Sis Gee First Giveaway

Assalamulaikum sahabat blogger!


Fuhh, rasa macam tangan tak sempat nak taip entry sekarang ni. Ada ke yang rindukan tulisan mek, cerita mek, perkongsian mek? If ada, insyaAllah mek akan comeback soon. Musim Prestasi sekarang ni memang buat mek tak sempat untuk ketu keyboard berkongsi cerita dengan korang semua. BW pun yang mana sempat je. Harap korang boleh teruskan BW tu ye pasal dunia blog ni memang kena BW. Kalau tak macam syok sendiri je la korang menulis.

Untuk kesempatan BW, mek nak ajak korang kenal sorang blogger ni. Mek kenal Gee (pemilik domain : www.sisgee.com ) dari group #BloggerPantaiTimur . Memang peramah orangnya. Mek suka orang yang first time jumpa tapi dah ramah macam pernah kenal depan depan and macam dah kenal lama. Mek kureng sikit kalau orang yang macam takot takot nak cakap dengan mek pasal that moment akan buat mek jadi janggal. Okei cukup. Sekarang Gee ni ada buat GA. Syaratnya pun mudah jugak. Sambil korang kenal BW blog dia, boleh juga try nasib GA yang dianjurkan oleh saudari kita ni. Here the details for you :

Tarikh tamat    : 12 Dis. 2017 (Selasa)

Dah siap semua follow syarat yang ditetapkan, boleh la tinggalkan link korang kat komen Gee untuk generate nombor korang J Mane tahu last penyertaan ada luck lagi, kan? Yang penting dapat eratkan ukhwah blogger. Daripada tak kenal jadi kenal.

Dah join tu nanti boleh la BW peserta lain jugak J



Sekian…

Comeback Giveaway by Raydah Alhabsyi

Salam kepada sahabat blogger mek sekalian J


Agak terlewat dah jugak mek untuk join GA yang dianjurkan saudari Raydah Alhabsyi (pemilik domain www.raydahalhabsyi.com ). Sejujurnya mek pun tak kenal sangat rakan blogger kita ni (maaf sangat sangat pasal jarang BW la jadi tak kenal) tapi insyaAllah lepas ni mek akan lebih istiqamah dengan BW. Untuk 2018 ni, dah tukar stratergi untuk blogging.

Tanpa lengahkan tulisan mek ni, mek nak cerita serba sikit pasal this GA. Macam biasa, korang kena ikut semua syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur. Dan pemenang yang dicari akan dapat Organic Hair Removal by Norah. Mek pun tak pasti tapi mek rasa hadiah yang ditawarkan tu agak menarik minat sebab hadiah dia a bit different from others.

Due Date   : 20th Dec. 2017

So ada berapa minggu je lagi untuk GA ni. Mek terasa nak join sebab dia ajak personally untuk join this GA dan mek bet ramai lagi blogger yang dijemput secara personally oleh Raydah. Oleh itu mek sarankan korang jom la join GA dia. At least memeriahkan GA dia. Menang ke tak tu atas rezeki masing masing.

Semoga ukhwah sesama blogger ini dapat dijaga dengan baik, amin..



Sekian.. 


KFC Chizza

Salam kepada sahabat blogger mek sekalian J

KFZ Chizza ni dah dua minggu kot dipasaran. Time mek dapat tahu tu memang eager jugak lerr nak try siap cakap dengan spouse, nak drive thru KFC – kononnya sweet la nak try Chizza ni bersama spouse. Dan mana mek dapat tahu pasal kewujudan Chizza ni pun sama dengan korang – Facbook J

Mesti korang pun tengokkan dia punya iklan kemainnn superb – penuh kotak Chizza tu oii. Sumpah tempting. Antara blogger yang dah try Unnie Anje. Dia try sehari selepas mek dan korang boleh agak la kan kita orang punye ‘komen’ pasal Chizza.


Kotak Chizza yang dah macam Ads


Chizza yang urmmm – expectation fail

Ramai jugak yang mek tengok dalam komen Chizza tu macam tak berapa nak puas hati dengan persembahan KFC kali ini. Ilustrasi kemain penuh kotak bila dapat – yela, dada ayam mana la dagingnya bulat cam roti pizza. Itu memang faham tapi bior lerr time iklan tu lebih kurang jugak dia punya persembahan.

Korang dah try ke Chizza ni? Kalau dah, boleh ler komen kat bawah apa yang korang rasa J



Sekian..

DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA

Assalamulaikum sahabat blogger!


