni teringat kawan2 dekat scipp (science pasir puteh) pulak
rindu barangkali
tapi apa2pun yg berlaku,ak tetap doakan korang berjaya :)
walaupun hakikatnya kita dah jauh

sekian..

p/s - banjir semakin surut.tu pasal xexcited nak ke office :(

banjir 2013

assalamualaikum readers..
well,seperti yg dijanjikan.memang keluar pergi tengok banjir la tadi
rata2 kawasan tanah merah kelantan dah di tenggelami air.
tapi xsure la kg mane.
yg pergi tengok tadi kat kusial and tmngan je
well,insyaAllah esok nk turun padang lagi untuk tengok banjir :)

jakun

orait short update dari phone!
ni seriously bru dpt tahu yg from phone pun bleyh update blog!

credit to hamba allah yg buat update dekat entry dia psl apps ni :)

now musim bnjir jadi sekarang tengah fefeeling excited nk pergi tgk air dekat kwsn2 yg sudh d naiki air!
thanks kpd yg brkaitan.
later ak try update psl bnjir ni pulak ok!
if pergi :)

Ukur Baju di Badan Sendiri

Asslamualaikum

Ukur baju di badan sendiri
Kalau ukur baju di badan orang lain, idak ke menjadi senteng kainnya?

Orang sekarang ni dah lupa dah nak ukur baju tu di badan sendiri
Yang senang adalah tangkap muat je
Sendat ke, tersembur ke, singkat ke,
Siapa peduli?
Yang sakit mata orang sekeliling jugak

Tapi bukan itu sebenarnya
Orang tua2 suruh ukur baju di badan sendiri sebab ikut kemampuan
Kalau kita ukur di badan kita sendiri tapi pilih untuk sendatkan kain tu, maka sendat juga pakainya
Maknanya, pilihan itu atas kita

Tak bermakna kau bergaji kecil menjadi penghalang untuk kau belanja di atas apa yang kau suka
Cuma, berpada
Jangan melampau
Yang merana itu kau
Bukan orang sekeliling

Jangan kau cakap yang kau tak mampu
Kau bukan tak mampu
Kau belum mampu
That!!

Kalau kau nak cakap soal mampu ke tidak, tak berpakaian la kau
Semua nak berkira
Cuma, kau diberi pilihan untuk pilih
Maka kau pilih la sebaiknya

Jgn melebih, nanti mengelebeh *sakit mata*


Ingat
Jangan ukur terlampau besar – tak cantik kau nak pakai
Jangan ukur terlampau sendat – tak terpakai nanti baju kau tu

;)

Haters

..Assalamualaikum..

Eyh, tak kan tak pernah jadi haters?
Haters - pembenci/pemuak/penidak puas hatian dengan seseorang

Memang, haters ni buat orang yang dibenci tu jadi pemes
Mana taknya, tetiba jumpa dengan orang yang 1 kelas/sekolah/institusi/bla bla bla mesti tanya
'Eyh, kau kenal tak tetttttttttt'
Jadi, orang mula bertanya
'oo, kenapa dengan tetttttt'

dan

Haters : 'tetttttttt tu kan, bla bla bla lalalalalla'

Walaupun terkadang pada zahirnya orang di benci tu tak dak buat salah apa pun
Tapi tetap tak puas hati jugak si haters ni
Stalker paling tegar pun haters la
Jarang sangat stalker paling tegar tu orang yang kita sayang

Tak dak penyelesaian lagi untuk kurangkan jumlah haters ni
Sebab hal ini melibatkan perasaan
Perasaan tak boleh paksa
Kan?

Cuma, jadi haters ni jangan duk tunjuk sangat
Sorok sikit
Cukup sekadar benci itu di dalam hati
Jangan zahirkan pulak
Lama2 perasaan benci tu akan hilang dengan sendirinya

       
Aku benci bersebab dan paling penting aku adalah HATERS tegar dia
Benci tu biar ada alasan kukuh
Baru la Haters tak roboh

;)

Bergaduh dengan Hemat

..Assalamualaikum..

Tipu betul korang kalau cakap tak pernah gaduh, kan?
Aku lagi la banyak gaduh sebab aku spesen yang mudah sangat nak ambik benda kecik jadi masalah
Padahal benda tu tak payah fikir pun kadang2

Tapi ada orang kalau dah gaduh, semua benda dia kaitkan
Benda simple je pun tapi jadi complicated
Cuba korang bergaduh dengan orang macam ni
Sure korang akan rasa rendah diri gila babai la

Mana taknya
Bergaduh sebab tak beli jajan
Tapi dia punya bebelan sampaikan berkait dengan orang lain pulak
*Tak pasal2 kena kat orang lain pulak*

Itu contoh je

Tapi daripada aku
Yang kononya ada experience dalam hal bergaduh ni
Apa sebenarnya yang korang nak marah?
Apa point dia sebenarnya?
Apa yang tak puas hati sebenarnya?