Tadi duk blogwalking kat blog Jun Zie, sekali terpandang entry GA daripada Nadia J Nadia pun antara sahabat blogger mek. Biasa mek akan tukar-tukar buku dengan dia. Nadia ni ada banyak jugak koleksi buku dan tudung Duck ! Kira Duckers la dia ni. Plus, dia memang jenis follow KL Fashion Week. Since bila tak pasti tapi yang sempat dengan mek 2016 and 2017.

Untuk support rakan blogger, mek nak join jugak GA yang dianjurkan oleh Nadia ni. Hadiah dia – Allah, mahall babe. Duck scarf and Planner. Terbayang kalau mek yang dapat Duck Scarf tu perghhhhhh J Jaga elok seeloknya sebab scarf tu mahal oiii ! So, ape lagi – Jom join GA ni :

Anjuran           : http://www.nadiaizzaty.com

Tarikh tamat     : 25 Dis. 2017 (Isnin)




Bila dah join tu jangan lupa letak link korang dekat komen ye. Takot nanti tak tersenarai, putus harapan nak memang hadiah. Sekali lagi mek nak pesan, join GA dengan nawaitu nak eratkan ukhwah sesame blogger. Menang tak menang itu nombor dua.

Jangan lupa join okeih. Kita tengok sape yang kena J



Sekian…

Info Dalam Gambar Untuk Kenangan

Assalamulaikum sahabat blogger!


Parenting hood ni memang buatkan kita sebagai mak-mak seronok bila tengok tumbesaran anak setiap bulan. Mek pulak memang jenis suka layan pinterest. Kalau sape yang layan pinterest memang tahu lah banyak giler gambor lawa-lawa. Pastuh omputeh ni every moment anak memang dia rakam. Salah satunya macam ni :


Ammar Amzar 8 months’ info

Kalau tengok kat pinterest tu pelbagai oi cara diaorang snap antaranya photoshoot kat luar, photoshoot dalam rumah pastuh background tu alahaiiiii, sejuk aje mata memandang. So mek pun terjebak la sama untuk buat gambar macam tu dekat Amzar. Amani dulu tak layan pinterest so mek takde kenangan macam ni. Just ingat ingat lupa je la apa yang Amani dah boleh buat time 8 bulan.


Amani dah setahun 11 bulan. Baru nak pandai main slide

InsyaAllah kalau masih diberi peluang, dapat la tengok anak-anak terus membesar. Dan dalam membesarkan anak-anak ni banyak cabarannya. Mek harap kita sebagai parents terus kuat dan ajar anak ikut landasan syariat yang betul. InsyaAllah J


Qoutes untuk lekat dalam hati

 Korang ada satu hobi untuk anak-anak tak? Macam ambik gambar anak first time main pasir ke. Yang macam benda tu boleh buat kenangan nanti dia besar. Kalau ada mohon share dekat komen ye. Mana tahu mek boleh terjebak sama J



Sekian…


Kenny Rogers Wednesday Promo as a Members Card Holder

Assalamulaikum sahabat blogger!


Sape yang suka makan Kenny Rogers? Makan dengan kuah black papper dia and ambik side dish macaroni cheese meleleh perghhh nyaman perut kalau dapat lunch macam tu. Dan sape jugak yang perasan sekarang ni Kenny Rogers memang tiap minggu aka nada promosi. Kalau follow FB dia memang akan hadap promosi Kenny Rogers je la. Macam mek J

Plus, mek ada group Kutu Makan Tengahari yang sepesen cari promosi untuk pergi lunch. Kadang bored dah makan dekat pasar and kedai belakang. So sekali seminggu memang nak jugak pergi jauh sikit daripada bank *tertakluk jika ketiadaan boss dan tidak sibuk dengan urusan pejabat*. Minggu lepas mek decide nak try Kenny Rogers yang Wednesday Promo plus Member Card Promo. Yang ni mek pinjam dengan orang je members kad tu. Kalau nak daftar ahli, rasa agak mahai sikit.


KR Members Card Special Deals on Wednesday


Model Makan Tak Hengat Pejabat


Banana Muffin – Paling win antara 3 Muffin yang diberi


Quarter Chicken with Black Papper Sauce, 3 side dishes (Baked Beans, Mashed Potato & Macaroni Cheese)
  
Terliur tak korang? Lain orang lain side dishesnya. Kalau mek, mek suka yang cam gini jela. Mek tak suka ambik nasi dia, entah kenapa. Mungkin sebab tak rasa western kot *mata ke atas*. Overall memang mek suka dan layan promosi KR. Tak pernah kecewa lagi dengan servis dan hidangan yang dia hidangkan. Tapi mek boleh layan western cam ni dengan geng kutu je. Spouse mek kureng sikit dengan western ni. Kalau dia mintak nak makan sini maknanya memang dia terliur sangat ler tu J

So korang kalau pergi KR, suka ambik side dishes apa? And korang suka tak layan promosi yang selalu naik kat wall FB korang? Nanti citer kat komen eyh.



Sekian…

HONDA Family Day Road Trip Kelantan 2017

Assalamulaikum sahabat blogger!


This entry patutnya awal November dah post tapi entah apa yang lama sangat diperam, so hari ni baru nak cerita. Ni cerita weekend jugak. Sempena dengan HONDA Family Day Road Trip dekat AEON Kota Bharu, spouse mek memang tak lepaskan peluang untuk join. Memang dari sebelum kami kahwin lagi memang mek dan dia sekepala bab-bab test drive kereta ni. Dan event yang paling win mestilah HONDA sebab dia punya goodies agak awesome sikit daripada yang lain.

Tapi ini lah event yang pertama mek dan spouse join lepas kami berkahwin dan beranak. Memang dalam kepala dah congak boleh ke tak nak test drive ni. So kami decide untuk bergilir. Ok perjanjian termeterai. Pergilah dengan happy ke Kota Bharu. Memang macam dalam sangkaan, banyak program tambahan pula tahun ni ada Hot Air Ballons ! Mek memang aim nak naik tu.


Antara soalan yang kena jawab untuk dapatkan goodies dan naik Hot Air Balloons for free !


All Honda models in one !

Dan kami pun gigih la ambik semua cop untuk completekan borang tadi. Dah habis, claim goodies and guess what ! Kasut Amzar hilang ! Sebelah pulak tu. Allah, sayang sangat kat kasut tu pasal baru je dua kali pakai. Pusing masuk balik, buat lerr macam nak chop jugak tapi style reverse. Tak jumpa jugak. Mek decide nak keluar untuk tengok kat tempat letak troli pulak. Alhamdulillah ada kat troli tu seketul kasut Amzar terdampar sepi. Nasib baik orang tak ambik.

Amani pulak dah start tantrum sebab masa claim goodies dia nampak kawan-kawan baya dia duk kaler-kaler kertas bentuk kereta. Dia pun nak jugak tapi that time kalut cari kasut Amzar so ketepikan dia punya kemahuan. Budak kalau dah tolak kemahuan dia apa lagi menangis la dia. Pujuk apa pun tak jadi. So masuk balik dalam HONDA tu untuk daftarkan dia kaler-kaler.


Im happy now.


Balloons man ni pun memang usaha habis nak bagi Amani diam.

So dah lepas drama air mata tu, mek pun nak daftarkan diri untuk test drive la pulak. Punya la lame kemain pak cik kat depan ni duk bersoal jawab dengan adik manis kat kaunter, duk tanya kereta apa yang best nak test drive, kalau drive ke mana aje, dapat apa. Then baru nak isi borang. Mintak lesen memandu – lesen pulak lekat dalam wallet. Dah terkial-kial pulak nak photostate. Argghhhh ! tetiba nak jadi gorgon. So mek batalkan niat untuk test drive. Dengan secara lansung, mek takkan dapat naik Hot Air Balloons tu. Memang F habis !

Next ajak Amani masuk dalam aeon sebab nak pergi makan. Allah, dia buat drama air mata lagi tak nak tinggalkan kaler-kaler tu. Mula-mula mek elok je la. Letak dalam troli masuk dalam AEON. Bergegar AEON tu dengan suara Amani. Dah tu troli tu pulak jenis tayar yang alignment dia tak betul, tolak troli, terjatuh pulak si Amani. Orang pandang je mek that time. Macam aku ibu yang kejam melakukan penderaan terhadap anak di khalayak ramai. But, deep inside hanya Allah yang tahu. Mek tak berniat tolak troli tu sampai Amani jatuh. Walaupun mek dalam keadaan emosi that time tapi takde la sampai hilang akal nak tolak anak jatuh. Amzar? Menangis sama sebab nak dukung dengan mek. Perghhh padu betul dugaan hari tu. Last, pergi KFC untuk relax. Ye relax sekejap pastu sambung Amani menangis. Lepas habis mashed potato baru dia ok. Gelak dan bercakap.


Keluar je dah malam. Dapat tengok je la Hot Air Balloons tu.


Ada hikmah mek tak round habis, sebab malam ni sangat berangin dan Hot Balloons tu tak dapat naik.

Allah tu maha mengetahui dan maha pengatur. Dia aturkan yang terbaik dan beri pengajaran yang terbaik untuk mematangkan lagi diri mek. Korang pernah tak rasa macam ni?


Sekian…