Selesaikan yang itu
Sit and relax
Jangan mengada nak melalot topik lain pulak
Kalau tak, sampai bila pun masalah tak selesai

Aku pernah buat macam ni kat orang *sejujurnya*

Kalau nak buang sekuntum bunga yang layu
Jangan di patahkan dahannya
Kesian bunga yang lain

;)

Get In Line and Settle Down

..Assalamualaikum..

Mendung betul muka hari ni
Macam ada masalah je..

Orang kita ni,selalu cakap
'Kalau ada masalah,settle la cepat2.Jangan bagi melarat.Nanti susah pulak'
Orang cakap senang
Kalau la masalah tu boleh nak Ctrl - Alt - Del ,dah lama dah orang buat macam tu
Cuma, tak semudah nak buang masalah

Tapi tak bermaksud kita kena stay forever dengan masalah tu
Yang utama, analysis dulu apa masalah kita
Mana puncanya kekusutan ni
Fokus tempat puncanya
Contoh eyh : Kalau benang tersimpul, buka tempat yang dia tersimpul so that kita boleh guna dengan baik benang tu

Tipu la kalau kata aku pun bahagia sepanjang hayat
Masalah ni kiri kanan atas bawah dia attack kita
Pakai la perisai apa pun, sure dapat tembus punya
Dah la time kena tu, kadang2 boleh buat kita terduduk, terbaring, terlentang
Yang paling effect adalah hati kita
Sebelum air mata kat mata keluar, air mata dalam hati dah hampir nak banjir dah duk fikir masalah
But sure, lepas ni boleh settle masalah

Duduk bersujud pada Allah
Nangis, teriak, meraung la pada Dia
Then cari punca masalah
Selesaikan masalah slow2
Ingat yang masalah tak akan hilang dengan sendiri eventhough dia datang kita tak jemput pun
(but in some cases, manusia sendiri yang cari masalah)

Berdirilah semampu yang boleh
Tempuhilah selagi terdaya
Tak dak istilah 'aku tak mampu'
Yang ada 'aku mampu buat ni,tapi macam mana eyh'

Kau sebahagian daripada masalah. Jadi, selesaikan!

Masing2 ada masalah sendiri
Masing2 ada cara tersendiri nak settle down something




Because of You

..Assalamualaikum..

Baca tajuk pun macam dah tahu apa isi kandungan entry kali ni
Mirip2 lagu Kelly Clarkson, aku tak kesah pun

Biasa ayat 'sebab kau' ni banyak dalam ceritera cinta
Gaduh2 sikit lepas tu agak2 dah tak dak ayat yang macam berbunga bagi la ayat ni seketul
'Saya ni berubah kerana awak tau tak?'
Si kekasih ni pun dalam dua juga nak percaya ke idak

Tapi konteks realitinya, memang pun
Kita manusia ni banyak berubah kerana sesuatu
Bukan saja2 berubah la kononnya
Kebanyakkannya kalau dah kena dekat muka sendiri baru nak sedar
Time tu la mula nak berubah
Ke arah kebaikan mungkin
Ke arah kejahatan pun mungkin jugak

Sebenarnya, bersyukurlah kalau dapat berubah kerana dia
Dah takdir Allah tetapkan kita berjumpa dengan dia
Kira macam dia lah yang jadi penyedar kepada kita
Kalau dah jauh berjalan, tak reti nak tengok belakang, kiranya Allah letakkan dia kat depan kita supaya kita ingat balik untuk ikut jalan yang betul
Faham ke idak ayat panjang tu?

Setiap yang hidup mesti jumpa yang salah dulu baru jumpa yang betul
Sebab yang salah tu akan sedarkan kita apa yang patut kita buat actually
Orang yang betul tu pula akan guide kita jadi lebih baik

Kau tahu, 9/10 tengok SB akan rasa tenang walaupun dlm cerita tu SB kena buli

Jadikan
'sebab kau lah'
ke arah kebaikan

;)

Deeply Confession

.

.Asslamualaikum..


Its been a while that I didnt write anything here
Sebenarnya dah tak dak niat nak menulis ponn
Tapi entahlah macam mana datang balik semangat nak menulis

Kesnya sekarang, mood rasa down sangat
 Ceritanya pak sedara (boleh la slow2 belaja panggil pak sedara kann) admitted in ICU
Sedih tengok dia actually,even tak berapa nak rapat pun sebelum ni
Might be this Tuesday nak kena re-operate balik dia punya perut
Ya Allah, sejujurnya aku tak mahu dia kena operate balik

Honestly..
If I could stay there to accompany you while you are inside battling with your own life, I would stay
But the problem is Im been limited to be there for you
Im been limited to care for you
What I can do is only recite holy verses from far
Pray that you gonna be okay after this
Pray that you can live longer

So, please stay strong
:'(